Sebenarnya
bukan anak-anak saja yang Cerewet Makan bahkan ada ketikanya orang dewasa juga
Cerewet Makan. Jika orang dewasa yang Cerewet Makan, lantaklah... siapa suruh
mengada-ngada, kan? Tapi, menjadi suatu kerunsingan dan kerisauan yang amat
sangat jika si cilik kita yang Cerewet Makan. Apa yang penting janganlah kita
panik... Di sini apa yang mama nak share adalah Tips Penting Untuk Anak Yang Cerewet Makan.
1. Jangan
Hidang Makanan Lain Jika Anak Kita Cerewet Makan
Jangan
biasakan diri kita menggantikan makanan yang tidak disukai oleh anak kita
dengan makanan lain. Contoh : Kita gantikan brokoli dengan sosej. Amalan
sedemikian akan menyebabkan sikap Cerewet Makan anak kita akan bertambah kerana
mereka tahu ibu bapa mereka akan mengikuti kehendak mereka.
|
source : http://www.thenutritionpost.com/ |
2. Memberi
Galakkan Kepada Anak-Anak Untuk Memilih Makanan Berkhasiat
Biasakan diri
kita untuk membawa anak kita membeli-belah di pasar raya dan memberikan mereka
peluang untuk memilih sendiri makanan berkhasiat dengan panduan kita. Contohnya
kita beri mereka peluang untuk pilih buah-buahan kegemaran mereka.
3. Jangan Berikan
Pencuci Mulut Sebagai Ganjaran
Tindakan
memberikan ganjaran pencuci mulut selepas anak kita makan makanan berkhasiat
akan membentuk sikap Cerewet Makan anak kita. Anak kita akan keliru dan
menganggap pencuci mulut lebih tinggi nilainya berbanding makanan berkhasiat
tersebut.
4. Jadikan
Waktu Makan Sebagai Waktu Yang Menyeronokkan
Terapkan
suasana gembira dan menyeronokkan ketika waktu makan supaya anak kita mempunyai
"mood" untuk berselera dan tidak Cerewet Makan. Contohnya sebagai ibu
bapa kita jangan marah-marah anak kita sebelum atau semasa waktu makan. Ini
akan menjadikan waktu makan adalah saat-saat yang dinantikan oleh mereka.
5. Kurangkan
Gangguan Semasa Waktu Makan
Tetapkan
peraturan di rumah untuk menghormati waktu makan. Contohnya : Menutup TV atau
apa-apa gajet ketika waktu makan. Paling kurang pun jangan buka rancangan TV
yang menarik perhatian anak kita seperti rancangan kartun
ketika makan.
6. Bersabarlah
Jika Hidangan Baru Diberikan
Jika kita hendak
memperkenalkan makanan baru kepada anak kita, maka bersabarlah. Berilah peluang
kepada anak kita untuk membiasakan diri mereka dengan makanan baru. Bagi kita
itu adalah hal kecil tetapi tidak bagi mereka.
7. Kreatif
Hiasilah
hidangan makanan anak kita menyerupai watak kartun kegemaran anak kita. Paling
kurang pun bagilah hidangan makanan anak kita supaya menjadi
"happening" dan tidak membosankan.
8. Kekal
Dengan Rutin Harian Waktu Makan
Disiplinkanlah
anak kita dengan waktu makan. Jangan biasakan mereka minum air yang banyak
sebelum waktu makan kerana ini boleh membantutkan selera mereka. Apalagi
makanan "junk food" ataupun "snack" yang tidak elok untuk
anak kita, jangan diberikan sebelum waktu makan.
10. Hormati
Selera Anak Anda
Jangan paksa
anak kita makan jika dia masih kenyang. Paling tidak pun suapkan makanan kepada
mereka dalam bahagian yang kecil asalkan mereka makan.
Apabila anak
kita Cerewet Makan, mereka akan kekurangan nutrien-nutrien penting dalam tubuh
badan mereka. Paling tidak pun kandungan nutrien dalam tubuh badan mereka
menjadi tidak seimbang.
Shaklee Mealshake membantu untuk
membekalkan nutrien seimbang kepada tubuh badan anak kita seperti Vitamin A, C,
E, Zinc, Selenium dan lain-lain. Dengan rasa yang enak dan lazat, percayalah
sukar bagi anak kita untuk Cerewet Makan apabila berjumpa dengan Shaklee Mealshake.