Thursday, October 27, 2016

Nasi Kerabu

Assalamualaikum dan salam khamis..

Menu breakfast pilihan hari ni nasi kerabu.. Sedapnya lama tak pekena. Kalu area rumah ME ni boleh dapatkan nasi kerabu di gerai pakmat corner subang perdana. Cmfirm puas hati.. Selalunya ME akan pilih lauk daging bakar ;) ada lagi lauk lain boleh pilih ikut citarasa sendiri hihi

Jemput makan.. Lewat sikit breakfast hari nii

nasi kerabu daging bakar rm 7.00


Monday, October 10, 2016

Riadah di Taman Layang-Layang, Kepong

Assalamualaikum semua..

Cerita petang semalam bawa anak-anak riadah di taman layang-layang, kepong.. Setelah dua hari berkurung dalam rumah dek kerana babysitter cuti ME pun turut bercuti ke ofis, akhirnya dapat juga keluar tengok dunia.. Haha

Dah macam bazar makanan ME tengok kat taman layang-layang ni, macam-macam ada jual..

Tips pergi taman layang-layang:-
1) bawa tikar supaya senang nak duduk. Kalu yang tak bawa tu duduk atas rumput hihi. Tak pun beli tikar ada jual kat sana.. Rm10-20 harga nya..
2) biarkan perut lapar. Bila pergi sana senang nak beli makanan pilihan.. Hihi
3) duit kena bawa banyak yer... Kejap lg nak beli giant bubble, nak beli layang-layang, mcm ade jual.. :-p

ME nak tempek gambar kitorang sikit yer...


Minum petang... Laksa & bihun tomyam




Puan empunya blog & ank beranak :D











Sunday, October 9, 2016

Resveratrol Untuk Kekuatan Memori

Assalamualaikum semua


Apa tu Resveratrol? Resveratrol adalah komponen utama dalam kandungan vivix, cecair ajaib kesayangan ramai dalam shaklee *love love hihi

Mahal ke vivix? Of course, produk paling mahal dalam kalangan produk-produk shaklee setanding dengan nilainya serta keberkesanannya.. kalu orang offer kat korang emas 1g rm5, berani tak nak terima? Mesti kita selidik dulu betul ke emas ataupun tiruan. Macam tu juga lah benda2 kebaikan dari alam semulajadi ciptaan Ilahi. Nak buat vivix bukan senang, bukan boleh blend anggur dan masukkan dalam botol macam tu je. Anggur vivix ni juga bukan anggur biasa kita makan tu tau tapi anggur muscadine.

Bila kita bercakap tentang memori (ingatan) biasanya makin meningkat umur, ingatan kita makin kurang. Lebih2 lagi dah tua dan dah kena alzheimer (nyanyuk). Memang makin teruk ketidakingatan. Tak tunggu tua pun kita yang muda ni ada juga jadi pelupa hahaha...

Jadi macamana nak atasi masalah lupa ni?

Selain dari vitamin untuk otak, Resveratrol adalah nutrisi yang terbukti berkesan untuk memperbaiki sel-sel otak.

Produk yang mengandungi Resveratrol adalah vivix shaklee. Vivix bukan sahaja membaiki sel-sel badan DNA tapi boleh repair sel otak dan meningkatkan metabolisma juga. (Sumber rujukan : Jurnal of Neuroscience)

Okay pesanan ME jangan tunggu tua/sakit baru nak cuba vivix. Umur 30tahun ke atas atau yang dah jadi ibu bapa wajib amalkan vivix. Lagi2 perempuan bila dah umur 30 tahun keatas metabolisma tubuh makin drop.

Jom oder vivix sekarang sementara ada promosi 1 oktober - 15 oktober sahaja


Beli 2, anda akan dapat percuma :-
♡ keahlian
♡ bonus secara tunai
♡ vitamin c berharga rm92.50
♡ eco-friend jute bag (green)

I am your trusted shaklee distributor
Mama eija 0199086865
Cod area : subang bestari, subang perdana, subang suria, bandar pinggiran subang dan kawasan sekitarnya..
Cod pd hujung minggu : temerloh & bera, triang

Kebaikan Minum Air Putih Untuk Kecantikan

Assalamulaikum dan selamat berhujung minggu rakan-rakan pembaca blog mama eija :)... moga kalian semua sihat kalu ade yang tak sihat cepat2 jumpa doktor ya..

Takde apa yang nak ceritakan hari ini, sementara menunggu anak2 dan en husband bersiap.. update entri dulu.. hari ni tak buat breakfast sebab en husband nak bawa ME dan anak2 breakfast nasi emy search hahaha.. nanti ME kongsikan nasi lemak emy search ya :)

berbalik pada cerita tajuk entri, korang semua suka minum air putih?? ME dari kecik lagi memang tak suka tapi bila dah beranak anak 1st memang paksa diri untuk minum sebab ME susukan anak.. fully bf walaupun bekerja. kadang2 ada juga termiss tp ME cuba...

Manfaat minum air putih bagi kesihatan dan kecantikan jauh lebih banyak daripada jenama produk kecantikan yang terkemuka. minum air putih yang banyak kerana setiap hari sel dalam tubuh kita memerlukan air yang cukup untuk bekerja dengan baik dan berkesan. ada manfaat yang luar biasa yang menunggu kita, jika bersedia untuk membuat air putih sebagai minuman kegemaran.


Minum cukup air akan membuat tubuh sihat, kulit cerah dan rambut berkilat, air akan membantu tubuh anda sentiasa kelihatan sihat dan juga menambah manfaat kesihatan tambahan untuk organ dalam anda. Meningkatkan pengambilan air putih, maka kita akan menemui manfaat bagi kecantikan yang tak terbatas. antara kebaikannya :-

  • Menjaga dan melembapkan kulit
air penting untuk menjaga kelembapan kulit serta memberikan nutrisi untuk sel-sel kulit, mengisi ulang jaringan kulit dan meningkatkan elastisitas serta dapat melambatkan tanda-tanda penuaan.
  • kurangkan jerawat
air putih yang cukup penting dan akan menbantu badan untuk keluarkan toksik yang menyebabkan jerawat
  • membuat bibir lebih indah 
minum air putih secukupnya mengelakkan bibir kering serta bertindak sebagai pelembap


Jumlah minimum air yang kita perlu untuk setiap hari adalah 8 gelas.. yang belum cuba jom sama2 kita praktikkan.. alhamdulillah ME dah dapat kesan minimum.

Mama Eija
0199086965
Pengedar Shaklee Anda
COD Subang perdana, Bandar Pinggiran subang, Subang Bestari, Sg Buloh, Paya Jaras, Kota Damansara dan kawasan sekitarnya..
COD pada hujung minggu Temerloh & Bera


Thursday, September 1, 2016

Welcome September!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah.. Dah september pun kita cepat sungguh masa berlalu.. Syukur masih diberikan nikmat kesihatan yang baik hingga ke saat ini..

Dua berita gembira yang diterima sekaligus.. Hihi.. Saya preggy lagi dan submission loan for 2nd house dah approve! Allahu, Alhamdulillah Rezeki..

One more thing, psstt berita gembira juga untuk mereka yang sukakan kecantikan bulan ni promosi produk kecantikan shaklee. Esp & Vitamin C.. Beli 6 percuma 1 woww!! Beli 2 dapat diskaun 5%..

Promosi Shaklee September 2016
Nak lagi murah cepat contact saya

0199086965 eija
Pengedar shaklee subang bestari
COD: mutiara subang, subang perdana, kg melayu subang,
kota damansara, ara damansara, subang airport, sg buloh, paya jaras..


Tuesday, May 31, 2016

Yang Ditunggu Hampir Tiba..

Assalamualaikum wbt..

Tik tok tik tok... Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Alhamdulillah seronoknyaa mudah2an kita dapat jalani ramadhan kali ni dengan penuh barakah. =)

Amalkan pemakanan sihat InsyaAllah bertenaga sepanjang hari..


Pengedar Sah Shaklee 
Eija 910618
Call/Wssp 0199086965
COD area Subang Bestari, Subang Perdana & Kg Melayu Subang
penghantaran seluruh Malaysia 



Thursday, March 3, 2016

Tips Elakkan Bayi Sakit Kuning (Jaundis) diawal Kehamilan

Salam Khamis

Lama sungguh tak bersiaran disini sejak dua menjak ni. Hari ni ME nak share tips elakkan baby terkena sakit kuning atau nama lain nya Jaundis diawal kehamilan. Moga memberi manfaat untuk kepada bakal-bakal ibu dan buat ibu yang sedang pregnant :)

1. Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.



2. Mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari



3. Banyakkan makan kurma. Terutama  ketika sarapan.



4. Mengambil minyak zaitun apabila usia kandungan 5 bulan keatas.



InsyaAllah, mudah-mudahan bayi kita selamat dari jaundis. usaha haruslah diiringi dengan doa dan tawakkal ^_^

Love,
Mama Eija

Wednesday, February 10, 2016

Kegemaran En. Husband Patin Tempoyak

Salam Rabu dan Selamat Tahun Baru Cina

Alhamdulillah selamat sampai ke rumahku syurgaku jam 3 petang semalam setelah tiga hari bercuti sempena tahun baru cina. Entri ni patut keluar semalam tp tergendala pulak berebut tab dengan kakak iman heee..

Cuti panjang sikit memang akan balik kampung kalu weekend je memang tak berbaloi nk balik sebab sehari je sabtu kena keje T_T.. Semalam memang bertolak awai dari rumah mertua sebab tak nak redah jammed. Cukup la masa dalam perjalanan balik kampung dah merasa.. haha hampir 7 jam dalam kereta.

Sampai je Temerloh memang wajib pekena Patin Tempoyak Pak Usop. tempat ni satu-satu nya pilihan hati en husband ME. Marvelous!! Asalnya dia memang tak makan patin ni, sekali je ME bawak dia pi makan ^__^ sekarang dah jadi favourite. Tapi kali ni bungkus je makan kat rumah dek kerana takut highway Karak-KL jammed. hahaha..

Nah belanja gambar satu 



sape-sape belum pernah cuba patin tempoyak, kalu lalu temerloh jangan lupa singgah yer. Ada dua tempat je yang ME cadangkan untuk nikmati Patin Tempoyak ni Gobang Maju Temerloh dan Gerai Pak Usop Temerloh. Pasti uolss berpuas hati.

Tuesday, February 9, 2016

Nutriferon : Tingkatkan Imun Badan

Nutriferon merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.

Formula yang membekalkan perlindungan imun tubuh harian yang tinggi. Ramuan proprietari berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi ini dihasilkan daripada biji labu, bunga kasumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun.

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Pengedar Sah Shaklee
910618
Eija 0199086965
Cod subang bestari, subang perdana, kg melayu subang
Penghantaran seluruh Malaysia

Tuesday, February 2, 2016

Herb-Lax Shaklee

Assalamualaikum semua..
Dah detoks ke semua? hihi.. hari ni ME nak share sikit produk untuk detoks. Asyik sumbat makanan je kan, jarang pulak nak cuci bahagian dalaman terutama bahagian usus. Yela.. nak cuci apa tak kotor pun.. badan pun sihat je, ye tak?


Apa Herb-Lax ni?

Herb-Lax ialah produk herba dari Shaklee yang terkenal sebagai alat untuk Detoks Usus.
Kandungan Herb-Lax termasuklah :-

1. Daun Senna
Daun senna yang terdapat dalam kitab 'Tibb An-nabawi' (pengubatan cara Nabi) bahawa ia digunakan oleh Rasulullah untuk merawat sembelit. Senna ni bukan daun inai yer hihi...
Daun senna juga bertindak menggalakkan proses peristalsis usus berlaku dengan optimum dan mengeluarkan segala sisa yang tersangkut di dalamnya.

2. Akar Rhubab
Bertindak menggalakan pengecutan usus bagi menolak keluar sisa toksik.

3. Blue Mallow
Digunakan untuk keradangan dalam perut, masalah pundi kencing dan juga masalah sistem pernafasan.

4. Akar Culver
Digunakan untuk mengatasi masalah sembelit dan masalah hati.

5. Akar Likoris
Digunakan sejak 5000 tahun dahulu dala perubatan cina. Mempunyai banyak sekali khasiat termasuk mengatasi masalah dalam perut, punci kencing, keracunan makanan, menggalakkan aktiviti hempedu untuk pencernaan dan lain-lain.

6. Kulit Kayu Bukthron
Menggalakkan proses pembersihan usus. digunakan secara tradisional untuk rawatan anti-tumor.

7. Daun Alfalfa
Bapa segala tumbuhan yang memiliki 1001 khasiat. Mendetoks sel secara menyeluruh.

8. Bunga Lawang
Membantu mengurangkan gejala kembung perut dan loya.

9. Buah Pelaga
Digunakan secara tradisional untuk membuang angin dalam badan dan membantu merehatkan otot perut sistem produktif.

Banyaknya khasiat Herb-Lax ni. Korang semua mesti cuba tau!

Harga : RM 52.50

Mau lagi jimat..?? daftar keahlian sekarang. Segera whassap @ call 019-9086965 eija.

Pengedar Shaklee Bertauliah
COD : Kg Melayu Subang, Subang Bestari, Subang Perdana
Penghantaran menggunakan Pos laju & Gdex ke semua pelusuk negeri.

Monday, February 1, 2016

Berhujung Minggu Di Taman Layang-Layang, Kepong.

Salam Isnin rakan-rakan alam maya yang dikasihi sekalian ^_^..
Ahad lalu ME sekeluarga ke Taman Layang-Layang, Kepong tunaikan hajat kakak iman nak main layang-layang.. hihi Kata peminat upin ipin kan, apa yang upin ipin main semua dia nak main.. layan kan jela selagi boleh.
Lama sungguh tak ke sini sejak beranak anak kedua ni hahaha.. terperap je kat rumah, weekdays pergi ofis balik rumah duk diam-diam. huhu.. baby irdina dah masuk 6 bulan baru la nak keluar berjimba.
Seronok sangat ke taman layang-layang ni, peniaga-peniaga pun ramai dah macam pasar pulak tapi jual makanan jela. kalau nak pergi bawa duit banyak-banyak tau!

Chocolate by Kopi Leh Dhia.. Sedap!
happy reading uolss...

Love,
mama eija

Tuesday, January 26, 2016

Pertama Kali Anak Masuk Sekolah

Salam selasa teman-teman alam maya sekalian..

Diam tak diam dah nak hampir sebulan anak-anak kita ke sekolah. Dah penghujung januari pun.. cepat sungguh masa berlalu. Dari hari ke hari nak cerita pasal kakak iman ke sekolah tak nyempat nyempat.. hamboii busy mengalahkan menteri nampak hahaha...

Tak mengapa, walaupun cerita dah nak dekat sebulan ME nak share jugak huhu.. Alhamdulillah.. takda apa yang lebih menggembirakan ME selain melihat anak membesar sikit demi sikit hingga sekarang dah masuk ke alam persekolahan.

Setelah berbincang kami suami isteri, hihi tadika pilihan untuk kakak iman ialah PASTI. Kakak iman nampak seronok dan bersemangat bila mama kata nanti kakak pergi sekolah yang ada cikgu dan ada ramai kawan. Selalu nya pergi rumah babysitter pun panggil sekolah juga, sekolah kat rumah ibu ^_^.
Hari tu google jugak la cari PASTI yang dekat senang nak jenguk-jenguk. Jumpa PASTI Little Muslim, Desa Subang paling dekat dengan kawasan rumah dan ofis ME. jadi boleh la ME pergi hantar dan ambik. Jimat kos transport hihi.. 

Gambar Imanina 1st day ke Pasti Little Muslim, Desa Subang

dah siap2 nak ke sekolah

orientasi murid-murid baru

masam mencuka.. hihi 

ayahnya curi curi snap gambar. alamak tuan nya ternampak pulak
Kakak iman ok jer tak nangis.. mama pulak tak sampai hati nak tinggai.. sedih T_T. untuk 1st day memang ME tunggu tapi tak la berkepit. Tinggal kejap kejap pi dating kat mamak hahaa..

Kelebihan Vivix Shaklee Kita Semua Perlu Tahu

Lagi beberapa hari promosi vivix shaklee bakal berakhir. Sempena bulan promosi, ramai sungguh yang tak lepaskan peluang untuk dapatkan vivix pada harga terlajak murah termasuklah ME sendiri.

Vivix Shaklee Pilihan Ramai
Rasanya masam manis buat yang pernah mencuba termimpi-mimpi. Chewahhh.. ^_^ haha. Vivix merupakan produk paling mahal dalam kalangan produk nutrisi shaklee. Namun permintaan sentiasa meningkat disebabkan ketulenannya insyaAllah.


Testimoni oleh mak ME sendiri. Penghidap diabetes terpaksa buat injection insulin tapi mak ME ni jenis takut nak inject sendiri, dia cuba consume vivix. Alhamdulillah bacaan gula dalam dalah menurun dan konsistan. Sekarang mak ambik zinc dan omega [minyak ikan] untuk maintain. sesekali ade promo mak beli vivix ni :)..

Untuk mak kesayangan
benar lah.. duit boleh dicari, kesihatan tak boleh nak di beli.. Jadi lebih baik mencegah dari mengubati.. InsyaAllah dengan izinNya. sekian ^_^

Dapatkan Vivix Shaklee promo Januari 2016, Beli 6 Dapat 7 @ Beli 2 dapat diskaun 5%....

untuk dapatkan produk @ sebarang pertanyaan, segera wassap & call 019-9086965 eija.

Pengedar Sah Shaklee Bertauliah
SID No.: 910618
COD : Kg Melayu Subang, Subang Bestari, Subang Perdana.
Penghantaran POS laju & Gdex ke seluruh pulusuk negeri :)

Saturday, January 23, 2016

Karnival Lelong Hartanah - BSN

Assalamualaikum dan salam berhujung minggu....

Untuk kali kedua Arena Auctioneers dilantik Bank Simpanan Nasional kendalikan Lelongan Awam Hartanah. Sesiapa yang berminat nak beli boleh datang ke The New Straight Times, Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur. Ada 12 buah rumah untuk dilelong sekitar Klang Valley.. sangat berbaloi untuk mereka yang membeli rumah untuk pelaburan.




Deposit 5% jer untuk property BSN... murah sangat! Ayuh ramai-ramai serbu NSTP 27 Januari 2016.. Jumpa kat sana yer!

Sebarang pertanyaan boleh terus call ofis 03-7845 5633 @ layari www.arenaauctioneers.my

Tuesday, January 5, 2016

HARTANAH UNTUK DILELONG (RUMAH IDAMANKU)

Salam Selasa....

LELONG,,, LELONG,,,, LELONG,,,

Entry kali ni ME nak share Hartanah Lelong below market price. Sangat-Sangat Murah dan BERBALOI!! Sesiapa sedang mencari hartanah untuk tinggal @ untuk perlaburan boleh la jenguk-jenguk sini yer.. 

Hartanah ni makin hari makin melambung harga nya.. So kena cepat-cepat bertindak, Okay :) 

10% Deposit SAHAJA!! Hartanah berikut akan di lelong pada hari dan masa seperti berikut :-



Banyak lagi senarai hartanah yang nak dilelong. Boleh terus ke sini ---> www.arenaauctioneers.my 
Dah decide boleh terus call 019-9086965 eija @ direct call office 03-7845 5890

Love, 
Mama Eija



Monday, January 4, 2016

Family Time

Salam Isnin...

Semalam punya cerita nak share kat sini hihi.. Tunaikan hajat si kakak nak  main kereta kontol (kereta kontrol) sebutan pelat loghat imanina.. :)






Kalau ke giant kota damansara ni, kakak iman memang tak lepaskan peluang untuk naik kereta mainan ni di kontrol si ayah. Happy ayah mama tengok kakak senyum gembira.

Selpie sat, sementara tunggu kakak iman main :-p
Kebetulan, ME memang nak ke sini mencari barangan kelengkapan kakak iman nak masuk sekolah esok.. Tambah mana mana yang terkurang.. Jangan contohi ME yg suka buat keje last minute hahaha

Sudah mencari barang, perut lapar harus lah di isi yer tak? Huhu.. Mr hubby ajak ke JM Beriani House.. ME kurang gemar beriani tp sebab feveret mr hubby so ME layankan je..

Beriani ayam goreng ME punya
Beriani Daging untuk Mr Hubby
Boleh tahan beriani.. Tak gemar tapi licin juga ME sapu... Hahahaaa kepada peminat beriani boleh la singgah JM Beriani House ^_^

Love,
Mama Eija