Alhamdulillah masih ada kesempatan muncul di blog setelah dua tiga hari menyepi.. mama nie macam chipmore kejap ada kejap tak ada.. maaf semua,, kadang-kadang masa tak mengizinkan.
Entry kali ni mama nak kongsi kan cerita aktiviti semalam (sabtu) mama sekeluarga ke Taman Botani Negara di seksyen 8, Shah Alam. Bayaran masuk rm3 seorang untuk dewasa kanak-kanak bawah 5 tahun free. Oppsslupa! parking kereta pun kena bayar juga ye rm3... hahaha bas rm5..
Kanan : tiket masuk rumah iklim sederhana 4 musim Kiri : tiket masuk Taman Botani Negara |
selfie dulu sementara tunggu bas shuttle ,,, hihi |
kena beratur yer.. nak naik bas shuttle ni |
konon-konon candid la tu.. hahaha (peace yow) |
Dalam Taman Botani Negara ni banyak tempat yang boleh pergi, ada taman haiwan, taman herba, taman bunga dan banyak lagi tapi mama tak ke semua tempat atas banyak sebab.. hihi Kalau mama ke sini tempat 1st yang mama sekeluarga pergi mesti lah rumah iklim sederhana 4 musim.. Hari ni pergi dapat musim luruh lain dari musim sebelum ni, selalunya pergi mesti dapat musim bunga.. main terjah je tak soal selidik hahaha
signboard lepas turun dari bas shuttle.. masuk kena jalan kaki tau |
Nak masuk ke rumah iklim sederhana 4 musim ni kena berjalan jugak dalam 250meter kot.. huh berpeluh jugak la kan.. si kecil mama imanina ni pulak tak nak naik stroller atau di dukung, nak berjalan sendiri memang lambat sampai destinasi. itu la kalau pergi sini satu tempat dah cukup hihi.. pergi lain hari pulak yer.. Lagipun Taman Botani Negara ni sedang naiktaraf banyak tempat yang nak dibangunkan.
kasi tempek gambar sikit :)
berjalan sambil selfie |
besar payung dari tuan hihi semua nya nak sendiri |
singgah tengok air ajun kata imanina haha |
suasana dalam rumah iklim sederhana 4 musim (musim luruh) |
Bagi sesiapa yang berminat nak bermalam pun boleh ada rumah di kampung idaman yang disediakan dalam Taman Botani Negara ni. Mama pernah bermalam dulu-dulu time jadi pelajar sekolah, camping kat sini. jenis rumah dalam malaysia contohnya rumah minangkabau, rumah panjang, rumah bujang dan banyak lagi boleh pergi buat research sendiri hihi.. ^_^ menarik sangat!!
selamat meninjau :)
love,
mama eija
macam best je ni.. lom pernah g lagi..
ReplyDeletebest.. boleh bawak family nanti :)
DeleteSalam jejak... :) ingatkan putrajaya jer ada taman botani... hehehe
ReplyDeleteaah la... kat putrajaya ada jugak kan.. taman botani ape ye?? kalu kat kL taman botani perdana
Deletewaahhh.. dah lama x jejak sini.
ReplyDeletepadahal duk shah alam jer pon.
nanti nak ajak suami pergi sinilah.. :)
biasa nya orang yg paling dekat mmg tak pegi hihi... sama la kita, nama je duk shah alam tapi tak semua kat shah alam dah pegi ;p
DeleteDah cantik tempat ni kan. Last gi masa jaman skolah.
ReplyDeleteiye sis fiza,, dulu parking free skang da bayar hihi up cket :)
Deletekita tak pernah samapai lagi sini...nampak Macam best je..nanti one of the weekend kita nak gilah..
ReplyDeletekiki.. boleh2 semantara masih murah.. kang ada gst dah naik harga hahaha -,-
DeleteAs-salam Miz Eija,
ReplyDeleteBestnya tempat tu.. akak sejak dulu teringin nak pergi.. tp smp sekarang belum berkesempatan lagi.. smg ada rezeki utk smp ke tempat menarik tu nnt.. insyaALLAH
Comelnya Imanina.. geram tgk pipi dengan mata dia :)
hihi... seronok skrg sedang uprade akan dtg lg seronok.. imanina ckp tq aunt hanis :)
DeleteSeronoknya pegi Taman Botani ni.. cantik je view nya... kami belum pernah smpai sana... :)
ReplyDeletesis atie,, meh la.. memang best bawak bujang sis tu tgk haiwan kat sini hehehe :)
Deletemama eija, saya penah pegi gak taman botani ni. masa bulan 4 tu kalo tak silap. masuk gak rumah 4 musim ni tapi masa tu musim bunga. [spring], tapi bil tgk gmbr awk ni, nampak macam sama je musim luruh dgn musim bunga dia. jangan2 sama je kot.
ReplyDeletehaha.. yeke sama.. beza sikit kut,, eija da 3x pegi asyk musim bunga je... jom kita flyingfox plak nak?? hihi
DeleteMasa anak2 bunda kecik2 dulu pernah pergi....lepas lama tak beroperasi kalu tak salah bunda...
ReplyDeleteSekarang ni baru dibuka semula dan diupgradekan..
bunda,, sekarang pun ada lagi part2 yang belum siap... akan dtg lagi best la... jum kita gathering kat sini hihi
DeleteTaman Botani ni nama lama dia Bukit Cerakah ke?
ReplyDeleteiyer doc... dulu nama bukit cherakah :)
DeleteHany pernah pergi 5years a go.berbasikal kat sana. Konon exercise, sekali hamek ko penat kemain ;)
ReplyDeletexpnh berbasikal hihi takut budak kecik nie meragam xmo duk diam hahaha
Delete