Thursday, January 29, 2015

Cerita Kerepek Pisang

Assalamualaikum & selamat petang readers.....

Sedapnya petang-petang kat ofis layan kudap-kudapan.. sekarang ni asyik nak menguyah je selagi ada benda yang boleh ngap.. hehehe buruk benor perangai -,-

okey petang nie kerepek pisang sebagai kudapan pilihan


Tak tau pulak kerepek pisang ni di buat dari pisang apa... makan je tau hihi sedap sangat! harga pun ok la.. rm2 sebungkus ni.. sambar kat kedai makan time lunch tadi.. ^__^

sekian :)

Beratnya lah

pinjam gambar en google..
Assalamualaikum rakan-rakan alam maya semoga kalian sihat la ye... lama nya tak berblog.. ikut mood sekarang.. rasa nak berblog buka rasa tak mau jenguk je kejap2.. mungkin sebab pembawakan baby ke?? tak juga kan... alasan je semua tu ekekeke.... Alhamdullillah follower semakin bertambah moga sy terus bersemangat nak berblogging kali nie... doa kan terbaik buat sy ye uollss T_T

tunggu sy jalan-jalan kat blog uolss yea...

Babai... :)

Thursday, January 22, 2015

Sarang semut untuk imanina

Assalamualaikum bloggers....

Malam semalam terlebih rajin sebab boleh siapkan 1 jenis biskut sarang semut... selalunya musim perayaan je dapat jumpa biskut macam ni kan..

Ada cerita disebalik sarang semut ni,, huhu... sebenarnya imanina suka sangat tengok cerita upin ipin sehinggakan apa yang mereka makan imanina meminta-minta dari mama. alahai anak T_T... episod 'kuih untuk opah' menjadi pujaan hati nya... hari2 ulang episod tu.. huhuhu..

Dalam cerita upin ipin episod "kuih untuk opah" sebenar mereka buat kuih samperit tapi mama xder acuan samperit so doh tu mama sagat je jadi biskut sarang semut... hihi kreatif tak?? haha

semut warna warni ;)
senang je rupanya buat biskut nie.. mama dapatkan resepi ni dari kawan masa sekolah dulu dah lama dia bagi tapi tak buat-buat je... peram! hihi

boleh cuba siapa berminat :

250g marjerin/butter
100g gula kastor
1bj kuning telur
350g tepung gandum
100g tepung jagung
** kedua-dua tepung ni diayak
sedikit esen vanila - mama tambah

coklat rice untik hiasan

##bakar suhu 180 selama 15-20minit @ hingga masak... siap :)




Wednesday, January 21, 2015

WW #4 : Selamat Pengantin Baru My Cazen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera readers....

Semoga Berbahagia hingga ke Syurga
Dapat jemputan kenduri kahwin sepupu minggu sudah di kg melayu sri kundang, sungai buloh.. sepupu mama pengantin laki. Alhamdulillah ada juga kesempatan ke majlis mereka even terlambat sampai.

Terima kasih sudi jemput kami sekeluarga :) Semoga kalian cepat timang cahaya mata dan berbahagia hingga ke akhir hayat...

Monday, January 19, 2015

Kembara Ke Zoo Negara

Assalamualaikum & salam sejahtera readers....

Cerita semalam, berhujung minggu di Zoo Negara.. plan last minute en husband mama follow jer hihi bawa imanina jalan-jalan kenal haiwan selalunya tengak kat tv dan kat you tube je kan.. bukan main excited lagi dia bila nampak gajah batu kat pintu masuk zoo.. almaklum la 1st time bawa dia pergi tempat macam ni.

destinasi percutian yang pertama dalam tahun 2015.. hihi Zoo Negara... tak berapa jauh dari rumah... dalam 30 minit je kot.

Selamat Datang :)
en hubby yg rajin beratur.. mama dan imanina tunggu kat kerusi yg disediakan kumpul tenaga nak berjalan jap lg. haha

harga setiap kategori berbeza ye... rujuk jadual kat atas hihi

psst.... nk masuk tengok feng yi dan fu wa harga lain yea... mama tak beli pun tiket nak tengok mereka... lain kali lah hehe

meh nak tempek gambar sikit.. haha



orang utan borneo

cheetah.. aummmmm

terjumpa kwn en hubby... peace yoww!


camel padang pasir celup.. hihi


sikit tips dr mama jika nak ke zoo.

  1. Jangan lupa bawa mykad atau mykid ye... time nak beli tiket, mereka kat kaunter tiket mmg perlukan mykad tadi.
  2. bawa bekalan air secukupnya... atau kudap2an... kiosk atau gerai agak jauh antara satu sama lain... lagi satu mgkin bg mereka nak berbudjet2 tu boleh la bawa bekalan ye. sebab mknan yg dijual agak mahal... air mineral 500ml dijual harga rm3.50... (mak aiii... tersedak makkk hahahahh)
  3. bawa payung jika sampai tengahari.. cuaca sekarang agak panas... kalau datang petang risau hujan so boleh standby payung ye kawan2 supaya kembara ke zoo tak terbantut.. hihi
sekiannn...
with love,,
mama eija


Sunday, January 11, 2015

Selamat Berhujung Minggu :)


Assalamualaikum... selamat berhujung minggu semua.. Alhamdulillah selamat sampai ke kampung halaman.. nyaman nya udara kat kampung.. ^^ lepas habis kerja petang semalam trus pecut ke pahang, esok dah mula kerja.. walau sekejap tapi bermakna boleh lepaskan rindu masakan mak kat kampung hihi (patutnya masakkan utk mak, ni mak pulak masakkan utk kita..huhu)

Sepanjang perjalanan balik kampung kesan2 banjir ada lagi masyaAllah kesian mangsa banjir tapi apakan daya ujian Allah buat hamba2nya.. bantuan dr kerajaan dan badan NGO masih belum putus.. syukur moga sedikit sebanyak dpt meringankan mereka.. T_T

Love,
Mama eija

Friday, January 9, 2015

#Peringatan



Assalamualaikum & Salam Jumaat... peringatan untuk saya & juga kaum hawa yang lain..