Friday, April 14, 2017

ESP Shaklee : Sumber Protein Pilihan Saya Sekeluarga

Kalau dulu kat rumah ME sorang ja yang suka ESP Shaklee ni. Satu canister 850g boleh bertahan satu bulan setengah hingga dua bulan. Tapi sekarang, satu canister untuk satu bulan kadang2 tak sampai pun sebulan huhu.. sebab ME, husband dan anak-anak pun suka ESP Shaklee ni.


Husband ME tak suka makan awal pagi, jadi sebelum dia keluar memang akan bancuh ESP Shaklee untuk dia sempat la dia rasa kenyang hingga jumpa makan tengahari.. Husband kata kalau minum ESP Shaklee ni kenyang lama dan buat dia memang taknak makan. Kalau dia rasa nak makan pagi dalam pukul 10 macam tu memang dia taknak minum ESP, sebab nanti dah tak lalu nak makan perut dah rasa kenyang. See! sape2 yang nak kurus boleh try ESP Shaklee ni..boleh bantu skip nasi lemak pagi2 tuh hahaha..

Ibu menyusu macam ME ni manjang je lapar nya. Kalau dah pekena nasi lemak dalam pukul 8 tu, pukul 10 lepas mengepam susu mesti lapar. Haruslah ber ESP ;)

Korang tau tak ESP Shaklee ni sangat berbeza dari air soya kat luar sana. Apa yang membekalkan nya ialah ESP Shaklee ni dari soya non-GMO dengan erti kata lain kacang soya yang tidak diubah genetiknya. selamat digunakan :)

ESP Shaklee ada kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif dan hanya memilih soya yang berkualiti tinggi sahaja.
ESP Shaklee juga mengandungi 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
ESP shaklee diproses dengan air bersih dan diproses pada suhu rendah agar khasiat protein itu sendiri tidak rosak.
satu hidangan ESP shaklee ni bersamaan dengan2x ganda daging, 4x ganda telur dan 12x ganda susu rendah lemak.yang paling best ESP shaklee ni takde kolestrol takde asid urik dan sangat mudah diserap oleh badan. pesakit kencing manis pun boleh ambik sebab ESP ni sebab kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.
berminat nak dapatkan rakaian produk shaklee, boleh hubungi ME ye..

mama eija 0199086965
pengedar shaklee anda


3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat

Salam Jumaat penghulu segala hari



3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah :

1. *Jodoh*

Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.

2. *Rezeki*

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

3. *Ajal maut.*

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.

SUMBER: Whassap


7 Sebab Kenapa Badan Kita Perlukan Supplement

Assalamualaikum

Tak dinafikan sekarang memang banyak jenama supplement dipasaran. Kenapa banyak, sebab supplement mendapat sambutan tinggi dalam kalangan pengguna. Sebagai pengguna haruslah, eh bukan harus lagi dah tapi memang wajib cari yang betul2 Selamat digunakan.. Ingat tau pesan Me cari supplement yang selamat digunakan. :)

mengapa tubuh memerlukan makanan tambahan atau vitamin supplement?

adakah tak cukuphanya dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang?

Menurut pakar nutrisi terkemuka sendiri, Dr Ray Strand mendefinisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah makanan seimbang, senaman dan makanan tambahan.


Ok berbalik pada topik utama, ME akan share sebab kenapa kita sekarang perlukan supplement.

1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas sememangnya menjejaskan kesihatan kita.



2. Badan kita memerlukan Dos vitamin yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien boleh didapati dari pemakanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak cukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.



3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga dan bahan kimia lain menyebabkan kualiti buah dan sayur kurang. Selain itu, mungkin ditanam di atas tanah yang tak SUBUR mengandungi bahan dan galian yang kurang.

4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bertukar serta merokok

5. Rutin pemakanan kebanyakkan kita hari ini tidak hiraukan diet yang seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.


6. Pengambilan pil penghantaran sakit, ubat-ubatan dan antibiotic boleh mengganggu penyerapan zat makanan. pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.  Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haha semasa dimasak.


ME percaya 7 sebab yang disenaraikan kat atas kita semua terdedah, jadi berusaha la dari sekarang untuk menutup rompong-rompong nutrien yang hilang dengan mengambil supplement sebagai makan tambahan. Supplement / makanan tambahan bukan lagi satu pilihan tapi merupakan satu 'insurans' kepada kesihatan saya, anda & kita semua ;)

with love
Mama Eija 0199086965
Pengedar Shaklee Berdaftar

✅Cod Subang bestari, subang Perdana, subang airport, paya jarak
✅Weekend cod temerloh, Triang, bentonite
✅Penghantaran seluruh malaysia melalui poslaju & Gdex express

Thursday, April 13, 2017

Ketam Goreng Kunyit

Assalamualaikum

Entri ni patut keluar semalam tapi tau tau jela kalu ada anak kecil ni bila dah buka lappy tak sempat mama nya nak karang satu perenggan anak nya dah duduk atas lappy huhu.. sudahnya terpaking kat draft.

Jarang-jarang jumpa ketam goreng kunyit kan.. ME sendiri pun 1st time makan ketam goreng kunyit kat rumah pakcik menu makan tengahari ada ketam goreng kunyit,  sedap juga.. Selalunya ketam ME masak lemak cili padi gabungkan dengan ulam-ulaman cicah sambal belacan.. Fuh berpinggan2 la nasib nya.. Hewhew

Menu makan malam ME sekeluarga semalam, kakak iman request nak makan ketam. Ayah nya pun beli 4 ekor kecik2 untuk 2 orang makan ME tolong masak je nak makan tak boleh masih berpantang :)... Apa nak di masak nya ketam malam2.. Nak berlemak malam2 memang tak la kan.. Paling simple ketam goreng kunyit jela yer hihi

ketam yang sudah digoreng
Resepi masak ketam paling senang di dunia :-D

1. Ketam secukupnya
2. serbuk kunyit
3. Garam
4. minyak untuk menggoreng

basuh ketam besih2 gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam. biarkan 5 minit. Panaskan minyak dan masukkan ketam.. Ok siap.. Ketam goreng kunyit dan udang masak lemak cili api dengan kacang panjang lauk tengahari tadi bawak ke makan malam. Jimat-jimat ^_^

Tuesday, April 11, 2017

Saya Dah Terjebak

ME dah mula terjebak dengan supplement sejak pregnant anak 1st lagi.. Tapi bukan shaklee.. Kakak yang suggest ambil supplement dia excited adik bongsu nya pregnant hewhew.. Untung ada kakak selalu ambil berat tentang adik nya.. :) mula nya memang ME taknak sebab tak gemar bukan berkira2 sebab duit cuma risau tak makan. Kakak ME kata beli la untuk kesihatan ibu dan baby dalam kandungan, duit boleh cari.. Kesihatan mana nak cari. Huh sentap sikit! Haha. Ok ME pun beli 1 set, ada bcomplex, kalsium, multivitamin, ada susu shake shake nama apa entah ME tak ingat dari brand am***.

Beli je tapi tak makan sangat. Banyak tak makan dari makan. Hari2 en husband tanya supplement letak kat ofis makan ke..? Huhu eh mesti la makan kan beli mahai2 hahaha kira tipu sunat ke ni? Tak baik kan.. Tapi serius memang tak minat nak makan2 supplement.

Sepanjang tempoh ME pregnant anak 1st Alhamdulillah sihat dan cergas even culas2 telan supplement yelah muda lagi time tu umur 21.. Kandungan dah masuk 7 bulan stgh ME dah start sakit pinggang dan memang susah tido malam. Nak baring atas tilam nipis langsung tak boleh tapi masa ni tak tahu lagi punca sebenarnya tak cukup kalsium. Korang jangan ingat orang pregnant yang berumur je sakit pinggang yer.

Dah hampir nak bersalin ME gagah search kat google set pantang pulak tapi taknak yang minum2 nak cari yang kapsul senang nak telan. ME jumpa satu blog ni dia jual shaklee. Maka bermula la cerita tentang set pantang shaklee.. ME memang berpuas hati consume set pantang shaklee tu pun ada culas2 juga tapi ME perasan bila 2 3 hari tak ambil supplement badan rasa penat sangat lagi2 kita menyusukan anak, pergi kerja balik kerja, sambung buat kerja rumah layan anak layan suami. Jadi ME memang perlukan supplement!  sebab ME sendiri dah rasa different bila ambil supplement dan tak ambil. Korang ambil supplement apa?

set pantang shaklee pilihan ME ketiga2 anak
Bila ME dah rasa best nya supplement shaklee ni, ME join member 5bln lps ambil consume sebab nak dapat harga lebih murah sambil2 buat side income ^_^

Ok saya dah terjebak dengan supplement.. Huhu shaklee best tau korang setiap vitamin yang dikeluarkan mesti ada landmark study yang mana diuji oleh pihak ketiga. Sangat sesuai dengan moto shaklee tu sendiri Shaklee sentiasa Selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Shaklee Healthy Nutrition
Love,
Mama Eija
Pengedar Shaklee Berdaftar

Cod Subang Bestari, Subang Perdana, Kg Melayu Subang, Paya Jaras
Weekend Cod Temerloh, Triang
Penghantaran seluruh Malaysia by POSlaju

Monday, April 10, 2017

Irdina Dah Jadi Kakak

Hai.. Assalamulaikum

Alhamdulilah.. Cepat sungguh masa berlalu. Irdina dah jadi kakak tapi dia masih bahasakan diri nya adik dan masih belum putus susu ibu. Kadang-kadang ME rasa sedih sebab rasa macam dia belum habis bermanja dah dapat adik hewhew.. tapi tak mengapa mama akan cuba bahagikan kasih sayang seadil-adilnya InsyaAllah..

my 2nd breasfeeding partner^_^
Irdina yang baru setahun 8 bulan ni memang sepatutnya masih perlu dapatkan susu ibu. ME stay menyusukan dia dalam masa yang sama kena susukan kan baby.. Memang penat menyusukan anak 2 orang sekaligus tapi itu lah yang ME rasa terbaik. :)

Mil dah suruh berhenti susukan irdina sebab kesian kat baby takut tak cukup susu tak cukup zat tapi ME kesian hari-hari irdina minta nak menyusu ^_^ Time susukan baby dia mesti duk sebelah harapkan lepas baby turn dia pulak.. Kekekeke

Be gud girl yer Irdina & Imanina.. Mama love u to the moon and back.

anak-anak mama

Irdina with kakak Iman.. kawan baik kawan gaduh setiap hari
enjoy my story.. tq for reading =)

lots of love,
Mama Eija

Nutriwhite : Pencuci Muka Paling Best

Assalamualaikum dan Salam Isnin :)


Sejak dah guna nutriwhite gentle deep foaming cleanser memang taknak pandang yang lain dah. ME memang susah sikit nak tukar-tukar produk ni sebab jenis setia ceewahh.. Bukan setia sangat kekdahnya tapi kulit ME sensitif kalu dia tak suka haa jerawat memang bermaharajalela.. Stress :-|

Sebelum ni kakja guna s***.. 10 tahun jugak la.. Lama kan tp ME perasan lepas cuci kulit jd tegang dan gatal-gatal sikit tak la serius sangat. ME suka sebab dia memang khas untuk jerawat.

Beberapa bulan lepas rasa macam nak tukar pencuci muka la dan cakap dengan husband nak try shaklee punya cleanser nanti kita share yer hihi minta restu giteww sebab ME tak pernah beli cleanser atau apa-apa kosmetik harga atas rm50 hewhew..Bila en husband on ME beli satu tiub share dengan dia. Alhamdulillah jimat juga boleh tahan hingga 4bln lebih..

Memang best.. Natural ja.. Ada buih tapi takde bau wangi-wangi.. Lepas cuci muka kulit memang takde rasa tegang dan kering. Husband yg sebelum ni bertahun-tahun guna cleanser l***** pun dah jatuh hati dengan gentle deep cleanser nutriwhite.. Hewhew

Baru baru ni ME bersalin, so balik kampung dalam 3 minggu.. Sebabkan pencuci muka nutriwhite ada satu, so husband packing untuk ME guna di kampung nanti. Dia guna pencuci muka l***** yang hari tu ade lagi. Seminggu ja guna lepas tu complain kat ME muka dia kering dan naik jerawat 😱 😱  huhu

ME kata ok takpela nanti nak balik rumah sana bawa balik pencuci muka tu. Sy share dengan Sil. Sil ME guna s***.. ME ok je sebab memang sebelum ni guna cleanser tu bertahun2 so apa ade hal nak guna untuk sementara. Husband taknak dia kata biar dia pergi ke branch shaklee.. Huhu sanggup deknonn oii kerana pencuci muka nutriwhite tu.. Haa best ke tak best? Sekarang kat rumah ada 2 tiub yeyy... Tahan la untuk setahun lagi nii.. Hihi

satu untuk en husband satu untuk ME wewewe
Gentle deep cleanser nutriwhite Shaklee memang best. Bebas kimia. Selamat digunakan.

set penjagaan kulit Nutriwhite shaklee pilihan ramai
untuk dapatkan produk shaklee boleh terus hubungi ME. Konsultansi berterusan InsyaAllah

Mama Eija
0199086965 call/wssp
Pengedar Shaklee Anda

Cod Subang Bestari, Subang Perdana, Kg Melayu Subang, Paya Jaras
Weekend Cod Temerloh, Triang
Penghantaran seluruh malaysia by POSlaju

Friday, April 7, 2017

Momma Of Three

Assalamualaikum wbt..

Blog dah bersawang oiii.. Bila mood kelaut gitu ler kekdahnya.. Huhu

Alhamdulillah.. 6 mac 2017 lalu ME telah selamat melahirkan puteri yang ke3 di hospital sg buloh tepat jam 2.47 pagi.. Now, I am officially momma of three.. Kejap je rasa dah ada tiga anak :-)..

Rezeki juga bersalin ketiga-tiga puteri ni dipermudahkan.. kena pregnant lagi la lepas ni nak baby boy pulak huhu

Belanja gambar baby girl

day 1.. hospital sg buloh
day 1.. Nur Inaara Batrisyia Binti Zaril Hafiz
Day 4 :-)

Day 10.. taraaa dah botak hihi
alhamdulillah semoga anak-anak mama membesar dengan sihat dibawah rahmat Allah swt.. aminnn ya Rabb

with love,
mama eija
Pengedar Shaklee Anda

COD Subang Bestari, Subang Perdana, Kg Melayu Subang, TUDM Subang
Penghantaran Seluruh Malaysia By POS Laju