Cerita pasal vitamin C ni, memang semua orang tahu, suatu ketika
dulu, vitamin C shaklee pernah jadi hot, ada satu ketika Shaklee terpaksa stop
sekejap pengeluaran vitamin C nih, cepat habis, gara-gara ada pengedar yang
ambil kesempatan buat repackaging. Haa, takpalah, itu menunjukkan vitamin C
shaklee memang cool . Oklah, jom kita tengok apa yang menarik di bawah.
Kenapa Vitamin C Shaklee Sangat Istimewa ?
- Sustained Release - vitamin C ni dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan, supaya vitamin C ni kekal dalam badan kita, barulah ianya tak membazir. Kiraannya ialah 100mg sejam untuk 1 tablet.
- Bioflavonoids - satu elemen penting supaya vitamin C ni mudah diserap kedalam badan kita.
- 7 biji OREN - hahaha, satu tablet vitamin C ni sama dengan 7 biji oren, hoo, kalau korang boleh ngap 7 biji oren sehari, memang powerlah.
Kenapa Vitamin C Penting untuk Perokok ?
Sebenarnya yang tak merokok pun penting jugak, lagi-lagi orang
biasa. Tapi memang antara golongan yang sangat perlukan vitamin C ialah orang
yang merokok kuat ni. Merokok boleh menjejaskan vitamin C dalam badan kita.
Memang kalau tak cukup vitamin C, ianya boleh menjejaskan jantung serta organ
lain dalam badan. Tapi sebaik-baiknya, berhentilah merokok, hahaha.
Manfaat Lain Vitamin C
Banyak lagi manfaat lain yang boleh korang dapati, selain banyak
gila testimoni yang bersepah dekat luar sana. Oklah, yang paling best sekali
tentulah kulit cantik berseri. Tapi jom kita tengok manfaat dan kepentingan
lain vitamin ni untuk kita:
- Menjaga Saluran darah - Ianya membantu metabolisme kolestrol, iaitu pembentukan hempedu untuk membakar lemak. Orang yang ada darah tinggi perlukan vitamin C, dapat mengelakkan strok dan jantung tersumbat.
- Detoksifikasi - vitamin C membantu proses detoks, berupaya mencantumkan bahan logam bahaya seperti plumbum, raksa,arsenik dan lain-lain. Ianya mampu menjaga buah pinggang agar tidak rosak
- Kurangkan STRESS - stress boleh menyebabkan vitamin C berkurangan dalam badan, jadi kena ambil vitamin C. Ianya mengeluarkan hormom antistress dan interferon ( hormon imunisasi)
- Penyakit SKURVI - kalau rasa gusi berdarah, luka lambat sembuh, kenalah ambil vitamin C, ambil dengan dos yang banyak.
- Meningkatkan Sistem IMUN - bagus untuk pembentukan sel darah merah yang sihat, membantu sel darah putih menentang bakteria, memulihkan alergi hidung dan kulit, dan memerangi simptom selsema.
- Memerangi kanser - antioksidan yang sangat baik untuk melawan radikal bebas dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh badan.
Fb Page : SZI Shoppe
Email : mizeija91@gmail.com
rupanya perokok tegar perlukan vitamin c . rugi lah klu mrk tak tahu ...
ReplyDelete:) ramai yang belum tahu.. hihi
DeleteOwh ye lah..
ReplyDeleteNak bagi asben makan Vit C biar luka accident dia cepat sembuh.
dr boleh la oder dengan eija hikhikhik :p
DeleteVit C yang Amway nyer ada 2 botol lom bukak. Hehe.
Deletewah ada stock kat rumah... best2... :)
DeleteBagus sisipan entry ttg vitamin C ni miz eija...julia pun ambil vitamin C setiap hari 1000mg...sekali telan...mmg terbaik lah...kalau skip makan buah atau sayur vitamin inilah penyelamat sbb ia cepat larut dalam badan dan dpt ekstra tenaga...good!
ReplyDeleteiye julia... eija pun ambik vitamin C nie... tapi kadang ter mis jugak hihi tak disiplin :p
Delete