Monday, January 19, 2015

Kembara Ke Zoo Negara

Assalamualaikum & salam sejahtera readers....

Cerita semalam, berhujung minggu di Zoo Negara.. plan last minute en husband mama follow jer hihi bawa imanina jalan-jalan kenal haiwan selalunya tengak kat tv dan kat you tube je kan.. bukan main excited lagi dia bila nampak gajah batu kat pintu masuk zoo.. almaklum la 1st time bawa dia pergi tempat macam ni.

destinasi percutian yang pertama dalam tahun 2015.. hihi Zoo Negara... tak berapa jauh dari rumah... dalam 30 minit je kot.

Selamat Datang :)
en hubby yg rajin beratur.. mama dan imanina tunggu kat kerusi yg disediakan kumpul tenaga nak berjalan jap lg. haha

harga setiap kategori berbeza ye... rujuk jadual kat atas hihi

psst.... nk masuk tengok feng yi dan fu wa harga lain yea... mama tak beli pun tiket nak tengok mereka... lain kali lah hehe

meh nak tempek gambar sikit.. haha



orang utan borneo

cheetah.. aummmmm

terjumpa kwn en hubby... peace yoww!


camel padang pasir celup.. hihi


sikit tips dr mama jika nak ke zoo.

  1. Jangan lupa bawa mykad atau mykid ye... time nak beli tiket, mereka kat kaunter tiket mmg perlukan mykad tadi.
  2. bawa bekalan air secukupnya... atau kudap2an... kiosk atau gerai agak jauh antara satu sama lain... lagi satu mgkin bg mereka nak berbudjet2 tu boleh la bawa bekalan ye. sebab mknan yg dijual agak mahal... air mineral 500ml dijual harga rm3.50... (mak aiii... tersedak makkk hahahahh)
  3. bawa payung jika sampai tengahari.. cuaca sekarang agak panas... kalau datang petang risau hujan so boleh standby payung ye kawan2 supaya kembara ke zoo tak terbantut.. hihi
sekiannn...
with love,,
mama eija


18 comments:

  1. Replies
    1. best bw budak kecik hihi... lgi kalu yg byk mulut tu... bertanya smpai tak da jwpn nak bg.. haha

      Delete
  2. Zoo Negara tempat baik dikunjungi buat anak-anak macam anak Eija tu.
    Kakak rasa dah berbelas tahun kakak tak jejak sana tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelahh kakzakie... dulu pnh ajak hubby pegi tp dia ckp tggu ank pndai jln dan ckp sikit2 baru dia seronok... dah knl binatang sikit2... mmg tak menghampakan ke zoo kali nie... ekeke

      Delete
  3. Masa anak kecik2 ni la kena pergi zoo. Bila dah besar, tak nak nyer diorang. Hilang macholah kononnya...

    Oh, salam perkenalan kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... dah besar nak ke tempat org2 besar ye dak... demand !

      Delete
  4. Salam Eija! kali terakhir saya dan anak-anak melawat zoo tahun 1996. Masa tu tiket murah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam... iyer sweetie skang ni semua mahal... eija tak tgk panda feng yi fu wa.. nk msuk rm 50 seorg dewasa.. tak kuasa lah.. hahaha.. tgk jela kat tv.. hihi

      Delete
  5. Anak2 sy pun suka pegi zoo...
    Boleh tahan harga tiket skrang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela... eija pun bwk anak kenal haiwan... tak pernah kesini lps dia lahir hihi dah nak 3 tahun pun.. seronok bkn main.. tiket blh thn,, mknan kat dalam tak boleh tahan.. ngee :)

      Delete
  6. Assalamualaikum Miz..
    thanks singgah blog.
    Kali terakhir saya dtg sini kira2 10 tahun dulu rasa2nya.
    Masa tu kalau tak silap.. kena naik trak utk turun dari satu lokasi
    ke satu lokasi. Skrg mcm tu lg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam MM... wow lama nya 10tahun hihi.. byk sgt dah berubah... dah mkin cntik.. upgrade sokmo.. fee pun upgrade haha

      Delete
  7. akak pernah pergi zoo masa zaman sekolah dulu2 heheh..dah berpuluh tahun dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela... kita dah dewasa ni xmo sgt nak tgk binatang gini pnt jln hehehe... budak2 seronok sgt la kan

      Delete
  8. Mmg lama sangat tak pergi zoo... Agaknya binatang yg dulu kecik pun dah tua hihi....
    Dengar kata tiket sekarang mahal yeh Eija... betul ke Eija? Tak tengok Panda ke?

    ReplyDelete
  9. nk juga pegi ke sana tapi bila tgk harga tiket terus cancel

    ReplyDelete
  10. Zoo mmg pilihan terbaik utk bawak anak kecik..budak biasanya mmg sukakan haiwan.tp tulah kan nak menawaf, perlukan kesabaran tinggi juga kalau anak buat perangai mintak dukung.huhu

    ReplyDelete
  11. Zoo mmg pilihan terbaik utk bawak anak kecik..budak biasanya mmg sukakan haiwan.tp tulah kan nak menawaf, perlukan kesabaran tinggi juga kalau anak buat perangai mintak dukung.huhu

    ReplyDelete