Thursday, June 18, 2015

Salam 1 Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Khamis                                    
1 Ramadhan 1436H,
18 Jun 2015.                                  
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah di hari pertama bulan Ramadan ini jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah, terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

Ya Allah tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.

Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

Ya Allah sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya Allah jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada dan janganlah kami risau dengan apa yang bukan milik kami.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Thursday, June 11, 2015

5 Tips Ibu Hamil Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Salam khamis...

Tak lama lagi kita akan menjalankan ibadah puasa.. Dah bersedia ke semua? Even sekarang pun ramai yang sedang gigih mengganti puasa yang lalu dan ada juga yang berpuasa sunat..


Alhamdulillah tahun ni kali kedua eija berpuasa dengan keadaan perut memboyot 30 weeks +++ hihi...  jika anak  1st dulu berpuasa ketika kandungan eija 20weeks ++.. So untuk prggy kali ni mcm rasa agak mencabar sikit sebab umur kandungan meningkat even hari biasa pun dah terasa nak makan je kan apatah lagi jika berpuasa. Kaum ibu yang lain semestinya risau badan mereka akan terus lemah dan kurang bertenaga jika mereka terus berpuasa terutama mereka yang sarat hamil dan perasaan yang sama buat ibu yang sedang menyusukan anak secara eksklusif.

Walaubagaimanapun, para ibu hamil dan menyusu diberi kelonggaran atau rukhsah untuk tidak berpuasa, tetapi alangkah indahnya jika kita dapat meraikan ramadhan dengan berpuasa penuh.

Sedikit tips untuk eija dan ibu-ibu hamil kat luar sana agar kekal bertenaga ketika berpuasa.
  • Makanan Sunnah



* Pengambilan makanan seperti kurma dan susu kambing adalah sangat digalakkan ketika bersahur dan berbuka. Kurma mengandungi glukosa yang tinggi membantu dalam penghasilan tenga pada tubuh terutama untuk ibu hamil.
  • Kurangkan Gula

* Elakkan pengambilan gula atau makanan yang manis terlalu banyak kerana boleh membuatkan paras gula dalam darah naik dan turun secara mendadak. Boleh membuatkan kita cepat letih dan pening atau mudah pitam. Jadi elakkan makan kuih manis yang banyak dijual di bazar ramadha nanti
  • Ambil makanan berprotien

* Banyak ambil makanan yang tinggi protein kerana makanan ini boleh membekalkan tenaga lebih lama kepada kita berbanding karbohidrat. Cadangan set Mighty 3 Gems mengandungi protein tinggi dan dapat memberikan tenaga sepanjang berpuasa. InsyaAllah..
  • Fiber
* Pengambilan makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayur- sayuran dan buah-buahan kerana boleh membantu kita untuk kekal kenyang lebih lama. Selain itu, pengambilan kecakacang seperti biji labu, badam dan kacang hazel membantu melqwan keletihan otot kerana kesemua kekacang merupakan sumber magnesium.
  • Minuman

* Minum air putih (masak) sebanyak mungkin dan kurangkan pengambilan minuman berkafein kerana kafein merangsang kita untuk kerap buang air. Secara tidak lansung badan kita dehidrasi (kurang air).

* Eija sendiri pun sebenarnya kurang minat minum air putih ni tapi disebabkan sebelum ni on BF kan imanina so paksa diri jadi minat. Ibu menyusukan anak memang kena minum air putih supaya tak der gangguan pengeluaran susu dan badan tak cepat letih. Alhamdulillah.. I try and i did it :)

Eija nak kongsikan satu video yang dikongsikan oleh Puan Haridah tentang pengalaman beliau bertenaga sepanjang puasa walaupun sarat hamil.. Alhamdulillah semuanya dengan Izin Allah Jua pastinya kita seharusnya berusaha terlebih dahulu :)

<

Jika anda ingin bertenaga dan cergas sepanjang hari walaupun berpuasa, boleh berhubungi eija. InsyaAllah eija akan bandu anda dan memberi konsultasi berterusan secara PERCUMA.





Wednesday, June 10, 2015

WW #9 : Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Nur Zara Sofia

Salam rabu..

Majlis ni buat kat rumah mak eija tempoh hari.... seronok juga lama tak gotong royong memasak di bantu makcik-makcik jiran tetangga

tu diaa... watak utama majlis

lena sungguh time majlis berjalan


menu yang dihidangkan hari majlis
satu jenis kuih sahaja :)

keluarga kecil nur zara sofia
keluarga sebelah SIL eija
wakil family eija hehe... yang lain dah kepenatan




Tuesday, June 9, 2015

Bestnya Performance Drink

Salam selasa ^_^

Selama ni asyik terbaca testimoni orang ja mengenai minuman isotonik Performance Drink ni.. Kali ni rasa nak cuba sendiri dan rasakan perbezaan nya hihi... Klik SINI untuk info mengenai Performance Drink

Minuman isotonik Performance Drink pilihan ramai

Alhamdulillah.. Memang sedap.. Sebenarnya eija bukan la peminat tegar minuman isotonik sejak jadi mak budak. Lagi satu mungkin minuman isotonik kat luar sana agak manis dan berkarbonat mungkin penyebab kurang minat tapi bila cuba Performance Drink Shaklee ni huh!! Memang luar biasa.. Kehkeh... Cuba la.. Testimoni terbaik adalah diri sendiri.. Harga pun tak mahal rm82.50. Nak lebih jimat join ahli, boleh beli dengan harga ahli siap dapat free Vitalea (Multivitamin) yang bernilai RM88.75..

Lepas ni boleh suggest kat ayah eija.. Haha Ayah memang suka minum 100plus so boleh tukar kepada minuman sihat Performance Drink ni yang sememangnya bebas karbonat dan kurang gula. ^_^

Macam mana nak dapat? okay boleh terus call atau wassap eija di 0199086965 :)

Monday, June 8, 2015

Happy Weekend :)

Salam ahad semua...

Alhamdulillah berpeluang keluar dari kepompong dihari minggu.. Pilihan lokasi di ecurve, mutiara damansara..


Masuk je dalam mall terus nampak booth barangan doraemon... Imanina terus berlari dan belek2 si doraemon ni... Hihi tak lama pun kat booth ni terus ke Dip n Dip tingkat 1..
2nd time ke sini.. Anak tekak ni selera nk makan coklat pula kann..

Menu mmg wajib ada pada si comelnya ni
Pilihan en husb.. Lupa nama nya...
Dip n dip waffle untuk mak buyong ;)

Selfie sikit bila perut da kenyang


Saturday, June 6, 2015

Syafakallah Cintaku

Salam hujung minggu semua..

Alhamdulillah.. Minggu ni sabtu cuti selalu eija keje halfday.. Plan nak ke cherating join family day ofis FIL eija tp tercancel last minute sebab family day tu jumaat dan sabtu je dua hari satu malam.. Kalu nak g pun lepas habis keje la petang jumaat tu lps tu sabtu dah balik mcm penat kan badan jer... So cancel laa.. Jalan2 kat KL jela..

Tuptup... Jumaat malam en husb kata perutnya memulas tak boleh tdo tapi tak ceri-beri jz muntah2.. Kesiannya... Syafakallah sayang.


Pagi-pagi lagi dah start ulang alik ke toilet T_T..  Muntah dan ceri-beri sama naik.. Sehingga makanan tak boleh masuk langsung.. Kalu masuk sure keluar semula.. So, ambil keputusan ke klinik.. Okay doktor pun bagi hadiah ni :)


Weekend kat rumah jela ye.. Doakan cinta eija lekas sembuh ^_^ daa.. Happy holiday uollss


Thursday, June 4, 2015

Rezeki Hari Khamis

Assalamualaikum rakan-rakan alam maya eija

Alhamdulillah.... dapat makan/minum petang free hari ni sempena grand opening Restoran GH Corner bawah ofis eija.. hihi Menu yang ada kat grand opening ni akan dijual pada hari-hari perniagaan restoran ni akan datang ^_^

tempek gambar sikit kehkehkeh....

suasana di Restoran GH Corner
peneman hari2 kat opiss...

bakso jadi pilihan mak buyong :)

jamah nasi ayam sikit... ayam goreng special (secret recipe kata pemilik kedai)

cendol untuk eija + chrysanthemum  untuk kwn eija

pisang goreng cheese fav eija ^_^