Salam Rabu dan Selamat Tahun Baru Cina
Alhamdulillah selamat sampai ke rumahku syurgaku jam 3 petang semalam setelah tiga hari bercuti sempena tahun baru cina. Entri ni patut keluar semalam tp tergendala pulak berebut tab dengan kakak iman heee..
Cuti panjang sikit memang akan balik kampung kalu weekend je memang tak berbaloi nk balik sebab sehari je sabtu kena keje T_T.. Semalam memang bertolak awai dari rumah mertua sebab tak nak redah jammed. Cukup la masa dalam perjalanan balik kampung dah merasa.. haha hampir 7 jam dalam kereta.
Sampai je Temerloh memang wajib pekena Patin Tempoyak Pak Usop. tempat ni satu-satu nya pilihan hati en husband ME. Marvelous!! Asalnya dia memang tak makan patin ni, sekali je ME bawak dia pi makan ^__^ sekarang dah jadi favourite. Tapi kali ni bungkus je makan kat rumah dek kerana takut highway Karak-KL jammed. hahaha..
Nah belanja gambar satu
sape-sape belum pernah cuba patin tempoyak, kalu lalu temerloh jangan lupa singgah yer. Ada dua tempat je yang ME cadangkan untuk nikmati Patin Tempoyak ni Gobang Maju Temerloh dan Gerai Pak Usop Temerloh. Pasti uolss berpuas hati.