Saturday, January 31, 2015

Segmen Berkenalan By : Dr Shikin


Assalamualaikum bloggers... Jom join segmen yang dianjurkan Dr Shikin... moga dapat lebih kenalan :)

klik image untuk join

Friday, January 30, 2015

Apam Susu Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum readerss...

Selalu sangat ternampak teman-teman alam maya dok tayang apam susu.. Buatkan iolss telan ayaq liur ja kan.. T_T tak tahan rasa nak buat tapi selagi ada penyakit M memang tak akan menjadi.. hehe
Kali ni ioolls rajinkan diri untuk mengapam sebab nak makan, lagi satu anak dara iolss pun suka kalu makanan yang berasaskan apam ni so seronok buat kalu ada yang nak makan ye dakk..


Mari cuba resepi apam susu yang gebu gebas...

Bahan-bahan yang senang sangat nak cari

4 biji telur
1 cawan gula halus [ iolss guna gula biasa jer :) ]
1 sb ovellet
1 sk kecil esen vanilla
5 sb susu pekat manis
2 cawan tepung gandum -ayak

pewarna kesukaan
perasa

cara-cara
1. panas kan kukusan terlebih dahulu yea.. sebab bila adunan apam siap senang terus kukus je
2. pukul telur dan gula hingga kembang..
3. masukkan ovellet dan esen vanilla... pukul lagi hingga sebati
4. masukkan susu pekat, pukul lagi
5. akhir sekali masukkan tepung gandum yg diayak tadi, gaul rata...

**bahagikan adunan kepada berapa bahagian dan letak pewarna
*** sapukan mentega pada loyang tuangkan adunan, iols selang selikan ikut warna hingga habis
**** kukus kan selama 40 minit atau hingga masak - makesure air dalam kukusan tadi sudah mendidih..
Angkat apam setelah masak.. boleh hidang bersama teh o suam

Sebelum dikukus.... [lighting camera hp :p]

masih panas2.. iols terus potong anak dara dah tak sabar nak rasa.. hehehe
Siap.... selamat mencuba :)

Thursday, January 29, 2015

Cerita Kerepek Pisang

Assalamualaikum & selamat petang readers.....

Sedapnya petang-petang kat ofis layan kudap-kudapan.. sekarang ni asyik nak menguyah je selagi ada benda yang boleh ngap.. hehehe buruk benor perangai -,-

okey petang nie kerepek pisang sebagai kudapan pilihan


Tak tau pulak kerepek pisang ni di buat dari pisang apa... makan je tau hihi sedap sangat! harga pun ok la.. rm2 sebungkus ni.. sambar kat kedai makan time lunch tadi.. ^__^

sekian :)

Beratnya lah

pinjam gambar en google..
Assalamualaikum rakan-rakan alam maya semoga kalian sihat la ye... lama nya tak berblog.. ikut mood sekarang.. rasa nak berblog buka rasa tak mau jenguk je kejap2.. mungkin sebab pembawakan baby ke?? tak juga kan... alasan je semua tu ekekeke.... Alhamdullillah follower semakin bertambah moga sy terus bersemangat nak berblogging kali nie... doa kan terbaik buat sy ye uollss T_T

tunggu sy jalan-jalan kat blog uolss yea...

Babai... :)

Thursday, January 22, 2015

Sarang semut untuk imanina

Assalamualaikum bloggers....

Malam semalam terlebih rajin sebab boleh siapkan 1 jenis biskut sarang semut... selalunya musim perayaan je dapat jumpa biskut macam ni kan..

Ada cerita disebalik sarang semut ni,, huhu... sebenarnya imanina suka sangat tengok cerita upin ipin sehinggakan apa yang mereka makan imanina meminta-minta dari mama. alahai anak T_T... episod 'kuih untuk opah' menjadi pujaan hati nya... hari2 ulang episod tu.. huhuhu..

Dalam cerita upin ipin episod "kuih untuk opah" sebenar mereka buat kuih samperit tapi mama xder acuan samperit so doh tu mama sagat je jadi biskut sarang semut... hihi kreatif tak?? haha

semut warna warni ;)
senang je rupanya buat biskut nie.. mama dapatkan resepi ni dari kawan masa sekolah dulu dah lama dia bagi tapi tak buat-buat je... peram! hihi

boleh cuba siapa berminat :

250g marjerin/butter
100g gula kastor
1bj kuning telur
350g tepung gandum
100g tepung jagung
** kedua-dua tepung ni diayak
sedikit esen vanila - mama tambah

coklat rice untik hiasan

##bakar suhu 180 selama 15-20minit @ hingga masak... siap :)




Wednesday, January 21, 2015

WW #4 : Selamat Pengantin Baru My Cazen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera readers....

Semoga Berbahagia hingga ke Syurga
Dapat jemputan kenduri kahwin sepupu minggu sudah di kg melayu sri kundang, sungai buloh.. sepupu mama pengantin laki. Alhamdulillah ada juga kesempatan ke majlis mereka even terlambat sampai.

Terima kasih sudi jemput kami sekeluarga :) Semoga kalian cepat timang cahaya mata dan berbahagia hingga ke akhir hayat...

Monday, January 19, 2015

Kembara Ke Zoo Negara

Assalamualaikum & salam sejahtera readers....

Cerita semalam, berhujung minggu di Zoo Negara.. plan last minute en husband mama follow jer hihi bawa imanina jalan-jalan kenal haiwan selalunya tengak kat tv dan kat you tube je kan.. bukan main excited lagi dia bila nampak gajah batu kat pintu masuk zoo.. almaklum la 1st time bawa dia pergi tempat macam ni.

destinasi percutian yang pertama dalam tahun 2015.. hihi Zoo Negara... tak berapa jauh dari rumah... dalam 30 minit je kot.

Selamat Datang :)
en hubby yg rajin beratur.. mama dan imanina tunggu kat kerusi yg disediakan kumpul tenaga nak berjalan jap lg. haha

harga setiap kategori berbeza ye... rujuk jadual kat atas hihi

psst.... nk masuk tengok feng yi dan fu wa harga lain yea... mama tak beli pun tiket nak tengok mereka... lain kali lah hehe

meh nak tempek gambar sikit.. haha



orang utan borneo

cheetah.. aummmmm

terjumpa kwn en hubby... peace yoww!


camel padang pasir celup.. hihi


sikit tips dr mama jika nak ke zoo.

  1. Jangan lupa bawa mykad atau mykid ye... time nak beli tiket, mereka kat kaunter tiket mmg perlukan mykad tadi.
  2. bawa bekalan air secukupnya... atau kudap2an... kiosk atau gerai agak jauh antara satu sama lain... lagi satu mgkin bg mereka nak berbudjet2 tu boleh la bawa bekalan ye. sebab mknan yg dijual agak mahal... air mineral 500ml dijual harga rm3.50... (mak aiii... tersedak makkk hahahahh)
  3. bawa payung jika sampai tengahari.. cuaca sekarang agak panas... kalau datang petang risau hujan so boleh standby payung ye kawan2 supaya kembara ke zoo tak terbantut.. hihi
sekiannn...
with love,,
mama eija


Sunday, January 11, 2015

Selamat Berhujung Minggu :)


Assalamualaikum... selamat berhujung minggu semua.. Alhamdulillah selamat sampai ke kampung halaman.. nyaman nya udara kat kampung.. ^^ lepas habis kerja petang semalam trus pecut ke pahang, esok dah mula kerja.. walau sekejap tapi bermakna boleh lepaskan rindu masakan mak kat kampung hihi (patutnya masakkan utk mak, ni mak pulak masakkan utk kita..huhu)

Sepanjang perjalanan balik kampung kesan2 banjir ada lagi masyaAllah kesian mangsa banjir tapi apakan daya ujian Allah buat hamba2nya.. bantuan dr kerajaan dan badan NGO masih belum putus.. syukur moga sedikit sebanyak dpt meringankan mereka.. T_T

Love,
Mama eija

Friday, January 9, 2015

#Peringatan



Assalamualaikum & Salam Jumaat... peringatan untuk saya & juga kaum hawa yang lain..

Thursday, January 8, 2015

LELONG,, LELONG,, LELONG!!!

Assalamualaikum & selamat petang readers....

Hari nie mama nak lelong ESP Shaklee... apa tu ESP?? ESP ialah  protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.



1. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu, harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

2. Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP ialah RM150. Tapi hari ni mama nak bagi harga special!!! (siapa cepat dia dapat).

3. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua lapisan:

·         Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
·         Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
·         Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
·         Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
·         Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
·         DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba.

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  •  Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
  •  Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.


KEBAIKAN ESP 10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE.

Tahukah Anda?
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM
Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI,

Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU.

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi mama, pesanan anda dengan kadar segera...
Nama: mama eija
SiD: 910618
Hp: 0199086965 (prefer sms/wssap)
COD area: Subang Bestari, Shah Alam & PJ

Monday, January 5, 2015

Monday Blues!

Assalamualaikum,,,,


Hari pertama bekerja di tahun baru... beratnya rasa setelah 4 hari bercuti dari khamis lepas. Ambik cuti awal kek nya nak balik kampung tapi keadaan tak mengizinkan. Banjir di pantai timur hampir semua jalan utama ditutup! Jadi mama sekeluarga bercuti kat kota jelah ye.. hiiii

Masuk je opis hari ni blurr tak tau keje mana nak buat dulu hehehe... banyak sangat keje dan tak kan pernah siap, hari-hari ada je file masuk rumah untuk dilelong..

Mudah2an mama diberi kekuatan untuk bekerja hari ni ye... ^_^

Sunday, January 4, 2015

Khasiat Minyak Kelapa Dara Bio-rich (Virgin Coconut Oil)

Assalamualaikum & salam berhujung minggu semua,,,

Hari ni mama nak share satu produk berasaskan minyak kelapa dara juga dikenali VCO yang di keluarkan oleh Bio-rich. Bio-rich telah ditubuhkan pada April 2013, hampir setahun lebih beroperasi. Bio-rich adalah produk 100% Islam bumiputra yang berpusat di Sungai Besar, Selangor. Encik Ishak Bin Basiran merupakan Pengurus Bio-rich yang telah berjaya melahirkan beberapa orang usahawan dalam syarikat ini sendiri.. Alhamdulillah sedikit pengenalan mengenai Syarikat bagi mereka yang belum kenal Bio-rich :)....

Sebenarnya, mama sendiri pun jarang nak mengkaji tentang supplement ni.. kalu nak guna baru sibuk menggelupur search kat google hihi... Minyak Kelapa Dara dikenalkan oleh kakak, dia cadangkan beri kepada imanina untuk turunkan suhu badan ketika demam. Mama pernah cerita kat entry nie imanina demam dan akhirnya warded. Lepas pada tu, Imanina demam je mama cuba bagi Minyak Kelapa Dara, alhamdulillah memang suhu badan turun. Kita perlu usaha yang menyembuhkan Allah.

Minyak Kelapa Dara (VCO) dalam bentuk Cecair & Kapsul

Bio-rich ada banyak produk, tetapi hari ni mama nak share produk yang berasaskan Minyak Kelapa Dara sememang produk yang menjadi rebutan pada dunia hari ini. Banyak keistimewaan Minyak Kelapa Dara antaranya :-

Sihat Bertenaga bersama Minyak Kelapa Dara (VCO) Bio-rich

Kecantikan Luaran

  1. Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti panau, kurap, kudis, ruam, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, resdung, batuk kering dan banyak lagi
  2. Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan serta dapat tingkat metabolisma
  3. Dapat mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta membantu melembutkan kulit
  4. Mengurangkan masalah kelemumur dan rambut gugur.
Kecantikan Dalaman

  1. Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak
  2. Dapat melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurankan risiko diabetes
  3. Dapat kurangkan stress pada pankcreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh.
  4. Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  5. Melindungi diri dari serangan osteoporosis
  6. Mencegah risiko sakit jantung kerana Minyak Kelapa Dara bebas dari Kolestrol.
  7. Mencegah atherosclerosis dan strok
  8. membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

fakta mengenai Minyak Kelapa Dara Bio-rich (VCO)
Sekian dari mama... Selamaat mencuba, sebaik-baik testimoni adalah diri sendiri.. Setiap sakit ada penawar nya yang penting jangan pernah berhenti berusaha serta berusaha mestilah diiringi dengan doa!

*** Harga:
RM70 untuk bukan ahli
RM50 untuk ahli

Untuk tempahan produk boleh hubungi:

019-9086965 mama eija (saya prefer sms & wassap)
Penghantaran seluruh malaysia dengan POS laju!