Thursday, November 20, 2014

Today Is Our Day

Assalamualaikum semua,,,

Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk melihat dunia hari ni.. Tanggal 20/11/2011 - 20/11/2014, 3 tahun yang pantas berlalu disulami seribu satu perkara pahit manis, suka dan duka dalam hidup sebagai suami isteri. Alhamdulillah telah dianugerah seorang cahaya mata yang tak ternilai sebagai pengikat cinta kami.


Ya Allah..
Jadikan lah kami ini pasangan yang bahagian 
lagi dirahmati selama-lamanya.
Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati,
dan kerukunan rumah tangga

Ya Allah..
Hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, 
sayang, cinta dan rindu yang berpanjangan 
dan tiada penghujungnya

Ya Allah..
Kurniakan dari kami zuriat keturunan
yang soleh dan solehah
Izinkan menikmati hidup bahagia ini 
hingga satu saat yang engkau tetapkan bagi kami 
tanpa sedikit duka yang terpalit di antara kami dihati..




bertandang :: gambar ni curikk album fb kak siti... sory kak siti :)
Selamat Ulang Tahun Cinta ke-3 Suamiku... semoga Allah terus mengekalkaan pinjaman kebahagian ini hingga ke syurga. Terima Kasih telah menjadi suami yang hebat untukku dan ayah yang luar biasa buat Nur Imanina Batrisyia :)

Wednesday, November 19, 2014

WW #2 : POCO POPCORN

Assalamualaikum & Selamat pagi....

Cerita tentang popcorn kali ni.. mama tak berapa gemar popcorn tapi lepas try popcorn gsc. sedap jugak kan.. kalu pergi panggung dulu-dulu (nampak sangat dah tak jenguk sejak ada anak sorang hahaha) mesti beli popcorn caramel kat situ ... haa yang mcm dalam gambar nie

#gambar encik google
tak minat yang lain dah.. duk beli yang ni je hihi.. even tak pergi panggung kadang-kadang singgah beli popcorn je.. tengok dah mula jatuh cinta dengan popcorn, one of my fav snek :) Ingatkan ni yang paling sedap rupanya ada lagi yang sedap hahaha...

taraa,,, ---->
classic caramel popcorn
junior ofismate mama yang kenalkan.. memang sedap, bentuknya pun comel2 dan ada flavors2 pulak boleh pilih yang mana kita suka. bagi yang suka makan popcorn boleh try poco popcorn.. mama beli kat the curve, kota damansara kat tempat lain tak sure.

dah makan baru teringat nak snap hihi

si comel ni pun suka.. 
Love,
Mama eija


Friday, November 14, 2014

Jumaat Yang Indah

Assalamualaikum & salam pagi yang penuh barakah :)


semoga semua teman-teman di murahkan rezeki.


REZEKI... Apakah itu rezeki?
Rezeki adalah apa-apa yang mendatangkan faedah dan manfaat dengannya.
Misalnya, wang. Wang boleh digunakan untuk membeli barang keperluan, bersedekah, dan sebagainya.
Misal lagi, makanan. Apabila kita makan, ia memberi zat dan nutrien kepada tubuh kita untuk meneruskan kehidupan.
Ilmu pengetahuan juga rezeki. Dengan ilmu kita boleh mengetahui banyak benda dan mengajarkannya.
Pekerjaan adalah rezeki. Dengan bekerja kita bukan saja membantu industri, tapi mendapat gaji untuk manfaat keluarga serta orang ramai.
Sifat-sifat baik adalah rezeki. Dengan sifat yang baik, bukan saja bermanfaat kepada orang lain, tapi juga memberi imej baik kepada agama, bangsa dan negara.

Kalau kita pernah minta murah rezeki, tapi macam tak murah je (dari segi kewangan), lihatlah pada makanan yang kita makan, ilmu yang kita belajar, dan sebagainya. Itulah rezeki untuk kita manfaatkan.
Wallahu a'lam..

Thursday, November 13, 2014

Shaklee : Get Clean Water

Assalamualaikum & selamat pagi... :)

Hari ini mama nak kongsi satu item yang mesti ada setiap rumah. Mungkin dalam kalangan uolls dah ada water filter di rumah tak mengapa, tapi bagi yang sedang mencari water filter yang terbaik boleh cuba Get Clean Water Shaklee. Istimewanya air yang bersih dan sihat datangnya dari sebuah Jag Air sahaja. Get Clean Water Shaklee mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Get Clean Water Starter pack
Putarka paip di rumah kita dan lihat air yang keluar. Air itu mungkin kelihatan bersih tapi setakat manakah ianya selamat untuk diminum?? Sebenarnya, bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang kita sekeluarga minum sabanhari. Tambahan pula, 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangan daripada air minuman.


Get Clean Water merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Berbanding dengan Jag air yang lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Klik SINI video menarik mengenai Get Clean Water Shaklee.

Mengapa kita perlu beli Get Clean Water Shaklee??

  1. Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain sisamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.
  2. Disahkan dapat mengurangka klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
  3. Disahkan dapat menuras 303 liter air bersamaan 80 gelen air bagi setiap turasan-dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  4. Sistem penurasan Jag Air berblok-Karbon Isian Semula yang pertama 
Get Clean Water Shaklee adalah pilihan bijak buat kita sekeluarga.
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air
  • Ringan dan Mudah dibawa kemana-mana
  • Menjimatkan kos-tanpa perlu masak

Sudah tentu hidup lebih sihat dengan air yang bersih. untuk buat pesanan boleh terus call atau sms/wassap :-

--> Hotline : 0199086965 eija
--> FB page : SZI Shoppe
--> Personal FB : Eija Ismail
--> Email : mizeija91@gmail.com
--> COD area : Subang Bestari, Shah Alam, PJ


Wednesday, November 12, 2014

Guna Telekung Lycra Tak Sah Solat, Betul Ke?

Assalamualaikum & selamat petang bloggers...

Mama terbaca satu entri Uzu tentang tak sah solat guna telekung lycra,, betul ke??? Meskipun tak mempunyai telekung lycra tapi nak juga tau sebab pernah guna telekung jenis lycra ni, sangat selesa.. soft je kan.. warna pun banyak pilihan, cantik kan..

Seperti kita tahu syarat sah solat mestilah menutup aurat. Mama terus google cari pendapatan soheh mengenai pakaian dalam solat, tak boleh buat main benda-benda macam ni ye tak.. Alhamdulillah terjumpa padangan Ulama dari mazhab-mazhab fiqh mengenai hukum pakaian ketat dalam solat :

1. MAZHAB HANAFI

Dinyatakan di dalam kitab al-Durr al-Mukhtar dari Mazhab Hanafi:

ولا يضر التصاقه وتشكله

Maksudnya: “Tidak mengapa (pakaian yang dipakai di dalam solat) melekat dengan aurat dan membentuk rupa bentuk aurat.” (al-Durr al-Mukhtar 2/84)

Ibn ‘Abidin di dalam Hasyiahnya kepada al-Durr al-Mukhtar  berkata:
 قوله : ولا يضر التصاقه أي : بالألية مثلا ، وعبارة شرح المنية : أما لو كان غليظا لا يرى منه لون البشرة إلا أنه التصق بالعضو وتشكل بشكله فصار شكل العضو مرئيا ، فينبغي أن لا يمنع جواز الصلاة ، لحصول الستر

Maksudnya: “Perkataan ولا يضر التصاقه (tidak mengapa melekatnya) iaitulah melekat dengan daging punggung sebagai contoh, dan  perkataan di dalam Syarh al-Munyah yang menyatakan: Adapun jika pakaian itu tebal, tidak dapat dilihat darinya warna kulit, melainkan ia melekat dengan anggota badan dan membentuk dengan bentuk anggota tersebut, lalu jadilah bentuk itu dapat dilihat, maka sepatutnya tidak menjadi penghalang harusnya solat kerana telah terlaksana tutupan aurat.”  (Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar oleh Muhammad Amin bin ‘Umar yang lebih dikenali dengan Ibn ‘Abidin)

2. MAZHAB MALIKI

Di dalam kitab al-Fawakih al-Duwani dari Mazhab Maliki dinyatakan:

ويجزئ الرجل الصَّلاة في الثوب الواحد ويشترط فيه على جهة الندب كونه كثيفا بحيث لا يصف ولا يشفّ ، وإلا كره وكونه ساترا لجميع جسده . فإن ستر العورة المغلظة فقط أو كان مما يصف أي يحدد العورة . . . كرهت الصلاة فيه مع الإعادة في الوقت

Maksudnya: “Memadai seseorang lelaki solat dengan sehelai baju, dan disyaratkan pada baju tersebut secara sunat agar dia tebal dalam bentuk tidak mensifatkan (anggota) dan tidak nipis, jika tidak ia dikira makruh, baju itu juga hendaklah menutup keseluruhan tubuhnya. Jika ia telah menutup aurat yang besar sahaja, namun mensifatkan bentuk aurat, dikira makruh solat dengan pakaian tersebut beserta diulangi solat itu jika masih berwaktu.”(al-Fawakih al-Duwani 1/216)
Di dalam Hasyiah al-Dusuqi pula dinyatakan:
أن الصلاة في الثوب الواصف للعورة المحدد لها صحيحة ، ولكنها مكروهة كراهة تنزيهية ، ويستحب له أن يعيد إذا كان الوقت باقياً 
Maksudnya: “Solat dengan baju yang mensifatkan bentuk aurat adalah sah, akan tetapi hukumnya makruh, makruh tanzih dan disunatkan mengulangi solat tersebut jika waktu masih berbaki.”

3. MAZHAB AL-SYAFIE

Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam al-Majmu’:

فلو ستر اللون ووصف حجم البشرة كالركبة والألية ونحوها صحت الصلاة فيه لوجود الستر ، وحكي الدارمي وصاحب البيان وجهاً أنه لا يصح إذا وصف الحجم ، وهو غلط ظاهر

Maksudnya: “dan jika ia (pakaian itu) menutup warna dan mensifatkan bentuk seperti lutut dan daging punggug dan seumpamanya, sah solat tersebut kerana telah berlaku penutupan. Al-Darimi dan Sahib al-Bayan menyatakan satu wajah, bahawa ianya tidak sah jika mensifatkan (menampakkan) bentuk, pernyataan ini adalah satu kekeliruan yang jelas.” (al-Majmu’ 3/176)

4. MAZHAB HAMBALI

Ibn Qudamah berkata di dalam al-Mughniy:

وإن كان يستر لونها ويصف الخِلْقَة جازت الصلاة ، لأن هذا لا يمكن التحرز منه


Maksudnya: “Dan sekiranya menutup warna aurat dan mensifatkan bentuk, harus solat (dengan pakaian tersebut), kerana perkara seperti ini tidak mungkit dapat dielak.” (al-Mughniy: 2/287)

Sumber : Klik Sini

Menurut pandangan ulama, dapat kita simpulkan bahawa pakaian dalam solat harus menutup aurat dan tidak jarang sehingga menampakkan kulit (aurat). Jadi pilih fabrik terbaik bukan sekadar mahal tetapi tujuan menutup aurat dan dapat menyempurnakan solat.

Wallahu a'lam


WW #1 : CORNETTO


Sejak jadi mak anak satu ni dah tak pernah beli cornetto.. bukan cornetto je, aiskrim yang lain-lain pun mama jadi tak gemar.. last week opismate belanja cornetto coklat ni, semua staff dapat... sedap juga ye [kalau yang free, semua sedap.. heeeww] thanks kak nita semoga murah rezeki selalu...


Peminat Setia Upin Ipin

Assalamualaikum & selamat pagi,,,


Setiap tahun Les Copaque Production akan adakan Karnival Upin Ipin untuk peminat setia Upin Ipin. Wahhh bestnya... mama pulak teruja hihi...Imanina minat sangat-sangat dengan upin ipin. tahun sudah tak dapat joinn, tahun ni InsyaAllah join kat Putrajaya kali ni. Untuk Imanina sanggup je mama redah, ayahnya yang drive hihihi.... tak sabar rasa nya nak bawa imanina ke karnival ni tengok maskot Upin Ipin yang besar tuhhh, apa lah reaksi imanina ye?? hewwwhew ...nanti kannnn

Jom la uollsss kita ramai-ramai serbu PICC.. :)