Thursday, February 20, 2014

Interferon - Kenali Sistem Imun Kita

Interferon - Kenali Sistem Imun Kita

Apakah interferon?

Merupakan sejenis protein yang dibebaskan oleh sel apabila dijangkiti virus, bakteria, parasit atau sel tumor. Interferon merupakan sebahagian daripada imun yang tidak spesifik yang menjadi pertahanan barisan depan . Dia akan berkomunikasi dengan sel-sel lain dan menggalakkan penghasilan sel-sel pertahanan yang lain untuk menghapuskan sel-sel asing yang memasuki badan.
Apabila badan dijangkiti kuman, sel akan menghasilkan interferon untuk membunuh mereka. Namun, jikalau kuman terlalu banyak, sel badan tidak mampu lagi menghasilkan sistem imun ini. Ketika itulah sistem imun badan menjadi lemah dan anda akan dijangkiti penyakit.
Apalagi jika anda mempunyai penyakit yang memang melemahkan sistem imun, contohnya barah, terapi steroid berpanjangan, diabetes dan sebagainya.

APA YANG ANDA PERLUKAN

Immune booster atau penggalak imun – NUTRIFERON – yang merupakan kemajuan terbesar dalam sains sistem imun

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.. Jadi kalau dia sendiri yang menemukan interferon, mestilah dia tahu bagaimana untuk menggalakan penghasilan interferon. Betul tak?
Meningkatkan paras interferon secara semulajadi

Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia

Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
Rumusan Berpaten Yang Eksklusif

NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
CARA PENGAMBILAN

Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.

Siapa yang memerlukan NutriFeron?
  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.

Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidsophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan pelbagai jenis penyakit. Tapi harganya sangat lah mahal… Tak mampu akak

Perlu ke menggunakan  interferon untuk mencegah kanser jika ada cara semulajadi yang lebih murah?

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Puan Eija
♥ sms/whatsApp: 019-9086965
♥ Emel : mizeija91@gmail.com atau wajajjc2734@yahoo.com
♥ Fb:  https://www.facebook.com/Szishoppe sila klik LIKE utk info terkini




Wednesday, February 19, 2014

Vitamin Untuk Lelaki Gagah Perkasa

Jika anda mencari vitamin khas untuk lelaki, set ini adalah asas kepada kesihatan. Ramai yang menggelarkannya vitamin cinta. Saya gelarkannya set ICS (Isteri Cinta Suami). Kenapa? Sebab biasanya isteri yang ada kesedaran tentang kesihatan tentang kesihatan, jadi isteri yang suka beli vitamin untuk menjaga kesihatan suaminya. 

Vitamin E

☑Menjadikan lelaki tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
☑.Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu
☑Mengekalkan sistem imun di paru-paru dan memelihara kesihatan paru-paru.Ia membantu pembekuan darah yang normal dan membantu penyembuhan luka, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlet, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
☑Mengekalkan kesihatan saraf dan otot serta menguatkan dinding kapilari.
☑Menggalakkan kulit dan rambut yang sihat,
☑Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
☑Merendahkan kadar kolesterol. Membantu mencegah kanser.
☑Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.Vitamin E juga dikenali sebagai‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.

Ostematrix

☑Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
☑Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
☑Membantu menetapkan ritma jantung
☑Menyelesaikan masalah insomnia,
☑Membantu dalam pembekuan darah
☑Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
☑Kesihatan tulang dan gigi
☑Membantu seseorang untuk lebih mudah bangun pagi dalam keadaan yang cergas



Lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “keinginan sexual" dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

 Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Sempena bulan Februari yang dikenali sebagai bulan cinta, apa kata belikan set ini untuk suami anda. Semoga cinta kalian akan terus mekar.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Puan Eija
♥ sms/whatsApp: 019-9086965
♥ Emel : mizeija91@gmail.com atau wajajjc2734@yahoo.com
♥ Fb:  https://www.facebook.com/Szishoppe sila klik LIKE utk info terkini


NUTRISI UNTUK KESUBURAN SUAMI ISTERI


Tips meningkatkan kesuburan oleh Dr Hamid Arshat

    1.      Doa dengan bersungguh-sungguh
    2.      Berusha untuk menurunkan berat badan
    3.      Bersenam selama 30 minit setiap hari
    4.      Ambil supplement multivitamin, vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
    5.      Tenangkan jiwa dan emosi
    6.      Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya

Antara supplement yang dicadangkan adalah seperti berikut ::::

Multivitamin & Multimineral
Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh nutrisi. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium juga membantu ereksi bagi lelaki.
Vitamin B
Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma. Asic folik juga sejenis vitamin B, ia penting bagi wanita yang merancang untuk hamil dan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifina.
Vitamin C
Sebagai vitamin yang menjaga kesegaran sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin E & Selenium
Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E, untuk membantu pergerakkan sperma agar lebih bertenaga untuk berenang ke arah telur dan berjaya disenyawakan.
Zinc
Meningkatkan hormon testosterone, meningkatkan bilangan sperma, menguatkan sperma dan mengurangkan risiko kanser prostat (sangat penting bagi lelaki)
GLA Complex (gamma-linolenik acid)
Sangat penting utk wanita bagi membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari sebelum disenyawakan. GLA juga sangat penting bagi menstabilkan hormone dalam badan wanita terutamanya yg mempunyai masalah haid tidak tetap atau masalah PMS.
Alfalfa
Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Puan Eija
♥ sms/whatsApp: 019-9086965
♥ Emel : mizeija91@gmail.com atau wajajjc2734@yahoo.com
♥ Fb:  https://www.facebook.com/Szishoppe sila klik LIKE utk info terkini







Tuesday, February 18, 2014

CHEWABLE VITAMIN C UNTUK KANAK-KANAK


Kebaikan/Fungsi

·  Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
·  Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
·  Melindungi daripada jangkitan, selsema serta meningkatkan imuniti.
·  Membantu untuk mengurangkan tahap kolestrol, tekanan darah tinggi dan mencegah aterrosklerosis.
·  Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon antistress.
· Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema dan mengurangkan gejala-gejalan lain alergi.
· Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
·  Membunuh bakteria patogenik, yg bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
· Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
· Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih berguna dalam rawatan anemia.Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
· merawat jangkitan saluran kencing
· Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

*Keistimewaan * 
- Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada studi yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita. 
- Bioflavonoids dan Rose Hips untuk membantu meningkatkan lagi fungsi Vitamin C dan mengelakkan pengoksidaan Vitamin C dalam badan.

Berminat anda boleh membeli secara berasingan ataupun membeli 1 SET untuk diberikan kepada SI MANJA ANDA. 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Puan Eija
♥ sms/whatsApp: 019-9086965
♥ Emel : mizeija91@gmail.com atau wajajjc2734@yahoo.com
♥ Fb:  https://www.facebook.com/Szishoppe sila klik LIKE utk info terkini


Monday, February 17, 2014

Energizing Soy Protein (ESP)

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Puan Eija
♥ sms/whatsApp: 019-9086965
♥ Emel : mizeija91@gmail.com atau wajajjc2734@yahoo.com
♥ Fb:  https://www.facebook.com/Szishoppe sila klik LIKE utk info terkini






Tuesday, December 10, 2013

Saya tak perlukan supplement !!!!

Assalamualaikum…

Melalui perkongsian di FB, saya dapat  rasakan, ramai je yang rasa mereka tak perlukan supplemen, malahan ada pula golongan ANTI supplemen.
Tak kurang juga yang merasakan mereka yang memilih supplemen terutamanya SHAKLEE, menolak pemakanan sunnah... HAMBOIII!!! yg ni marah Sangat.. Saya amalkan SHAKLEE, kat rumah saya mcm2 makanan sunnah ada yang hari2 sy duk bagi anak  makan terutamanya.. Diri sendiri pun tidak terkecuali... Madu, kurma, buah tin dll ... Tak salah kan?

Ada yang salah anggap pulak katanya supplemen mengganti makanan..NO!! No!! No!!!.Siapa cakap?
Kita bg supplemen sebagai makanan tambahan... Niat kita yang paling penting... Mana ada tujuan org bagi sesuatu makanan tambahan kat anak/diri sendiri sebab nak dapat sakit.. Tak kan? Semua nak SIHAT... Apa2pon, kita sendiri yang tahu apa yang terbaik untk diri kita dan keluarga . betol tak?

BENAR,tak dinafikan..... khasiat dari PEMAKANAN SEBENAR adalah lebih baik.
TAPI sejujurnya, saya tak mampu untuk sediakan cukup keperluan nutrien untuk keluarga saya. kadang-kala masak cuma 1-2 lauk sahaja, minum susu pun tak cukup 4 gelas sehari untuk dapat kalsium secukupnya. Saya juga tak mampu untuk beli ayam organik yang tidak disuntik, mahupun sayur-sayuran yang tidak menggunakan baja kimia.
Lagi pula, saya duduk di kawasan yang terdedah kepada banyak pencemaran.
Jadi, saya rasa pengambilan supplemen sangat penting dalam diet seharian saya. Bukan bermakna saya meninggalkan pemakanan seharian kerana dah namanya pun SUPPLEMEN ataupun makanan tambahan.

Jom buat checklist. Adakah anda perlukan supplemen?

Anda tinggal di kawasan yang ada pencemaran udara/bunyi?

Anda kerap alami stress atau tekanan?

Anda membeli sayur, buah dan bahan-bahan mentah yang menggunakan baja kimia ataupun suntikan?

Anda tidak mengambil pemakanan seimbang?

Anda kerap ambil makanan segera, makanan sejuk beku dan makanan dalam tin?

Tahukah anda, semua di atas adalah antara punca kehilangan nutrisi pada makanan dan juga badan kita?
Kalau anda tidak tergolong dalam mana-mana diatas, ANDA MEMANG TAK PERLUKAN 

SUPPLEMEN?
Tapi, ada ke??
Makanan sihat


Pilihan di tangan anda, tepuk dada tanya selera..


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika ada yang berminat dengan supplement boleh la cuba risik2 dengan saya.. 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Puan Eija
♥ sms/whatsApp: 019-9086965
♥ Emel : mizeija91@gmail.com atau wajajjc2734@yahoo.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/SziHealthCare?fref=ts sila klik LIKE utk info terkini

Tuesday, October 22, 2013

ANTIBIOTIK SEMULAJADI - GARLIC SHAKLEE

GARLIC
=====
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih

Membantu mengekalkan tekanan* darah normal
Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkat kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:

* Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol.*
* Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.*
* Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.*
* Formulasi Shaklee yang unik.*
* Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.*
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1.  Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana
     mengandungi ekstrak spearmint.

2.  Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan  
     sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema,
     kulat, kuman, virus dan yis candida

3.  Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit
     alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4.  Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung
     perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5.  Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic
     sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang
     merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara
     penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6.  Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam
     tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung
     dalam tubuh tanpa kita sedari.

7.  Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah,
     mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
     strok dan penyakit koronari.

8.  Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan
     pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana
     mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh
     dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan
    pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan
     brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan
      meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
      - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
      - Perut memulas (stomach upset)
      - Cirit-birit (Diarrhea)
      - Bronkitis
      - Luka-luka (infected wounds)
      - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada,

        sistem air kencing


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Puan Eija
♥ sms/whatsApp: 019-9086965
♥ Emel : mizeija91@gmail.com atau 
♥ Fb: SZI Shoppe sila klik LIKE utk info terkini