Sunday, October 9, 2016

Kebaikan Minum Air Putih Untuk Kecantikan

Assalamulaikum dan selamat berhujung minggu rakan-rakan pembaca blog mama eija :)... moga kalian semua sihat kalu ade yang tak sihat cepat2 jumpa doktor ya..

Takde apa yang nak ceritakan hari ini, sementara menunggu anak2 dan en husband bersiap.. update entri dulu.. hari ni tak buat breakfast sebab en husband nak bawa ME dan anak2 breakfast nasi emy search hahaha.. nanti ME kongsikan nasi lemak emy search ya :)

berbalik pada cerita tajuk entri, korang semua suka minum air putih?? ME dari kecik lagi memang tak suka tapi bila dah beranak anak 1st memang paksa diri untuk minum sebab ME susukan anak.. fully bf walaupun bekerja. kadang2 ada juga termiss tp ME cuba...

Manfaat minum air putih bagi kesihatan dan kecantikan jauh lebih banyak daripada jenama produk kecantikan yang terkemuka. minum air putih yang banyak kerana setiap hari sel dalam tubuh kita memerlukan air yang cukup untuk bekerja dengan baik dan berkesan. ada manfaat yang luar biasa yang menunggu kita, jika bersedia untuk membuat air putih sebagai minuman kegemaran.


Minum cukup air akan membuat tubuh sihat, kulit cerah dan rambut berkilat, air akan membantu tubuh anda sentiasa kelihatan sihat dan juga menambah manfaat kesihatan tambahan untuk organ dalam anda. Meningkatkan pengambilan air putih, maka kita akan menemui manfaat bagi kecantikan yang tak terbatas. antara kebaikannya :-

  • Menjaga dan melembapkan kulit
air penting untuk menjaga kelembapan kulit serta memberikan nutrisi untuk sel-sel kulit, mengisi ulang jaringan kulit dan meningkatkan elastisitas serta dapat melambatkan tanda-tanda penuaan.
  • kurangkan jerawat
air putih yang cukup penting dan akan menbantu badan untuk keluarkan toksik yang menyebabkan jerawat
  • membuat bibir lebih indah 
minum air putih secukupnya mengelakkan bibir kering serta bertindak sebagai pelembap


Jumlah minimum air yang kita perlu untuk setiap hari adalah 8 gelas.. yang belum cuba jom sama2 kita praktikkan.. alhamdulillah ME dah dapat kesan minimum.

Mama Eija
0199086965
Pengedar Shaklee Anda
COD Subang perdana, Bandar Pinggiran subang, Subang Bestari, Sg Buloh, Paya Jaras, Kota Damansara dan kawasan sekitarnya..
COD pada hujung minggu Temerloh & Bera


1 comment:

  1. Ohhh… uncle ingatkan air putih tu, susu…

    khi khi khi!

    ReplyDelete