Thursday, September 25, 2014

Nasi Goreng Kasih Sayang

Salam pagi yang indah buat blogger semua,,,

Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat hidup yang selesa.. Cerita mengenai sarapan pagi, mama jarang buat sendiri, selalu nya beli je kat gerai berhampiran rumah mama tapi hari ni mama cuti kerana babysitter imanina terpaksa balik kampung ada kematian kalangan sanak saudara..

Mama bukan la seorang yang pandai masak, kalu nak masak je mesti refer buku resepi hihi... tapi nasi goreng kasih sayang ni tak la tengok buku.. hahaha (tak kan la nasi goreng tengok buku, memang parah la kan.. huhu)

taraa... nasi goreng kasih sayang
mama namakan nasi goreng kasih sayang kerana proses membuat nya penuh dengan perasaan kasih sayang buat si pejamah (en hubby & imanina) ceewahh... simple xde sayur2 sebab mama dan en hubby tak makan sayur.. :)

Wednesday, September 24, 2014

Alah Ketika Mengandung? Kenapa Kita Muntah?

Bila mengandung je kena ada alah, muntah. betul ke? Bukan semua wanita akan mengalaminya. Malah ada wanita yang bernasib baik tiada alahan pun sepanjang kehamilan. Ada juga wanita yang mengalami alahan, muntah yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. 



Kenapa kita muntah, ada alahan ketika hamil?

1. Hormon (HCG)
 Hormon ini meningkat dengan cepat pada peringkat awal kehamilan. Loya akan lebih memuncak di sekitar masa yang sama dengan tahap HCG. wanita mempunyai tahap yang lebih tinggi HCG,berisiko tinggi untuk mengalami rasa loya dan muntah-muntah.

2.Estrogen
Hormon ini, yang juga meningkat dengan pesat di awal kehamilan.wanita akan cenderung kepekaan terhadap bau.  Aroma tertentu serta-merta mencetuskan refleks lelucon. 

3.Perut sensitif
Kawasan gastrousus Sesetengah wanita hanya lebih sensitif kepada perubahan awal kehamilan. Juga, beberapa kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai bakteria perut yang dikenali sebagai Helicobacter pylori adalah lebih cenderung untuk mempunyai rasa loya dan muntah-muntah.

4.Tekanan

Beberapa orang penyelidik telah mencadangkan bahawa wanita tertentu secara psikologi cenderung untuk mempunyai rasa loya dan muntah semasa mengandung sebagai tindak balas kepada tekanan yang tidak normal. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong teori ini. (Sudah tentu, jika anda sentiasa loya atau muntah banyak, anda pasti boleh mula berasa lebih tertekan!)

Tuesday, September 23, 2014

Kuew Teow Goreng


menu lunch mama hari nie... hihi simple kan.. hari nie agak lewat sedikit lunch memandangkan banyak perkara harus di bereskan.. tapi perut harus diisi walau sesibuk manapun..

Awal2 pagi buat mama terkejut suhu badan imanina agak panas, imanina demam rupanya... kesian anak mama tapi mama xdapat cuti, naseb ofis mama keje sejengkal je dari rumah dapat mama ulang alik jenguk hihi... alhamdulillah hubby sangat memahami dia yang volunter nak jaga imanina hari ni...

Imanina : xde gambar demam... mama letak gambar yang ni lah..
tapi menjelang tengahari suhu badan imanina da stabil ,, ingat ambik time off nak bawak ke klinik tapi tak jadi la.. bagi pcm je... kalu tak ok jugak petang ni kita dating dgn doktor ye daling :) ayah pun boleh masuk keje la kan.. bukan main seronok mama dan ayah hantar kat rumah ibu (gelaran bs) dia. siap babaiii lagi tadi seronok kat rumah bs ada kawan, Berdating la lunch tadi tapi en hubby je makan mama xda selera nak makan so tapau jela kuew teow ni... hihi

love,,
mama eija


Monday, September 22, 2014

3 Sebab Kenapa Perlu Memilih Shaklee

Sekarang ini terlalu banyak makanan kesihatan di pasaran, samada dari dalam atau luar negara. Ada yang mudah didapati di farmasi, dan ada yang dipasarkan melalui network marketing, jualan langsung, dan sebagainya.

Keadaan ini menyebabkan ramai yang keliru, kerana banyaknya jenama makanan tambahan yang memberi pelbagai ‘janji’ terhadap produk mereka.

3 Sebab kenapa anda perlu memilih Shaklee:

Shaklee – Always Safe
Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
Potensi yang dijamin -> pengesahan dari pihak ketiga
Keaslian dijamin -> 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani
100% kepuasan dijamin

Shaklee – Always Green
Tiada perisa tiruan
Tiada pemanis tiruan
Tiada pewarna atau lemak trans
Tiada suapan tersembunyi
Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
Tidak mengandungi bahan yang dilarang
Tidak mengandungi peluntur klorin

Shaklee – Always Work
USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
70 kajian klinikal telah diterbitkan
60 orang saintis Shaklee

50 patents

50th Anniversary Landmark Studies menunjukkan pengguna supplement Shaklee dalam jangka masa panjang memiliki kesihatan yang lebih baik dari mereka yang hanya mengambil multivitamin dan yang tidak mengambil supplement sama sekali.


HARGA ROKOK TURUN

Betul ke ni?? kalu betul, Suka sangat la buat si perokok aktif bila dapat berita nie... SUMBER


British America Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT) mengumumkan bahawa harga semua jenama rokok keluarannya akan dikaji semula untuk pra-kenaikan harga nerkuatkuasa hari ini


harga baru

Alhamdulillah,, en husband da stop buat masa sekarang, sejak puasa lalu (dah hampir 3 bulan lebih tak sentuh) harap2 berterusan la ye darling ku... :)

FIZO OMAR PUNYA BURGER???


kiosk Hot Burger by Fizo Omar dah buka berhampiran rumah mama.. excited bebenor nak rasa.. 1st time pergi, burger habis weyhhh... nampak?? memang betul2 hot... mama xsure bahan mentah dia bawak sikit ke atau customer dia ramai hihi... Alhamdulillah rezeki brother niee .. so mama oder oblong je... memang sedap!! gambar lupa nak snap

curi2 snap time xda orang haha






Second time berBURGER Incik Fizo ... ^_^



Berkelip-kelip di Malam Minggu

Assalamualaikum semua.. ke Icity kita kali nie bawa si puteri mama sorang nie. Dah lama rasa nya tak pergi, last pergi hari tu time sambutan hari merdeka tahun 2013... lama tuuu..

Nama je duk kat Shah Alam tapi malam2 jarang jer nak keluar lepak2 camtu lagi ada anak kecik.. hihi (ayah nya kurang minat anak berjemur embun itu sebenarnya) Tapi sekarang alhamdulillah anak da membesar dgn sihat, boleh la berjalan xkira siang ke malam selagi xletih.. hahaha


Tak semua tempat mama jelajah... icity sekarang banyak permainan ala2 genting.. ada snow walk, kerusi pusing2, cable car versi icity, banyak lagi yang mama tak nampak.. boleh masuk kan dalam senarai percutian bagi siapa yang belum pernah sampai... waterpark pun ada hihi

bckground kerusi pusing2 ...
si imanina tu sentiasa nak berdukung... (penakt sikit puteri mama nie hehehe)





selfie sikit..kehkehkeh




  

Saturday, September 20, 2014

Ostematrix Shaklee : Atasi Lenguh & Sakit Belakang Semasa Hamil

Salam Hujung minggu... Hujan renyai-renyai alhamdulillah ... Hujan rahmat di bumi Subang

Sedikit info untuk mama kongsi kan bersama sahabat alam maya.. Ramai mommy2 yang preggy tanya mama bagaimana nak atasi lenguh-lenguh badan dan kaki semasa hamil...

Biasanya time pregnant ni memang sakit badan, lenguh-lenguh, sakit sendi. Tak boleh tidur malam sebab semuanya serba tak kena kan? Saya pun dah laluinya dulu.
Masa saya mengandung anak pertama, tak pernah ambil supplement Shaklee ni sebab tak bertemu jodoh lagi. Hehehe..  Masa dah bersalin baru start ambik set berpantang Shaklee. 

Ceritanya ofismate mama ni time tak pregnant lagi memang dia sakit pinggang dan sering lenguh-lenguh dah kalau pregnant apetah lagi kan.. (dia muda lagi tau 25tahun macam tu) mama kesian kat dia, masa nie tak fikir nak berniaga ke apa, nak tolong sahaja, dan minta dia cuba dulu... Alhamdulillah dia sangat berpuas hati,, dan repeat oder dan terus repeat :) Sakit belakang dah kurang, bangun dengan cergas, senang buang air besar dan takde dah cramp lagi. Allah yang dapat menyembuhkan kita manusia kena berusaha. Alhamdulillah sebab dia sekeluarga pengguna tegar shaklee, terus join ahli untuk dapatkan harga jauh lebih murah.




Bagaimana Ostematrix membantu ibu-ibu hamil ye?

♥ mendapat kalsium yang secukupnya untuk ibu dan anak.
♥ mengoptimumkan pengambilan kalsium dengan formulasi vit D, magnesium yang
    memastikan serapan yang bagus utk tulang
♥ menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit belakang
♥ bangun dengan cergas tanpa rasa letih
♥ sistem penghadaman kerana ia mampu melawaskan
♥ tiada lagi cramp, simpul biawak masa mengandung.

Cara Order, Sila hubungi :

Personal FB : EIJA ISMAIL
SHAKLEE ID : 910618
PAGE FB : SZI SHOPPE
EMAIL : mizeija91@gmail.com
HOTLINE : 0199086965 eija (prefer sms & Wssap)
COD AREA : Subang Jaya, Shah Alam & Lembah Klang
Penghantaran Seluruh Malaysia (Poslaju & Gdex Express)

Friday, September 19, 2014

Melawak jerr

comel tak???
hihi... mama ingatkan che ta je pakai bulu mata, kereta pun ada jugak.. lentik bakk anggg ^_^

Desert

Dah lunch ke semua?? ofcos dah la kan, kecuali orang yang berpuasa belum masa lagi untuk makan...hihi jum mama belanja satu gambar desert mama hari nie... taraaa

penang mari...
jemput makan yee... jeruk campur + jeruk buah salak yang mama kirim dengan ofismate. kebetulan ayah dia outstation ke penang. malu jugak nak kirim2 tapi sebab kan dia ofer boleh lah... nak tunggu pergi sendiri lambat lagi la nak dapat makan jeruk original penang nie..


Jumaat Penghulu Segala Hari


Assalamualaikum & salam sejahtera.... 




Thursday, September 18, 2014

Kudap-Kudapan Di Petang hari

kegemaran semua golongan :)
Coklat putih mama dapatkan kat candylicious, KLCC tempoh hari. sedap juga yea... selalu makan coklat gelap sesekali pekena yang putih plak.

comel je... untuk skali ngap.. hihi ada cmpuran berry +  manis
ada juga dalam bntuk blok tapi mama pilih yang ni senang terus ke mulut je... bagi yang suka coklat boleh terus ke cawangan candylicious tak payah susah-susah ke langkawi.

sekian,,, cerita tentang coklat putih ku :)

Alfalfa : Pencuci Keseluruhan Tubuh

Alhamdulillah, sempat lagi saya update blog hari ni, saya nak share sedikit pencuci yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Bila nak bercerita tentang pencuci keseluruhan tubuh, boleh je cuci pakai sabun mandi. Hehehe, tapi yang ni lain, kalau nak cuci badan, nak cuci betul betul, nak buang toksik, kenalah cari pencuci dalaman, kasi buang semua dalam perut, dalam darah, dan macam macam lagi organ dalaman yang dah dikotori. Tapi apa yang bagus nak makan ? Jawabnya ALFALFA SHAKLEE !!!!


 Alfalfa Shaklee

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.

Manfaat Alfalfa

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain.

Membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria.
Membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc).

Mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol.

Hubungi Mama Eija Untuk Mendapatkan Alfalfa Shaklee Anda Sekarang
0199086965

Angan-Angan Ku

Sejahteralah ke atas blogger2 sekalian....

Ada yang nak tahu ke apa yang di angan2kan mama muda nie??? (perasan pulak kan hahahah) tak tahu ke nak tahu ke pasti mama cerita kan juga...

sudah lama mama (dekat2 dua tahun laa) idamkan berat badan kembali asal ke 50kg tetapi belum tercapai. kenapa ye?? makan banyak sangat kot hihi,, kurang senaman ke?? macam-macam sebabnya kan.. tapi salah satu nya mungkin mama susah control makan .. bukti nya ialah

tara.... selfie cket
lokasi KFC  subang 2 17/09/2014
pekena Snack plate memalam buta sekitar jam 11 malam... hahaha.. second round dah nie... 1st round pekena nasi + tomyam.. asalnya tunggu sorang agent insurans kat KFC ni untuk ambil polisi yang encik husband sign up tempoh hari. Terjerat pulak kat sini yer hihi sambil menyelam minum air ^_^ Nanti mama cerita tentang insurans yang en husband ambil dalam entry akan datang.

Selera makan bertambah-tambah semenjak preggy lagi... susah betul nak control.. bila la nak tercapai angan-angan ni... huhu (tepuk dada tanya diri sendiri,, ye dok).. mama belum rasa nak cuba any suplement untuk turunkan berat ni, mungkin kalu nak mama akan ambil Set Shape Up Shaklee sebab mama yakin Shaklee Halal Semulajadi dan Selamat. 

cinch shake untuk memecah lemak dan membina otot dgn protein
Okayy semua itu sahaja tunggu mama share entry kalu2 dah kurus heheheh.... thanks sudi baca jangan lupa tinggalkan komen anda.. kot2 ada tips lain ke boleh share... 

love,,,
mama eija





8 CARA MUDAH ELAK PERUT BUNCIT !!!!

Salam sejahtera semua. Ramai jugak yang stress sebab buncit, jom mama share tips nak elakkan perut buncit nih. Bagus tips ni dan boleh diamalkan. SUMBER



1. Mulakan hari anda dengan jus lemon
Ini adalah salah satu terapi terbaik untuk menghilangkan lemak perut. Picit sedikit jus kuning ke dalam segelas air suam dan tambah sedikit garam kepadanya. Teruskan minum ini setiap pagi untuk meningkatkan metabolisme anda dan untuk menghilangkan perut gendut itu.

2. Elakkan beras putih
Gantikan beras putih dengan pelbagai produk gandum. Termasuk beras perang, roti coklat, bijirin penuh, oat dan quinoa dalam diet anda.

3. Elakkan bahan-bahan bergula
Jauhi gula-gula, minuman manis dan makanan yang kaya dengan minyak. Pengambilan makanan ini dapat meningkatkan lemak badan di sekitar pelbagai bidang badan anda seperti perut dan peha.

4 Minum air yang banyak
Jika anda ingin menghilangkan perut anda, kemudian minum air yang mencukupi setiap hari. Air minuman, selepas jangka masa yang tetap akan membantu untuk meningkatkan metabolisme anda dan membuang toksin dari badan anda.

5. Makan bawang putih mentah
Kunyah 2-3 ulas bawang putih setiap pagi, dan minum segelas air lemon selepas itu. Rawatan ini akan menggandakan proses penurunan berat badan anda dan membuat peredaran darah anda lancar dalam badan anda.

6. Elakkan makanan yang tidak veg
Untuk menghapuskan lemak perut, adalah disyorkan bahawa seseorang itu perlu mengelakkan makanan bukan vegetarian sejauh yang mungkin.

7. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Makan semangkuk buah-buahan setiap hari di waktu pagi dan petang. Ini akan mengisi anda dengan banyak antioksidan, mineral dan vitamin.

8. Gunakan Rempah

Penggunaan rempah seperti kayu manis anda, halia dan lada hitam dalam masakan anda. Ini rempah sarat dengan manfaat kesihatan. Mereka membantu untuk meningkatkan rintangan insulin dan mengurangkan tahap gula dalam darah anda.

love,,
mama eija

Tips Untuk Anak-Anak Yang Cerewet Makan

Sebenarnya bukan anak-anak saja yang Cerewet Makan bahkan ada ketikanya orang dewasa juga Cerewet Makan. Jika orang dewasa yang Cerewet Makan, lantaklah... siapa suruh mengada-ngada, kan? Tapi, menjadi suatu kerunsingan dan kerisauan yang amat sangat jika si cilik kita yang Cerewet Makan. Apa yang penting janganlah kita panik... Di sini apa yang mama nak share adalah Tips Penting Untuk Anak Yang Cerewet Makan.



1. Jangan Hidang Makanan Lain Jika Anak Kita Cerewet Makan
Jangan biasakan diri kita menggantikan makanan yang tidak disukai oleh anak kita dengan makanan lain. Contoh : Kita gantikan brokoli dengan sosej. Amalan sedemikian akan menyebabkan sikap Cerewet Makan anak kita akan bertambah kerana mereka tahu ibu bapa mereka akan mengikuti kehendak mereka.

source : http://www.thenutritionpost.com/
2. Memberi Galakkan Kepada Anak-Anak Untuk Memilih Makanan Berkhasiat
Biasakan diri kita untuk membawa anak kita membeli-belah di pasar raya dan memberikan mereka peluang untuk memilih sendiri makanan berkhasiat dengan panduan kita. Contohnya kita beri mereka peluang untuk pilih buah-buahan kegemaran mereka.

3. Jangan Berikan Pencuci Mulut Sebagai Ganjaran
Tindakan memberikan ganjaran pencuci mulut selepas anak kita makan makanan berkhasiat akan membentuk sikap Cerewet Makan anak kita. Anak kita akan keliru dan menganggap pencuci mulut lebih tinggi nilainya berbanding makanan berkhasiat tersebut.

4. Jadikan Waktu Makan Sebagai Waktu Yang Menyeronokkan
Terapkan suasana gembira dan menyeronokkan ketika waktu makan supaya anak kita mempunyai "mood" untuk berselera dan tidak Cerewet Makan. Contohnya sebagai ibu bapa kita jangan marah-marah anak kita sebelum atau semasa waktu makan. Ini akan menjadikan waktu makan adalah saat-saat yang dinantikan oleh mereka.

5. Kurangkan Gangguan Semasa Waktu Makan
Tetapkan peraturan di rumah untuk menghormati waktu makan. Contohnya : Menutup TV atau apa-apa gajet ketika waktu makan. Paling kurang pun jangan buka rancangan TV yang menarik perhatian anak kita seperti rancangan kartun ketika makan.

6. Bersabarlah Jika Hidangan Baru Diberikan
Jika kita hendak memperkenalkan makanan baru kepada anak kita, maka bersabarlah. Berilah peluang kepada anak kita untuk membiasakan diri mereka dengan makanan baru. Bagi kita itu adalah hal kecil tetapi tidak bagi mereka.

7. Kreatif
Hiasilah hidangan makanan anak kita menyerupai watak kartun kegemaran anak kita. Paling kurang pun bagilah hidangan makanan anak kita supaya menjadi "happening" dan tidak membosankan.



8. Kekal Dengan Rutin Harian Waktu Makan
Disiplinkanlah anak kita dengan waktu makan. Jangan biasakan mereka minum air yang banyak sebelum waktu makan kerana ini boleh membantutkan selera mereka. Apalagi makanan "junk food" ataupun "snack" yang tidak elok untuk anak kita, jangan diberikan sebelum waktu makan.

10. Hormati Selera Anak Anda
Jangan paksa anak kita makan jika dia masih kenyang. Paling tidak pun suapkan makanan kepada mereka dalam bahagian yang kecil asalkan mereka makan.

Apabila anak kita Cerewet Makan, mereka akan kekurangan nutrien-nutrien penting dalam tubuh badan mereka. Paling tidak pun kandungan nutrien dalam tubuh badan mereka menjadi tidak seimbang.



Shaklee Mealshake membantu untuk membekalkan nutrien seimbang kepada tubuh badan anak kita seperti Vitamin A, C, E, Zinc, Selenium dan lain-lain. Dengan rasa yang enak dan lazat, percayalah sukar bagi anak kita untuk Cerewet Makan apabila berjumpa dengan Shaklee Mealshake.

Wednesday, September 17, 2014

MINUMAN TAMBAHAN KEUARGA

Assalamualaikum,, salam sejahtera, salam 1 malaysia...

Meh dekat-dekat, meh rapat-rapat... tercari-cari menu minuman petang atau anak kurang gemar sarapan pagi? atau kita sendiri sebagai ibu tak gemar sarapan tak boleh masuk,, apa kata sesiapa yang ada masalah tu kita cuba ambil Mealshake..  klik SINI info lanjut mengenai Mealshake

minuman vanilla yang sangat lazat
Mealshake bukanlah hanya supplement yang sesuai untuk kanak-kanak tetapi kita juga boleh amalkan.. Mama sendiri pun curi2 minum sambil2 bancuh untuk puteri kesayangan hihihi mama jarang minum sebab memang beli khas untuk anak.. mama & en hubby amalkan ESP sahaja..
Resepi mama untuk Mealshake mesti Milo sedikit dan anak mama si imanina mama letak dalam susu dia.. Alhamdulillah mama berpuas hati.. Terima Kasih Allah... kita ibu2 pasti nak yang terbaik buat anak2..

Imanina peminat mealshake :)
Kenapa Mealshake???

Ia mengandungi 9 amino asid!
Non GMO Soy!
Mengandungi 28 vitamin dan minerals yang diperlukan oleh tubuh badan kita...

Jadi?? apa yang istimewa??


Tentu lah, Promosi bulan nie BELI 3 PERCUMA 1,,, Julung2 kali Shaklee ada kan.. selalu nya promosi kena beli 6 baru dapat 1 tapi sekarang beli 6 dapat 2... Istimewa bukan?? hihi JOM GRAB sekarang...

Bagaimana?? 

mudah sahaja,, nak call ke nak sms ke atau wassap je semua boleh

♥ FB Personal: Eija Ismail
♥ Shaklee ID: 910618
♥ FB Page: SZI Shoppe
♥ Email : mizeija91@gmail.com
♥ Call/SMS/WhatsApp : 0199086965 mama eija
♥ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam & Petaling Jaya

CERITA CERITI DI AQUARIA KLCC

Assalamualaikum semua,,,

Sihat ke?? harap semua sihat yer dan selamat bekerja kepada yang bekerja.. tak lupa yang full time WAHM pun menjalan tugas rutin harian.

Alkisah cuti Malaysia kelmarin mama sekeluarga ke Aquaria, KLCC habis kan masa kat situ setengah hari hihihi bukan satu hari.. yelah sampai kat KLCC pun da Jam 2 Petang kan..

Ramai yang dah sampai,, mama asyik sebut2 tapi tak pernah sampai time tak mengizinkan, kadang-kadang time ada poket pulak tak izin... hahaha tapi lebih kepada time la sebab kebiasaan wekeend mama sekeluarga akan balik kampung. rehat-rehat kat kampung jerr lagi best,, tenang je kan.. (eh nak cerita pasal ape nih,, dah compius plak hihihi)

Siapa2 teringin nak tengok hidupan laut tak payah ke laut dah lepas ni, (ke laut pun belum tentu boleh tengak) ke aquaria je... bayaran pun ok la tak mahal sangat

Dewasa : RM38
Kanak2 : RM28
Warga Emas : RM28
Kanak-Kanak bwh 3 tahun Free

sebelum sampai sini beli monopot siap-siap dah tau takde orang nak ambik gambar kitorang bertiga hihihi...
welcome to Aquaria  #selfie cket :p
pejalanan nak masuk ke aquaria... jauh jugak!
rehat jap,,, penat katanya hahaha...  

imanina taknak senyum,, takut katanya hihi
Selain jalan2, dalam terowong nie kita boleh tengok ada penyelam bagi makan kat ikan-ikan  besar. kalu suka kan yang aksi, boleh juga beli pakej menyelam bersama jerung.. kalu mama memang tak la.. tak reti berenang haha
dalam terowong nie kita tak payah berjalan ade travelator bergerak so berdiri jela..

ini sahaja dapat mama share, ibu ayah yang plan nak bawak anak-anak bercuti boleh pilih Aquaria, KLCC mesti mereka seronok kan...Hihii

Sekian, terima kasih sudi baca

love,,
mama eija


Sunday, September 14, 2014

Lotus Birth

Terbaca mengenai Lotus Birth ni di FB tadi... macam pelik je tapi mama take it satu benda baru untuk belajar... sebab tu kena banyak membaca. 

Ok berbalik pada tajuk asal tadi,, ape benda Lotus Birth ni??

Lotus birth adalah proses melahirkan bayi dengan tetap membiarkan tali pusat terhubung dengan plasenta selama beberapa hari. Jadi tali pusat dan plasenta yang menempel di pusat bayi tidak dipotong semasa ibu bersalin namun dibiarkan mengering sendiri dan lalu terputus sendiri. SUMBER

gambar mama rembat kat google


Melahirkan dengan cara lotus birth dianggap lebih alami dan membuat bayi memiliki kekebalan tubuh lebih tinggi. Namun secara ilmu kedoktoran, cara ini masih dianggap kontroversi dan dapat berisiko untuk bayi.

Secara persalinan normal, ketika bayi baru lahir maka tali pusat dikepit dan dipotong, sehingga terpisah dari plasenta atau ari-ari.

Sedangkan bila melahirkan dengan cara lotus birth, tali pusat tidak akan dipotong sehingga masih ada hubungan antara plasenta dan bayi. Plasenta dibiarkan berhubung dengan bayi hingga akhirnya kering dan puput (terlepas) dengan sendirinya dalam 3-4 hari.

Biasanya untuk menghilangkan bau, plasenta yang sudah ditempatkan di dalam bekas atau penapis dan dibiarkan kering dan diberi garam, bunga atau rempah-rempah yang mengeluarkan wewangian.

Melahirkan dengan cara ini dipercaya dapat mencegah bayi kekurangan zat besi dan membuat bayi memiliki kekebalan tubuh yang tinggi, kerana darah yang masih mengalir dari plasenta dapat memberikan tambahan oksigen, makanan dan antibodi untuk si bayi. wallahualam... kalu ada ibu2 yang berminat nak cuba kena tahu cara2 pengurusannya supaya tak berbau etc....


Saturday, September 13, 2014

Nikmat Mengandung (Mengimbau Kenangan)

Assalamualaikum semua....

Entri kali nie mama nak kongsikan pengalaman mengandung anak pertama... seronok nya la... xdapat bayangkan.. mama dan hubby selamat di ijab kabukan pada 20 disember 2012.. alhamdulillah lepas tiga bulan mama di sah kan hamil.. rasa macam percaya jer tapi kena percaya jugak ... hihi.. sebab dalam masa tiga bulan tu ramai jugak yang bertanya ada isi ke ada isi ke?? soalan yang paling malas nak jawab.. yelah rezeki Rahsia Allah bila Dia nak bagi kita tidak tahu... yang kita tahu kena Usaha + Doa + Tawakkal... Alhamdulillah, Allah Maha Kaya lagi Maha Pemurah.. Kegembiraan mama Allah saja yang tahu tak dapat di cerita kan...

Kalu mengandung biasanya tak lari dari "Alahan" tapi mama alhamdulillah kurang ade benda tu semua.. cuma mula2 dapat tau tu demam je skejap lepas tu seperti orang normal.. hihi ofismate ada yang cakap "ko ni eija, pregnant tapi macam tak pregnant" dan " aku tgk ko pregnant macam best jer, tapi aku rasa penat je" dan macam-macam lagi.... pada saya lain orang lain hormon nya... yang penting bersyukur sebab ape yang kita dapat tak semua orang dapat. Ramai jugak yang dah nikah bertahun-tahun tapi belum pnya rezeki anak. apa2 pun yang masih belum ada rezeki anak jangan pernah putus untuk usaha yer..

mama yang pakai tudung krim tu.. hihi gambar dengan opismate time nie pregnant 2bulan... xnampak lagi perut nya

masa mengandung mama xsuka minum minuman yang berasaskan susu...  sebenarnya susu tu adalah faveret mama sebenaranya.. terbalik pulak kan,, mama lebih suka minum kopi 'o', teh 'o' dan milo 'o' yang ooo ye kan...

Hari berganti hari kandungan semakin besar, lagi seronok sebab da dapat rasa gerakan baby dalam perut.. hihi.. almaklumla,,, 1st time mengandung sape tak suka kan... aura nya lain sangat. selera makan mama pun bertambah apa yang tak pernah rasa nak makan, rembat jelah kann... sedar2 berat dah 70kg pada akhir kehamilan. berat asal mama 50kg... memang semangat sangat!! hahaha

perut 6 bulan ;)

counting days
bawa mak mertua jalan2 kat icity, dah sarat sangat time nie 4 hari lepas bergambar nie terus deliver

Sekian,,,, nantikan perkongsian mama detik2 kelahiran baby pertama :)