Wednesday, August 26, 2015

WW #11: Set Pantang Pilihan No. 1 Wanita

Trend terkini...
Berpantang dengan Shaklee
Sihat, cergas & berseni


Sid pilihan anda
Mama eija
Wssap/call 0199086965

Monday, August 24, 2015

Chicken Pox dalam pantang

Salam Isnin..

Alhamdulillah.. Nikmatnya kalau badan sihatkan.. Hampir seminggu eija terbaring dek kerana demam melanda. Dah tua tua pun kena chicken pox.. Memang dugaan apetah lagi dalam pantang.

Bila chicken pox, ramai yang amalkan minum air kelapa supaya bintik merah serta gelembung air tu cepat keluar dan cepat kebah demam nya tapi berbeza pulak dgn eija yang kena ketika dalam pantang air kelapa memang tak boleh minum bisa kata org2 tua..

Mil buatkan eija sup ayam.. Keesoknya byk jugak la dia membiak.. Lagi2 tang muka. Tak sanggup rasanya.. Allah saja tau perasaan eija ketika tu.. Nak nak pulak tak boleh nak dekat dengan baby apatah lagi nak susukan dia.. Ya Allah stressnya T_T..

Selain makan sup ayam, eija guna juga rawatan tradisional mandi dengan air daun semambu. Dua kali ja mandi dengan air ni huhu.. Tak suka benda leceh2 ni.. Suka hak short cut ja hihi... Bak kata husband ikhtiar tak nak nak cepat sembuh jaa.. Hahaaa lagi satu ada sesetengah orang guna daun ni untuk buat lapik tidur untuk kurangkan rasa gatal.

Nak makan ubat klinik tak boleh kata nya... Ada setengah org kata boleh.. Pening *_*!! Ikut aja lah yang kata tak boleh hihi.. Tapi eija ambik supplement kehkehkehh...

1. Garlic compleks - nature antibiotik
2. Vitamin c
3. Bcompleks
4. Vitalea (multivitamin)
5. ESP - protein,
6. Krim Herbal Blend (eija sapu pada bintik yang dah kering)

Alhamdulillah... Dengan usaha2 kat atas ni serta doa dapat kurangkan demam chicken pox.. Bintik2 pun cepat kering.. Yang best skali parut cepat pudar :) syukurrrr..

Friday, August 21, 2015

6 kelebihan surah al-fatihah

Salam jumaat..

Alhamdulillah.. Masih diberikan nikmat kesihatan yang baik.. Hari ni eija nak kongsikan 6 kelebihan surah al-fatihah yang kita mesti tahu.. Sebenarnya banyak lagi kelebihan surah ini jika kita amalkan pada bila2 masa bukan sekadar dalam solat sahaja.


1. Merawat masalah sakit kepala/sakit yang berkaitan dengan otak: baca surah al-fatihah 7kali sambil mengusap kepala orang yang sakit tersebut. Lakukan sekali sebelah pagi dan sekali sebelah malam hari.

2. Mengurangkan kesakitan yang melampau: baca surah al-fatihah tiga kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut. Baca juga al-fatihah sambil mengusap di tempat yang berasa sakit tersebut.

3. Mengubati sakit kritikal: baca surah al-fatihah 41 kali dan tiup pada air kemudian minum dan mandi menggunakan air tersebut.

4. Agar suami/isteri dan anak-anak sentiasa ingat dan kasih pada anda: bacalah surah al-fatihah 14 kali sebelum tidur

5. Menghentikan bayi/anak kecil yang sedang menangis (sama ada menangis di tengah malam atau paa bila-bila masa sekalipun): baca surah al-fatihah 7 kali sambil mengusap kepalanya.

6. Merawat luka kecil contohnya luka t
terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tidak berhenti, dan sebagainya: baca surah al-fatihah tiga atau tujuh kali, kemudian gunakan ibu jari ambil sedikit air liur ari lelangit dan gosokkan pada kawasan yang terluka..

Sumber: majalah wanita januari 2014

Love,
Mama eija

Monday, August 3, 2015

Anugerah Allah

Salam isnin..

Selamat berkerja untuk semua yang bekerja dan selamat menjalankan tugas dirumah bg surirumah... ^_^

Alhamdulillah.. Eija selamat melahirkan puteri kedua pada 30 julai lalu... Anugerah Allah yang tak ternilai.. Moga diberi kekuatan mendidik dan menjaga sebaiknya.. Terima kasih Allah telah memudahkan proses bersalin.

5 hours after deliver
Nur Irdina Batrisyia Binti Zaril Hafiz - day 3 ;)
Baby girl selamat dilahirkan tepat jam 3.09 pagi seberat 3.7kg di hospital sultan haji ahmad shah, temerloh pahang.. :)