Wednesday, December 24, 2014

WW #3 : TERIMA KASIH KAK AIN

Assalamulaikum rakan-rakan alam maya mama :) sihat dan ceria selalu yer



Dapat gift dari kak ain mini book "mudahnya menjemput rezeki". Alhamdulillah, ia sangat bermanfaat buat mama dan kepada sesiapa yang membacanya dalam mencari rezeki yang halal. Terima kasih kak ain ^_^

Tuesday, December 9, 2014

Happy 2nd Birthday My Breastfeeding Partner

Assalamualaikum dan selamat pagi bloggers...

09 Disember 2012, lahirnya seorang baby girl seberat 3.1kg tepat jam 7.03 pagi di Hospital Hj Ahmad Shah, Temerloh Pahang. Di beri nama Nur Imanina Batrisyia Binti Zaril Hafiz, nama pilihan ayah dan mama.. Alhamdulillah,, 09 Disember 2014 hari nie genap umur iman 2 tahun.. terasa cepat sangat masa berlalu, kenangan mengandung dan melahirkan iman tetap terpahat di hati... hihi. Terima kasih ya Allah atas kurniaan permata yang sangat bernilai.


Semoga iman sentiasa di bawah rahmat ilahi, dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang  solehah serta berjaya di dunia mahupun di akhirat.. ayah dan mama sentiasa doakan yang terbaik buat iman.

Happy Birthday Baby Comel ^_^ i love uuuu




Monday, December 8, 2014

Family Trip [Part #1]

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Entri kali ni mama nak share cerita family trip ke Kuala Gandah sabtu lalu.. memang pilih trip yang dekat-dekat je dan tak nak bermalam sebab nak ayah dan mak join sekali. ayah tak berapa minat nak enjoy-enjoy sangat (ceeewahhh). mungkin keadaan kesihatan tak mengizin kan.. bukan senang nak berkumpul semua adik beradik almaklum semua duk jauh2 lagi satu faktor cuti time si kakak cuti yang si abang pulak tak dapat cuti begitu hari-hari meraka

Alhamdulillah kali ni planning family menjadi walaupun ada kekurangan tapi puas hati dapat luangkan masa bersama-sama.

4 buah kereta yang turut bersama-sama. 2 jam perjalanan dari bera ke lanchang :)
sampai jam 12 tghari.. siap2 makanan utk di isikan perut sebelum berjalan hihi

elephant show :) kuala gandah


penonton ^___^

a part of my family... ada lagi yang tertinggal tak masuk dalam gambar. teruja tgk elephant show... hihi
sekian..... love,
 mama eija

Thursday, December 4, 2014

Rindunya

dan sebenarnya terlalu rindu nak berblog hihihi
Assalamualaikum semua...

masih ingat kat mama lagi tak... lebih 2 minggu tak menjengah blog... masa tak mengizinkan... sebenarnya rindu nak baca blog kawan-kawan tapi tak kesempatan lagi... lambat atau cepat mama akan terjah juga blog korang!! tunggu ye...

semoga korang baik2 sahaja.... nanti jumpa lain yeeee...

missshhh uolllss ^_____^

love,
mama eija



Thursday, November 20, 2014

Today Is Our Day

Assalamualaikum semua,,,

Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk melihat dunia hari ni.. Tanggal 20/11/2011 - 20/11/2014, 3 tahun yang pantas berlalu disulami seribu satu perkara pahit manis, suka dan duka dalam hidup sebagai suami isteri. Alhamdulillah telah dianugerah seorang cahaya mata yang tak ternilai sebagai pengikat cinta kami.


Ya Allah..
Jadikan lah kami ini pasangan yang bahagian 
lagi dirahmati selama-lamanya.
Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati,
dan kerukunan rumah tangga

Ya Allah..
Hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, 
sayang, cinta dan rindu yang berpanjangan 
dan tiada penghujungnya

Ya Allah..
Kurniakan dari kami zuriat keturunan
yang soleh dan solehah
Izinkan menikmati hidup bahagia ini 
hingga satu saat yang engkau tetapkan bagi kami 
tanpa sedikit duka yang terpalit di antara kami dihati..




bertandang :: gambar ni curikk album fb kak siti... sory kak siti :)
Selamat Ulang Tahun Cinta ke-3 Suamiku... semoga Allah terus mengekalkaan pinjaman kebahagian ini hingga ke syurga. Terima Kasih telah menjadi suami yang hebat untukku dan ayah yang luar biasa buat Nur Imanina Batrisyia :)

Wednesday, November 19, 2014

WW #2 : POCO POPCORN

Assalamualaikum & Selamat pagi....

Cerita tentang popcorn kali ni.. mama tak berapa gemar popcorn tapi lepas try popcorn gsc. sedap jugak kan.. kalu pergi panggung dulu-dulu (nampak sangat dah tak jenguk sejak ada anak sorang hahaha) mesti beli popcorn caramel kat situ ... haa yang mcm dalam gambar nie

#gambar encik google
tak minat yang lain dah.. duk beli yang ni je hihi.. even tak pergi panggung kadang-kadang singgah beli popcorn je.. tengok dah mula jatuh cinta dengan popcorn, one of my fav snek :) Ingatkan ni yang paling sedap rupanya ada lagi yang sedap hahaha...

taraa,,, ---->
classic caramel popcorn
junior ofismate mama yang kenalkan.. memang sedap, bentuknya pun comel2 dan ada flavors2 pulak boleh pilih yang mana kita suka. bagi yang suka makan popcorn boleh try poco popcorn.. mama beli kat the curve, kota damansara kat tempat lain tak sure.

dah makan baru teringat nak snap hihi

si comel ni pun suka.. 
Love,
Mama eija


Friday, November 14, 2014

Jumaat Yang Indah

Assalamualaikum & salam pagi yang penuh barakah :)


semoga semua teman-teman di murahkan rezeki.


REZEKI... Apakah itu rezeki?
Rezeki adalah apa-apa yang mendatangkan faedah dan manfaat dengannya.
Misalnya, wang. Wang boleh digunakan untuk membeli barang keperluan, bersedekah, dan sebagainya.
Misal lagi, makanan. Apabila kita makan, ia memberi zat dan nutrien kepada tubuh kita untuk meneruskan kehidupan.
Ilmu pengetahuan juga rezeki. Dengan ilmu kita boleh mengetahui banyak benda dan mengajarkannya.
Pekerjaan adalah rezeki. Dengan bekerja kita bukan saja membantu industri, tapi mendapat gaji untuk manfaat keluarga serta orang ramai.
Sifat-sifat baik adalah rezeki. Dengan sifat yang baik, bukan saja bermanfaat kepada orang lain, tapi juga memberi imej baik kepada agama, bangsa dan negara.

Kalau kita pernah minta murah rezeki, tapi macam tak murah je (dari segi kewangan), lihatlah pada makanan yang kita makan, ilmu yang kita belajar, dan sebagainya. Itulah rezeki untuk kita manfaatkan.
Wallahu a'lam..