Friday, May 15, 2015

Nasihat Buat Kaum Hawa

Salam jumaat penghulu segala hari...

Satu perkongsian seorang rakan di grup wassap buat eija dan kaum hawa yang lain :)


  • Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan terseksa diakhirat
  • Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. kahwinlah dengan lelaki yang soleh yang boleh membimbing ke jannah
  • Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.
  • Haram seorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.
  • Wanita yang solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita
  • Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah di mata memandang tapi sukar disentuh
  • Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga
  • Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah
  • Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya
  • Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada
  • Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah
  • Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya adalah jihad
  • Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.
  • Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin
  • Wanita solehah adalah lebih mahal nilainya daripada lelaki soleh sebab wanita yang solehah sukar ditemui
  • Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga
Semoga beri manfaat untuk kita semua... ^_^

5 comments:

  1. Jadikan renungan kita bersama
    Banyak memberi manfaat.

    ReplyDelete
  2. subhanallah...perkongsian yg bermanfaat,,,sebagai peringatan buat sis JM juga

    ReplyDelete
  3. semoga kita jadikan renungan bersama

    ReplyDelete
  4. Nice...harus ku sampaikan kpd org umah ni...

    ReplyDelete