Sunday, October 19, 2014

PUTERI AYU

Assalamualaikum semua,, sedang berehat2 ke?? dahh penat berjalan kan hari ni.. hihi jom ambil ilmu sikit..

Entri kali ni iols nak kongsi kan satu resepi kuih kegemaran mama sekeluarga kuih puteri ayu. dengar nama pun sedap kan.. apatah lagi kalau dapat makan.. pasti lebih sedap ^_^

resepi ni dapat dari kakak, memang gebu gebas.. Tak percaya? mesti kena percaya kalu tak yakin kena cuba buat.. ceewahh hehe... lama dah tak buat puteri ayu ni, hari ni ada rajin sikit so bersilat la kat dapur kecilku di hari minggu :)

Bahan A
  1. 2 biji telur gred A (iols pakai gred B je)
  2. 1 cawan gula (iols guna 3/4, kurangkan manis dalam masakan hihi)
  3. 1 sudu besar ovelette
  4. 1 cawan santan pekat
  5. 1 sudu teh baking powder
  6. 2 cawan tepung gandum
  7. Pes Pandan
  8. Pewarna hijau (iols guna green apple, hijau nya menarik)
  9. Sidikit garam
Puteri ayu in the making 

Bahan B
  1. Kelapa 1 biji (kalu yang dapat putih bersih lagi cantik)
  2. 1 sudu besar tepung ubi
  3. Sedikit garam
acuan puteri ayu yang di isi kelapa
Cara-cara

1. masukkan telur dan gula, pukul hingga kembang. kemudian masukkan ovelette dan pukul lagi hingga sebati. seterusnya masukkan santan dan pes pandan kacau rata. kemudian, sekali masukkan tepung gandum dan baking powder sebatikan adunan, akhir sekali masukkan pewarna hijau dan garam secukupnya..

2. Campurkan kelapa dengan tepung ubi dan garam gaul rata

Sapukan sedikit minyak masak pada acuan sebelum masukkan kelapa dan adunan supaya kuih puteri ayu mudah dikeluar apabila sudah masak nanti.

Kukus guna api sederhana ye selama 15 minit... siap :) sedia untuk dimakan..

kukus ye bukar bakar tau


** selamat mencuba :)

11 comments:

  1. Salam singgah malam di sini...terima kasih sudi singgah,komen dan follow blog Diana...sedapnya puteri ayu tu...Diana suka makan ni...

    ReplyDelete
  2. memang betul2 ayu..:)
    pernah jugak tgk org buat kaler lain selain hijau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... aah ada jugak tapi tak menarik kan kalu warna lain sb sejak azali mmg puteri ayu warna hijau hihi

      Delete
  3. fav kuih tp pandai makan jer... buat nyer x pernah terpikir he3...

    selamat berkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple je nie... eija pun xrjin nak buat hihi.. buat yang mana suka je

      Delete
  4. Cantik Eija buat. Kakak kalau buat mesti kelapa tu jadi hijau tak putih. Dah dua kali buat dua-dua tak cantik macam ni. Nantilah kalau mood pulih nak cuba lagi...

    ReplyDelete
  5. hehe.. sama la eija 1st buat melekat kat acuan.. tak letak minyak.. 2 3 kali buat baru ,, gebu mulus gitu hahaha yang best huby dgn anak suka :)

    ReplyDelete
  6. salam kenal...

    hmmm pasnie leh ler buat puteri ayu... selalunya suka makan aje..hehehe

    ReplyDelete
  7. wahhh.
    sedapnya kak!
    feberet sy nih.
    sy pernah jumpa ada orang buat kaler biru.
    kembang tekak nak telan.haha

    ReplyDelete
  8. Kalau ikutkan senang aje ye ME....cuma rajin ke tidak jerlah....Adoiiiiii....camnelah nak dpt rajin mcm ME ni....

    ReplyDelete