Friday, October 31, 2014

Omega 3 Penting Untuk Wanita

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. Ramai yang tahu Omega 3 penting ketika hamil tetapi ramai dari wanita kurang menyedari yang asid lemak Omega 3 Penting Untuk Wanita .
Berikut adalah alasan mengapa Omega 3 Penting Untuk Wanita



1. Mengurangkan Sakit Ketika Haid (Period Pain)
Ramai dari wanita yang menderita sakit perut atau senggugut ketika datang haid. Kajian menunjukkan bahawa omega 3 memiliki sifat anti inflamasi yang membantu untuk menenangkan kesakitan ketika haid.

2. Mencegah Kanser Usus
Berdasarkan penelitian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition , wanita yang makan ikan tiga kali dalam seminggu, 33% lebih kecil kemungkinannya untuk mengembangkan polip, atau pertumbuhan jaringan didalam usus besar. Polip usus besar akan berubah menjadi ganas, dan semakin meningkat seiring dengan usia, dan memiliki kecenderungan menyebabkan kanker usus besar.
(Polip  adalah ketumbuhan “daging” yang boleh terdapat di sepanjang usus. Pendarahan yang berlaku bergantung kepada lokasi polip. Semakin dekat dengan dubur, semakin merah segar pendarahan yang berlaku. Sesetengah polip adalah ketumbuhan yang berpotensi untuk menjadi kanser (bergantung kepada ujian biopsi)

3.Mencegah osteoporosis
Osteoporosis adalah keadaan yang bila hilangnya kepadatan tulang dari waktu ke waktu. Wanita secara alami berisiko lebih tinggi mengalami osteoporosis jika dibandingkan dengan lelaki. Wanita yang dengan kecenderungan genetik,risikonya menjadi lebih tinggi. Kadang-kadang, penurunan hormon estrogen selama menopause menyebabkan keadaaan tersebut.
Beberapa kajian menunjukkan bahwa asid lemak omega 3 dapat membantu meningkatkan kadar kalsium dan meningkatkan kepadatan tulang. Namun, bukti ini masih kurang meyakinkan. Beberapa penelitian juga menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat asid lemak omega 3 yang cukupl (terutama EPA dan asam gamma linolenat, asam lemak omega 6), lebih cenderung memiliki tulang yang rapuh jika dibandingkan dengan orang dengan tingkat asupan omega 3 yang normal.

4.Menurunkan risiko kanser payudara.
Berdasarkankajian yang dilakukan di Amerika, yang melibatkan 35000 wanita pasca menopause yang tidak memiliki sejarah kanser payudara, makanan yang kaya omega 3 secara signifikan dapat mengurangi risiko seorang wanita terkena kanser jenis ini. Wanita yang mengamalkan suplemen minyak ikan berisiko lebih kecil 32% terkena kanker payudara.

5. Baik untuk hati
Omega 3 juga dapat mencegah depresi atau kemurungan. Dalam sebuah kajian, suplemen omega 3 yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Psychiatry, menunjukkan bahawa suplemen omega 3 efektif terhadap kemurungan. Dalam kajian ini, kadar EPA yang tinggi dalam suplemen omega 3 yang digunakan untuk menstabilkan hati dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Dalam penelitian lain yang dilakukan oleh Universiti Pavia di Itali tentang kaitan omega 3 dan depresi pada wanita warga tua, diketahui ada manfaat yang sama. Namun para peneliti berpendapat bahawa penelitian tambahan yang membandingkan omega 3 dengan ubat antidepresan konvensional, lebih jelas dapat dirasakan kegunaannya untuk pesakit yang menderita depresi.

6. Omega 3 Untuk Kuruskan Badan
Kandungan asid lemak Omega 3 dalam minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Ia turut membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga. Suplemen minyak ikan omega menjadi suplemen semulajadi yang efektif untuk membantu penurunan berat badan jika digabungkan dengan senaman.

Sumber omega 3 boleh didapati daripada ikan sardin, salmon dan kerang. Selain mengambil ikan salmon saya juga mengambil Suplemen Omega Guard Shaklee. Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


 Jom dapatkan Omega Guard Shaklee!

Hotline 0199086965 mama eija
Email : mizeija91@gmail.com
FB page : SZI Shoppe
Personal FB : EIJA ISMAIL

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI



Assalamualaikum ,,,

Hari terakhir pada bulan Oktober 2014.. debaran kian terasa "mood closing" buat semua distributor Shaklee... :) Semoga Allah permudah kan segala urusan kita semua samada yang berSHAKLEE atau apa jua bidang yang diceburi ^_^

Love,
Mama Eija

Thursday, October 30, 2014

Petua Sihat Dengan Jus

Selamat petang semua...

Mama nak share resepi jus untuk tingkatkan kesihatan..  try yukkk.. ^_^


1.Carrot + Ginger + Epal - Tingkatkan dan membersihkan sistem badan.
2.Epal + Timun + Celery - Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
3.Tomato + + Carrot Epal - Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
4.Peria + Epal + Susu - Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
5.Orange + Halia + Timun - Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.
6.Nanas + Epal + Tembikai - Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.
7.Epal + Timun + Kiwi - Untuk meningkatkan warna kulit.
8.Pear + Banana - mengawal kandungan gula.
9.Carrot + Epal + Pear + Mangga - haba badan yang jelas, lawan keracunan, penurunan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.
10.Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu - Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan.
11.Betik + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.
12.Pisang + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit.

love,
mama eija

Shaklee : Collagen Powder

Alhamdulillah, sebelum ini mama ada berkongsi dengan anda kepentingan kolagen dari sumber ikan, bukan dari sumber haiwan darat. Apa maksudnya itu ? Maksudnya mama nak perkenalkan anda dengan Collagen Powder Shaklee. Produk Shaklee untuk kecantikan kulit dan kesihatan. Apa yang menarik ? Jom baca lagi.



Apa Itu Kolagen

Kulit anjal adalah satu tanda bahawa seseorang mempunyai kolagen yang mencukupi, kuat bahan seperti simen yang mengikat bersama sel-sel badan anda. Kolagen adalah tisu struktur dan ia digantikan dengan perlahan-lahan. Ia diperbuat daripada protein berserabut. Malah, kolagen terdiri daripada 30 peratus daripada jumlah protein badan. Gentian putihnya kuat, lebih kuat daripada dawai keluli saiz yang sama, dan kuning rangkaian elastik, yang dipanggil elastin, membentuk tisu penghubung yang memegang badan kita bersama-sama.

Fungsi Kolagen

Kolagen menguatkan kulit, saluran darah, tulang, dan gigi. Ia adalah simen intraselular yang memegang bersama sel-sel dalam organ-organ dan tisu pelbagai. Kolagen adalah salah satu protein yang paling berharga di dalam badan manusia. Seseorang yang telah sakit, atau yang telah diet sangat rendah protein, sangat sering melihat otot dalam beliau lengan dan kaki mula mengendur, yang merupakan satu tanda bahawa mereka mungkin telah hilang kolagen.



Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.



Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Call Mama Sekarang untuk tempahan
Hotline : 0199086965 mama eija
Personal FB : EIJA ISMAIL
Page FB : SZI Shoppe
Email : mizeija91@gmail.com


Tuesday, October 28, 2014

Pahang Negeriku Felda Desaku

Alhamdulillah,, akhirnya pahang mara ke final Piala Malaysia setelah bertungkus lumus berjuang dengan pasukan lawan Kedah Jumaat lalu. Sepatutnya mama dalam perjalanan ke kampung tapi tangguhkan sebab bola punya penangan... (delay 1hari..)hihi

Pahang Dihatiku (gambar ehsan En. Google)
Memang tak disangka-sangka Pahang boleh buat jaringan sebanyak 5 - 0,, walaupun sebelum mulakan perlawanan pelbagai tanggapan orang ramai terhadap pasukan Pahang ekoran kalah di tempat pihak lawan tempoh hari 3 - 1.

Hihihi....
Siapa kita nak ramal-ramal ye dak?? Usaha jambatan kejayaan ^_^

Buat Pasukan Felda yang tak berjaya ke Final, tak mengapa. Boleh cuba game akan datang. Tahniah juga buat Pasukan Johor telah meraihkan kemenangan dan akan bertemu pasukan pahang pada final pada 1 November di Stadium Bukit Jalil.

GADGET UNTUK IMANINA

jum story mory sikit petang-petang ni. macam mengantuk je kat ofis hari ni. hihi. Alkisah beli kan tablet untuk imanina minggu lepas. amboi umur tak sampai 2 tahun lagi dah ada gadget bagai kan. Advance nya budak-budak sekarang kan. Mama dulu besar-besar ni entah apa la permainan agaknya (tak ingat dah, tapi yang pasti bukan benda-benda ni).

Casing Tablet Upin Ipin pilihan imanina ^_^ 
Harap lepas ni tak berebut phone dengan ayah ye.. Kalu tak hari-hari ayah balik keje mintak phone nak tengok upin dan layan game 'pou' hahaha.. lagi tak tahan mama tengok imanina berebut tablet dengan anak bs.. kesian anak mama. oklah mama buat keputusan dengan ayah belikan tablet murah-murah untuk imanina. guna sebaik2nya ye iman (nama manja) sayang, boleh tengok feveret movie hari-hari "Upin Ipin" :) katun lain dia tak layan sangat

layan upin ipin, mama curi gambar pun tak perasan

dah jemu tengok upin, layan game pou plak...
Jadi anak yang bijak ye sayang... love u..

Masalah Dalam Solat Yang Perlu di Pelajari

Masalah pertama:

Gerak-geri yang sedikit walaupun tiada membatalkan sembahyang, tetapi hukumnya makruh melainkan kerana keperluan, iaitu; seperti menolak orang lalu di hadapan, membunuh kelajenking atau menggaru kerana gatal yang tentu sekali akan menggangu kekusyu’an. Kalau menguap, tidak mengapa meletakkan tangan ke atas mulut; atau jika bersin bolehlah memuji Allah Azzawajalla di dalam hati tanpa menyebut dengan lidah atau kiranya sendawa, maka janganlah hendaknya mengangkat kepala ke atas.


Masalah kedua:

Jika seorang saja yang bersembahyang berimam, hendaklah berdiri di sebelah kanan Imam di belakangnya sedikit. Jika makmumnya perempuan, hendaklah dia berdiri di belakang Imam. Sekiranya hadir bersama mereka seorang lelaki lain, hendaklah si lelaki itu berdiri di sebelah kanan belakang Imam, dan si perempuaan di belakang makmum lelaki pula.



Masalah ketiga:

Makmum masbuk (terlewat) bila mendapat akhir sembahyang imam, maka itulah permulaan sembahyangnya. Hendaklah ia menyertai Imam hingga selasai sembahyangnya, kemudian ia meneruskan pula hingga genap semua sembahyangnya sendiri. Pada sembahyang subuh hendaklah dia berqunut lagi dalam rakaat keduanya sendirian, walaupun dia telah berqunut bersama Imam sebelumnya tadi.

Bila makmum masbuk mendapati Imam telah habis setengah dalam berdirinya, maka janganlah ia membaca doa Iftitahnya lagi, malah hendaklah ia terus membaca Fatihah dengan sedikit cepat. Tetapi apabila Imam ruku’ sedangkan ia masih belum selesai membaca Fatihahnya, hendaklah mengagak kiranya sempat ia mengusul Imam waktu i’tidalnya dari ruku’ bolehlah ia terus menghabiskan Fatihahnya, jika tak sempat hendaklah ia berhenti dari Fatihah dan terus ruku’ bersama-sama Imam, sebab dihukumkan setengah Fatihahnya menjadi kesemuanya dan gugurlah Fatihah itu dengan kemasbukannya. Jika Imam ruku’ sedangkan ia masih membaca surah, hendaklah ia memutuskannya, lalu terus ruku’ bersama imam. Jika ia mendapati di pertengahan sujud atau tasyahhud, hendaklah ia bertakbir ihram dan terus sujud atau duduk bersama Imam tanpa perlu bertakbir lagi, kecuali jika ia mendapati Imam di pertengahan ruku’, maka hendaklah ia bertakbir lagi sesudah takbiratul-ihram, sebab takbir kedua itu adalah takbir perpindahan yang mesti dikira atasnya.

Makmum masbuk tidak dikira mendapat satu rakat dengan Imam, selagi tiada tumakninah di dalam ruku’nya, manakala Imam ketika itu masih dalam batasan orang-orang yang ruku’, jika tiada bererti tiada terkiralah itu satu rakaat.

Masalah keempat:

Sesiapa yang tertinggal sembahyang zohornya hingga ke waktu asar, hendaklah ia bersembahyang zohor dulu kemudian asar pula, tetapi kiranya ada orang yang mendirikan sembahyang asar berjemaah, hendaklah ia mendahulukan asar berjemaah, kemudian bersembahyang zohor sesudah itu, sebab sembahyang berjemaah itu lebih utama.

Masalah kelima:

Sesiapa yang telah menunaikan sembahyang kemudian didapati pada pakaiannya ada najis, sebaik-baiknya ia mengqadha’kan sembahyang itu, tetapi hukumnya tidak wajib qadha’. Jika ia melihat ada najis pada pakaiannya ketika di dalam sembahyang, hendaklah ia melontarkan pakaian itu seraya meneruskan sembahyangnya. Asal hukum ini ialah kembali kepada peristiwa Nabi menanggalkan kedua kasutnya, apabila Jibril a.s. memberitahunya bahawa padanya ada najis, maka segeralah baginda menanggalkannya, lalu meneruskan sembahyang hingga akhirnya.

Masalah keenam:

Sesiapa yang meninggalkan tasyahhud awal ataupun merasa syak tidak ingat berapa rakaat sudah dilakukannya; apakah tiga rakaat ataupun empat, hendaklah ia ambil dengan yang yakin, kemudian ia sujud sahwi sebelum salam. Kiranya ia lupa pula boleh juga dibawanya sujud sahwi itu sesudah salam apabila ia ingat, asalkan masanya tidak terlalu jauh.

Masalah ketujuh:

Waswas dalam meniatkan sembahyang dalam hukum syara’. Kerana dalam segi niat dan maksud mematuhi perintah Allah azzawajalla itu, samalah seperti mematuhi perintah selainnya, begitu pula membesarkannya seperti membesarkan selain darinya. Andaikata seseorang kamu telah didatangi oleh seorang alim, lalu dia pun bangun kerana menghormati orang alim itu. Kalau dia berkata: Aku berniat hendak berdiri tegak untuk menghormati kedatangan si Fulan yang termulia itu, kerana keutamaannya, dan dia pun menghadapkan wajah kepada si Fulan itu. Orang ini adalah seorang safih atau kurang sempurna akalnya (kerana perkara serupa itu tidak perlu hendak diniatkan terlebih dulu – pent.). Tetapi bila dilihatnya keadaan si Fulan itu dan diketahui keutamaannya, tentulah akan timbul dalam dirinya perasaan ingin menghormatinya, dan dia lalu bangun memberikan penghormatan; memadailah dengan cara begitu dia menjadi seorang yang menghormati kepada si Fulan tadi. Kecuali jika dia bangun itu kerana tujuan yang lain, ataupun dia bangun dalam keadaan lalai – itu tiada dikira sebagai penghormatan.

Adapun mensyaratkan niat sesuatu sembahyang itu sebagai zohor yang ditunaikan pada waktunya sebagai adaan, fardhan (tunai fardhu); iaitu kerana menurut perintah syara’, maka itu samalah seperti mensyaratkan berdiri menghormat seketika tamu masuk dengan muka menghadap kepada tamu yang masuk itu serta memalingkan perhatian dari selainnya, dan serentak pula dia meniatkan penghormatan kepada tamu itu agar benar-benar menjadi penghormatan yang tulen. Andaikata ia turut berdiri tetapi membelakangi si tamu, atau menunggu seketika waktu kemudian barulah ia berdiri; ini bukanlah dinamakan penghormatan. Sifat-sifat ini mestilah menjadi termaklum dan termaksud pada orang yang berniat dan tiada boleh hadirnya terlalu lama di dalam diri dalam suatu masa, melainkan sekadar lamanya penyusunan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan niat itu menerusi sebutannya dengan lidah, ataupun memikirkannya dengan hati. Barangsiapa yang tiada mengerti niat sembahyang dalam wajah (rupa) ini, seolah-olah dia belum mengerti niat yang sebenarnya. Jadilah ia seperti seorang yang diajak untuk bersembahyang dalam waktunya, maka ia pun mengangguk tanda setuju, lalu berdiri melakukan sembahyang itu.

Ketahuilah, bahawa waswas itu adalah kejahilan yang tulin.

Masalah kelapan:

Seorang makmum tidak boleh mendahului Imamnya dalam ruku’, sujud dan bangun dari keduanya, begitu pula pada semua amalan-amalan sembahyang yang lain. Dia tidak boleh juga menyertai gerak-laku Imamnya, tetapi hendaklah ia mengikut, yakni membuat sesudah Imamnya, tetapi hendaklah ia mengikut, yakni membuat sesudah Imam habis membuatnya. Itulah yang dimaksudkan dengan pengertian iqtida’ (mengikut atau makmum). Jika ia mendahului gerak-laku Imamnya, ada setengah ulama menghukumkan sembahyang itu batal dan setengah yang lain tidak (tetapi hilang pahala berjemaah – pent.).

Rasulullah s.a.w. telah melarang dengan keras kelakuan serupa itu dengan sabdanya:

“Tidakkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum Imamnya itu merasa takut, nanti Tuhan akan menggantikan kepalanya dengan kepala keledai.”

Masalah kesembilan:

Wajiblah atas setiap orang yang menghadiri sembahyang beramai-ramai menegur saudaranya, jika ia melihat sesuatu kesalahan dalam sembahyang saudaranya itu, dengan membetulkannya atau mengingatkannya. Kalau orang itu seorang yang jahil tentang hal agamanya, maka hendaklah dia menegurnya dengan lemah-lembut serta mengajarnya.

Di antara kesalahan-kesalahan yang sering berlaku ialah meratakan saf, atau melarang berdiri sendirian di luar saf, atau mengingatkan supaya jangan mengangkat kepala sebelum Imam atau sebagainya.

Diriwayatkan dari Umar Ibnul-Khattab, beliau berpesan: Sering-seringlah mencari rakan-rakan kamu dalam sembahyang berjamaah, kiranya mereka tiada hadir kerana mengidap penyakit, maka hendaklah kamu melawat mereka. Jika mereka baik, tetapi tidak hadir berjamaah, hendaklah kamu mencela mereka.

Mencela dari hadir sembahyang berjemaah adalah amat diberatkan oleh agama, tidak boleh diambil senang saja. Orang-orang dahulukala sangat-sangat mengambil berat sekali tentang sembahyang yang berjamaah.

Sumber: http://bimbinganmukmin.wordpress.com/

Saturday, October 25, 2014

SET PENYUSUAN SHAKLEE - KEKAL CANTIK & LANGSING

Hari ini mama nak kongsi kan sedikit ilmu yang mama pelajari tempoh hari ketika hadiri satu bengkel nutrisi. Alhamdulillah, mama sendiri juga mengguna kan set penyusuan shaklee sudah hampir 2 tahun.Satu kelebihan bagi ibu menyusu anak mereka dengan susuibu ialah mereka boleh kekal langsing kerana penyusuan itu sendiri membantu membakar kalori si ibu!
Pengambilan supplement membantu ibu sihat dan anak membesar bagai juara.
Walaupun si ibu hanya fokus dengan 6 vitamin penyusuan namun percaya atau tidak vitamin itu juga membantu ibu mempunyai badan yang langsing , kulit yang sihat dan anggun.

  • ESP Shaklee - membantu penghasilan sel baru yang sihat dan memperbaiki sel yang rosak. Esp mengandungi protien dan kalsium dan komposisi utama susuibu ialah protien dan kalsium. klik SINI untuk info ESP. 

  • Vitalea - multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Membantu ibu sihat dan tiada masalah rendah HB. Anak juga membesar dengan sihat apabila si ibu mengamalkan pengambilan multivitamin. klik SINI info mengenai Vitalea

  • B Complex - memberi ibu kesihatan yang optimum, mencantikkan kulit, membantu menstabilkan perasaan dari tekanan dan perlu untuk pembesaran bayi kerana B complex perlu untuk membina sel darah merah. klik SINI untuk info mengenai Bcomplex.

  • Vitamin C - ia juga dikenali vitamin yang mencegah kemurungan dan bagus untuk kulit si ibu dan bayi. Membantu meningkatkan imun sistem bayi. klik SINI info vitamin C

  • Ostematrix - membantu mengurangkan risiko osteoporosis dikalangan ibu yang melahirkan dan menyusukan anak. Penting untuk perkembangan tulang dan sistem saraf anak. OSTEMATRIX Bukan Sekadar Kalsium

  • Alfalfa - terkenal sebagai milk booster kerana ia membantu mempercepatkan penghasilan susuibu. Ia juga vitamin kecantikan dan membantu si ibu mempunyai kulit yang cantik, sihat luar dan dalam.


6 vitamin ini terdapat dalam Set 3M seperti mama senarai kan di atas.

Omega dan Lecitin - bagus untuk otak anak dan paling best ia bantu ibu kekal langsing secara sihat tanpa mengganggu perkembangan otak dan tubuh anak.

 


Dapatkannya hari ini!

Call/sms/Wssap Hotline 019-9086965 mama eija
Email : mizeija91@gmail.com @ pm di Fanpage SZI Shoppe
FB Personal EIJA ISMAIL

Friday, October 24, 2014

RESEPI MEALSHAKE

Assalamualaikum..

Seperti biasa, setiap hari sebelah pagi sebelum ke ofis mama akan ambik makanan tambahan. selalunya ESP Shaklee tapi hari ni cuba MEALSHAKE pula.. Sedapnya

banana avocado mealshake :) memang superb!
Sempena promosi mealshake beli 3 percuma 1 mama tak lepas kan peluang yang jarang-jarang sekali diadakan.. selalu kena beli 6 percuma 1.. Bulan ni special sempena program Shaklee care for our children.

promosi berjalan dari september - oktober 2014
Mari pelbagai kan lagi resepi mealshake nie 

- Mealshake + Twister Oren
- MEALSHAKE/ ESP + Fresh Milk
- MEALSHAKE/ ESP + Fresh Milk + Kurma
- MEALSHAKE/ ESP + Ribena
- MEALSHAKE/ ESP + Nesvita 3 In 1
- MEALSHAKE/ ESP + Susu Anmum
-MEALSHAKE/ ESP + Campuran Buah-Buahan Dan Blend (Boleh Pilih Buah Kegemaran Anda)
- MEALSHAKE/ ESP + Horlicks
- MEALSHAKE/ ESP + Sirap Bandung
- MEALSHAKE/ ESP + Coklat Koko + Oat
- MEALSHAKE/ ESP + Fresh Milk + 1 Sudu Madu + 1 Sudu Oat
- MEALSHAKE/ ESP + Milo/Coklat/ + Susu HL
- MEALSHAKE/ ESP + Kurma + Oat + Susu Tepung + Madu + Air
- MEALSHAKE/ ESP + Kurma + Kismis + Badam + Fresh Milk
- MEALSHAKE/ ESP + Kurma + Nestum + Mealshake + Susu Tepung
- MEALSHAKE/ ESP + Kurma + Badam + Avocado
- MEALSHAKE/ ESP + Nestle Bliss (Minum Sejuk2)
- MEALSHAKE/ ESP + Air Suam

cuba sendiri rasakan shaklee effect sure jatuh cinta

Order??
Hotline : 0199086965 mama eija
FB page : SZI Shoppe
Personal FB : Eija Ismail



SALAM JUMAAT


Salam awal muharam buat sahabat-sahabat alam maya..


Thursday, October 23, 2014

Rice Dispenser


Alhamdulillah,, dapat juga akhirnya... dah lama mama idam-idamkan rice dispenser ni tp belum rasa nak beli.. tunggu promo la hihi better late than never yer tak?

mama suka warna hijau tapi hijau sangat limited. sekarang memang tak der.. xpe warna tak penting sangat kan.. beli rice dispenser ni dapat percuma Cozy nest.. lupa nak snap gambar cozy

** gambar dari pakcik google 
dah simpan siap-siap so maleh nak keluarkan lagi..

sekian..


Kelas Bersama Pakar Nutrisi Shaklee

Shaklee Family
Alhamdulillah... Semalam dapat peluang menghadiri majlis ilmu buat julung-julung kalinya di De Palma Hotel, Kuala Selangor. Topik perbincangan yang di utara kan NUTRISI UNTUK IBU MENYUSU oleh Puan Nurul pakar nutrisi yang bertauliah dari Shaklee Malaysia.. Sedikit ilmu berguna bagi memantapkan pengetahuan tentang pemakanan yang sihat :)

Love,,
Mama Eija
Memartabatkan penyusuan susu ibu

Wednesday, October 22, 2014

KELEBIHAN KOLAGEN SHAKLEE (KOLAGEN DARI SUMBER IKAN)

Kolagen adalah perkara yang paling penting untuk menjaga tubuh yang muda dan sihat dalam kehidupan kita. Kini, anda boleh melihat begitu banyak jenis produk kolagen di kedai-kedai, hakikat kolagen ini datang dalam pelbagai jenis


Kenapa ikan? bukan udang atau ketam ?

Kolegen diekstrak daripada ikan telah diiktiraf sebagai selamat dan jauh dari penyakit jangkitan. 5 kelebihan yang ada pada kolagen dari sumber ikan ialah :

  • Mudah diserap - kerana ikan mudah dan cepat untuk mencerna dan menyerap. Kolagen ikan mempunyai kandungan hydroxyproline rendah dan suhu penyahaslian. Jadi kolagen ikan adalah lebih cemerlang dalam penghadaman dan penyerapan berbanding daging babi dengan daging lembu dan kolagen.
  • Tiada bau - Kolagen haiwan adalah yg berbau busuk di atas kepekatan 3%, tetapi marine collagen( ikan) kurang bau walaupun dalam kepekatan kira-kira 10%.Ini membolehkan kita untuk membuat kolagen dengan kepekatan yang tinggi yang mempunyai penghadaman yang baik dan penyerapan.
  • Bebas Lemak - Kolagen haiwan yang dibuat oleh daging lembu dan / atau kulit babi adalah sangat sukar untuk membuang Kalsium dan bahan-bahan lemak. Tetapi kolagen ikan tidak mempunyai kalsium atau lemak tinggi, ini bagus untuk mereka yang diet atau mempunyai tekanan darah tinggi .
  • Keserasian - Kolagen ikan sesuai digabungkan dengan pengambilan makanan lain tetapi tidak pada kolagen lain
  • Keselamatan - Sekiranya kita terambil kolegen ikan yang berlebihan, ianya selamat kerana kolagen ini tidak tersimpan dlm badan. Ia keluar melalui air kencing dan peluh sebagai resolusi nitrogen tanpa terkumpul di dalam badan.
Jom Order!! 0199086965 mama eija


Cepatnya

Assalamualaikum sahabat alam maya ku ,,,



Happy Diwali semua bagi sahabat yang meraikan. Cepatnya masa berlalu dah pengakhiran oktober kita kan.. Beberapa hari lagi kita nak menyambut tahun pula. Alhamdulillah mudah-mudahkan hari mendatang akan lebih baik dari sebelum nya..

Apa yang mama nak sharing hari nie ialah cepatnya barangan melonjak naik ekoran kenaikan petrol tempoh hari.. mama jarang perasan kadang-kadang tapi kali ni terbeliak mata tengok hahaha

S-26 Perbezaan Harga.. harga rm56.90 awal bulan beli

harga hari ni..


belum barang-barang lain lagi mama stalker... hehehe .. Alhamdulillah Malaysia masih aman ^_^

Tuesday, October 21, 2014

DATING


Alhamdulillah dalam minggu ni hari-hari dapat dating dengan abang Gdex.. hihi.. [think positive ye uolls :)] Terima kasih tolong hantar kan barang.

Barang  oder jumaat lalu selamat sampai semalam..[isnin]

ostematrix + omega untuk kak maznah

packing dan pghntran pintu ke pintu kak hawa..hiks
Kak Hawa ada masalah kolestrol yang tinggi, dan sering sakit sendi so mama suggest kan Omega Guard, Alfalfa dan Ostematrix..


Sejak Shaklee dah berpindah ke Bandar Sunway mama jarang ke sana antara salah satu sebab ialah jalan jem hihi... kalau pergi pun weekend.. Alhamdullilah Shaklee ada buat alternatif boleh oder by email & by call so mama guna kan kemudahan yang di sediakan supaya customer tak perlu tunggu lama-lama untuk dapatkan barang yang mereka perlu,, bestkan ^_^ clik2 je... dunia sekarang serba serbi canggih.

Oder hari sabtu dah selamat sampai hari ini.. Alhamdulillah


Shaklee Herbal Blend : Krim serba guna

Krim Berhantu A.K.A Herbal Blend.. macam2 nama ada kalu google
Repeat Oder by Ayu.. Beliau sangat berpuas hati kesan penggunaan krim ni. Semua ni ayu yang punya.. banyaknya ayu shoping.. mama sendiri pun guna untuk imanina. Banyak sangat kelebihan antaranya
  • untuk ruam lampin
  • untuk tumit kaki merekah
  • masalah kulit gatal
  • krim ni tanpa steroid ye
  • sebagai lotion kegunaan harian pu boleh
  • Harga pun berpatutan RM27.50 sahaja

terima kasih uolls yang sudi shoping moping dengan mama  ^_^... 








Sunday, October 19, 2014

PUTERI AYU

Assalamualaikum semua,, sedang berehat2 ke?? dahh penat berjalan kan hari ni.. hihi jom kakja share resepi minum petang

Entri kali ni kakja nak kongsi kan satu resepi kuih kegemaran kakja sekeluarga kuih puteri ayu. dengar nama pun sedap kan.. apatah lagi kalau dapat makan.. pasti lebih sedap ^_^

resepi ni dapat dari kakak, memang gebu gebas.. Tak percaya? jom kita buat sama2..lama dah tak buat puteri ayu ni, hari ni ada rajin sikit so bersilat la kat dapur kecilku di hari minggu :)

Bahan A
  1. 2 biji telur gred A 
  2. 1 cawan gula (kakja guna 3/4, kurangkan manis dalam masakan hihi)
  3. 1 sudu kecil ovelette
  4. 1 cawan santan pekat
  5. 1 sudu teh baking powder
  6. 2 cawan tepung gandum
  7. Pes Pandan
  8. Pewarna hijau (kakja guna green apple, hijau nya menarik)
  9. Sidikit garam
Puteri ayu in the making 

Bahan B
  1. Kelapa 1 biji (kalu yang dapat putih bersih lagi cantik)
  2. 1 sudu besar tepung ubi
  3. Sedikit garam
acuan puteri ayu yang di isi kelapa
Cara-cara

1. masukkan telur dan gula, pukul hingga kembang. kemudian masukkan ovelette dan pukul lagi hingga sebati. seterusnya masukkan santan dan pes pandan kacau rata. kemudian, sekali masukkan tepung gandum dan baking powder sebatikan adunan, akhir sekali masukkan pewarna hijau dan garam secukupnya..

2. Campurkan kelapa dengan tepung ubi dan garam gaul rata

Sapukan sedikit minyak masak pada acuan sebelum masukkan kelapa dan adunan supaya kuih puteri ayu mudah dikeluar apabila sudah masak nanti.

Kukus guna api sederhana ye selama 15 minit... siap :) sedia untuk dimakan..

kukus ye bukar bakar tau


** selamat mencuba :)

Saturday, October 18, 2014

SPECIAL UNTUK HARI INI

Assalamualaikum semua,,,

Berita baik buat penggemar Vitamin C atau siapa-siapa yang sedang mencari Vitamin C as supplement.. Sempena pembukaan Shaklee Home Office di The Pinnacles Sunway. Shaklee Malaysia mengadakan tawaran istimewa SEHARI SAHAJA untuk produk Sustained Release Vita C 500mg

Vitamin C Beli 6 Percuma 1
Manfaat Utama :-

1. Membentuk Kolagen
2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
3. Peningkatan sistem Imun 
4. Memerangi Kanser
5. Mencantikkan kulit
6. Memperbaiki Insomnia
7. Mengekalkan Kolestrol Sihat

dan banyak lagi manfaat vitamin C lain-lain info mengenai vitamin C klik SINI

Rebut peluang sementara promosi belum tamat!!!

Bagaimana nak order??

Senang sahaja.... Call/sms/Wssap Hotline 019-9086965 mama eija
Email : mizeija91@gmail.com @ pm di Fanpage SZI Shoppe
FB Personal EIJA ISMAIL


Friday, October 17, 2014

PISANG GORENG CHEESE

Alhamdulillah,, dapat juga merasa pisang goreng cheese yang di gembar gemburkan selama nie.. Mama nie peminat tegar cheese, dengar je benda-benda makan berasaskan cheese mesti melompat .. haha. 

Pisang Goreng Cheese : sedap jadi kan kudap-kudap di petang hari :)
Pisang Goreng Cheese dengar nya berasal dari Indonesia, tapi nak pegi indonesia tak tau bila la kan hihi.. ~insyaAllah ada rezeki sampai ~ dapat yang made in malaysia pun takpe lah. ok, sedap jugak la nie tapi cheese kurang sikit (demand plak ye)

1st, mama ingat pisang goreng cheese ni kat dalam pisang ada cheese hahaha... rupanya tanggapan ku salah! ohh macam nie je?? kata hubby " sayang pun boleh buat" hahaha... betul juga.. mama pun boleh buat, kalu balik kampung je mak ayah mesti bekalkan pisang sesikat atau dua sikat pisang so boleh la celup tepung goreng parut cheddar dan tabur coklat rice... siap! :-D malas dengan rajin je kan.. kalau ada buat nnat mama kongsikan di sini ya korang hihi ^_^ 

sekian...

Love,
mama eija