Saturday, November 1, 2014

PENIAGA ONLINE TAK JUJUR

Salam hujung minggu semua....

Tipu menipu bukan perkara asing lagi dalam dunia sekarang. Berlumba-lumba nak kaya, kaya dengan cepat tapi menindas orang lain. Kita sebagai pengguna jangan terlalu percaya sehingga kelak memakan diri.. Nauzubillah mintak jauh dari semua yang tak elok.


Besar sungguh risiko kita sebagai pengguna yang membeli barangan secara dalam talian. Memandangkan segala urusan dalam talian maka pembeli tidak mengenali siapakah yang dia sedang berurusan jual beli dan itu memberi kelebihan kepada penjual.

Terkini sepasang suami isteri telah ditipu sebanyak RM54 ribu oleh seorang individu yang kononnya menjual iPhone 6 secara online dalam laman sosial Facebook.

Bagaimanapun setelah mangsa memindahkan wang tersebut untuk membeli 21 buah iPhone 6 ke dalam akaun bank suspek sebelum suspek menghilangkan diri.

Menurut mangsa, mereka telah beberapa kali berjumpa dengan suspek dalam urusan jual beli iPhone6 pada kuantiti yang sedikit, malah ketika berjumpa suspek dikatakan enggan bergambar.

Bukan itu sahaja, merujuk kepada para komentar di laman Facebook Siakapkeli, masih ramai lagi yang telah ditipu oleh orang yang sama. Selain dari itu hasil dari carian google pada nama suspek juga menunjukkan perkara yang sama.

Luahan mangsa di Facebook

Mangsa setakat ini telah pun membuat laporan polis dan membuat perkongsian di laman sosial berkenaan penipuan tersebut. Dia juga ada berkongsikan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai suspek seperti nombor telefon dan profil Facebook agar orang ramai dapat membantunya dalam mengesan individu yang menipunya. - 

Berikut adalah maklumat suspek:

Nama: Sakinah
No Fon: 0133310812 / 0122403472


Berikut adalah komen si suami mengenai penipuan ini:


Sumber : Klik SINI

Friday, October 31, 2014

Omega 3 Penting Untuk Wanita

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. Ramai yang tahu Omega 3 penting ketika hamil tetapi ramai dari wanita kurang menyedari yang asid lemak Omega 3 Penting Untuk Wanita .
Berikut adalah alasan mengapa Omega 3 Penting Untuk Wanita



1. Mengurangkan Sakit Ketika Haid (Period Pain)
Ramai dari wanita yang menderita sakit perut atau senggugut ketika datang haid. Kajian menunjukkan bahawa omega 3 memiliki sifat anti inflamasi yang membantu untuk menenangkan kesakitan ketika haid.

2. Mencegah Kanser Usus
Berdasarkan penelitian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition , wanita yang makan ikan tiga kali dalam seminggu, 33% lebih kecil kemungkinannya untuk mengembangkan polip, atau pertumbuhan jaringan didalam usus besar. Polip usus besar akan berubah menjadi ganas, dan semakin meningkat seiring dengan usia, dan memiliki kecenderungan menyebabkan kanker usus besar.
(Polip  adalah ketumbuhan “daging” yang boleh terdapat di sepanjang usus. Pendarahan yang berlaku bergantung kepada lokasi polip. Semakin dekat dengan dubur, semakin merah segar pendarahan yang berlaku. Sesetengah polip adalah ketumbuhan yang berpotensi untuk menjadi kanser (bergantung kepada ujian biopsi)

3.Mencegah osteoporosis
Osteoporosis adalah keadaan yang bila hilangnya kepadatan tulang dari waktu ke waktu. Wanita secara alami berisiko lebih tinggi mengalami osteoporosis jika dibandingkan dengan lelaki. Wanita yang dengan kecenderungan genetik,risikonya menjadi lebih tinggi. Kadang-kadang, penurunan hormon estrogen selama menopause menyebabkan keadaaan tersebut.
Beberapa kajian menunjukkan bahwa asid lemak omega 3 dapat membantu meningkatkan kadar kalsium dan meningkatkan kepadatan tulang. Namun, bukti ini masih kurang meyakinkan. Beberapa penelitian juga menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat asid lemak omega 3 yang cukupl (terutama EPA dan asam gamma linolenat, asam lemak omega 6), lebih cenderung memiliki tulang yang rapuh jika dibandingkan dengan orang dengan tingkat asupan omega 3 yang normal.

4.Menurunkan risiko kanser payudara.
Berdasarkankajian yang dilakukan di Amerika, yang melibatkan 35000 wanita pasca menopause yang tidak memiliki sejarah kanser payudara, makanan yang kaya omega 3 secara signifikan dapat mengurangi risiko seorang wanita terkena kanser jenis ini. Wanita yang mengamalkan suplemen minyak ikan berisiko lebih kecil 32% terkena kanker payudara.

5. Baik untuk hati
Omega 3 juga dapat mencegah depresi atau kemurungan. Dalam sebuah kajian, suplemen omega 3 yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Psychiatry, menunjukkan bahawa suplemen omega 3 efektif terhadap kemurungan. Dalam kajian ini, kadar EPA yang tinggi dalam suplemen omega 3 yang digunakan untuk menstabilkan hati dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Dalam penelitian lain yang dilakukan oleh Universiti Pavia di Itali tentang kaitan omega 3 dan depresi pada wanita warga tua, diketahui ada manfaat yang sama. Namun para peneliti berpendapat bahawa penelitian tambahan yang membandingkan omega 3 dengan ubat antidepresan konvensional, lebih jelas dapat dirasakan kegunaannya untuk pesakit yang menderita depresi.

6. Omega 3 Untuk Kuruskan Badan
Kandungan asid lemak Omega 3 dalam minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Ia turut membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga. Suplemen minyak ikan omega menjadi suplemen semulajadi yang efektif untuk membantu penurunan berat badan jika digabungkan dengan senaman.

Sumber omega 3 boleh didapati daripada ikan sardin, salmon dan kerang. Selain mengambil ikan salmon saya juga mengambil Suplemen Omega Guard Shaklee. Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


 Jom dapatkan Omega Guard Shaklee!

Hotline 0199086965 mama eija
Email : mizeija91@gmail.com
FB page : SZI Shoppe
Personal FB : EIJA ISMAIL

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI



Assalamualaikum ,,,

Hari terakhir pada bulan Oktober 2014.. debaran kian terasa "mood closing" buat semua distributor Shaklee... :) Semoga Allah permudah kan segala urusan kita semua samada yang berSHAKLEE atau apa jua bidang yang diceburi ^_^

Love,
Mama Eija

Thursday, October 30, 2014

Petua Sihat Dengan Jus

Selamat petang semua...

Mama nak share resepi jus untuk tingkatkan kesihatan..  try yukkk.. ^_^


1.Carrot + Ginger + Epal - Tingkatkan dan membersihkan sistem badan.
2.Epal + Timun + Celery - Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
3.Tomato + + Carrot Epal - Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
4.Peria + Epal + Susu - Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
5.Orange + Halia + Timun - Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.
6.Nanas + Epal + Tembikai - Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.
7.Epal + Timun + Kiwi - Untuk meningkatkan warna kulit.
8.Pear + Banana - mengawal kandungan gula.
9.Carrot + Epal + Pear + Mangga - haba badan yang jelas, lawan keracunan, penurunan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.
10.Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu - Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan.
11.Betik + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.
12.Pisang + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit.

love,
mama eija

Shaklee : Collagen Powder

Alhamdulillah, sebelum ini mama ada berkongsi dengan anda kepentingan kolagen dari sumber ikan, bukan dari sumber haiwan darat. Apa maksudnya itu ? Maksudnya mama nak perkenalkan anda dengan Collagen Powder Shaklee. Produk Shaklee untuk kecantikan kulit dan kesihatan. Apa yang menarik ? Jom baca lagi.



Apa Itu Kolagen

Kulit anjal adalah satu tanda bahawa seseorang mempunyai kolagen yang mencukupi, kuat bahan seperti simen yang mengikat bersama sel-sel badan anda. Kolagen adalah tisu struktur dan ia digantikan dengan perlahan-lahan. Ia diperbuat daripada protein berserabut. Malah, kolagen terdiri daripada 30 peratus daripada jumlah protein badan. Gentian putihnya kuat, lebih kuat daripada dawai keluli saiz yang sama, dan kuning rangkaian elastik, yang dipanggil elastin, membentuk tisu penghubung yang memegang badan kita bersama-sama.

Fungsi Kolagen

Kolagen menguatkan kulit, saluran darah, tulang, dan gigi. Ia adalah simen intraselular yang memegang bersama sel-sel dalam organ-organ dan tisu pelbagai. Kolagen adalah salah satu protein yang paling berharga di dalam badan manusia. Seseorang yang telah sakit, atau yang telah diet sangat rendah protein, sangat sering melihat otot dalam beliau lengan dan kaki mula mengendur, yang merupakan satu tanda bahawa mereka mungkin telah hilang kolagen.



Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.



Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Call Mama Sekarang untuk tempahan
Hotline : 0199086965 mama eija
Personal FB : EIJA ISMAIL
Page FB : SZI Shoppe
Email : mizeija91@gmail.com


Tuesday, October 28, 2014

Pahang Negeriku Felda Desaku

Alhamdulillah,, akhirnya pahang mara ke final Piala Malaysia setelah bertungkus lumus berjuang dengan pasukan lawan Kedah Jumaat lalu. Sepatutnya mama dalam perjalanan ke kampung tapi tangguhkan sebab bola punya penangan... (delay 1hari..)hihi

Pahang Dihatiku (gambar ehsan En. Google)
Memang tak disangka-sangka Pahang boleh buat jaringan sebanyak 5 - 0,, walaupun sebelum mulakan perlawanan pelbagai tanggapan orang ramai terhadap pasukan Pahang ekoran kalah di tempat pihak lawan tempoh hari 3 - 1.

Hihihi....
Siapa kita nak ramal-ramal ye dak?? Usaha jambatan kejayaan ^_^

Buat Pasukan Felda yang tak berjaya ke Final, tak mengapa. Boleh cuba game akan datang. Tahniah juga buat Pasukan Johor telah meraihkan kemenangan dan akan bertemu pasukan pahang pada final pada 1 November di Stadium Bukit Jalil.

GADGET UNTUK IMANINA

jum story mory sikit petang-petang ni. macam mengantuk je kat ofis hari ni. hihi. Alkisah beli kan tablet untuk imanina minggu lepas. amboi umur tak sampai 2 tahun lagi dah ada gadget bagai kan. Advance nya budak-budak sekarang kan. Mama dulu besar-besar ni entah apa la permainan agaknya (tak ingat dah, tapi yang pasti bukan benda-benda ni).

Casing Tablet Upin Ipin pilihan imanina ^_^ 
Harap lepas ni tak berebut phone dengan ayah ye.. Kalu tak hari-hari ayah balik keje mintak phone nak tengok upin dan layan game 'pou' hahaha.. lagi tak tahan mama tengok imanina berebut tablet dengan anak bs.. kesian anak mama. oklah mama buat keputusan dengan ayah belikan tablet murah-murah untuk imanina. guna sebaik2nya ye iman (nama manja) sayang, boleh tengok feveret movie hari-hari "Upin Ipin" :) katun lain dia tak layan sangat

layan upin ipin, mama curi gambar pun tak perasan

dah jemu tengok upin, layan game pou plak...
Jadi anak yang bijak ye sayang... love u..