Saturday, October 17, 2015

Selamat Berhujung Minggu ^___^

assalamualaikum blogger,,,

alhamdulillah masih bekesempatan jenguk blog.. lama nya bercuti dari berblog atas sebab2 tertentu... actually rindu sebenarnya nak terjah blog korang hihi.. tunggu yaaa...

nah belanja satu gambar newborn kiter.. diam tak diam da hampir tiga bulan

Nur Irdina Batrisyia Binti Zaril Hafiz.. 75days old :)

Wednesday, August 26, 2015

WW #11: Set Pantang Pilihan No. 1 Wanita

Trend terkini...
Berpantang dengan Shaklee
Sihat, cergas & berseni


Sid pilihan anda
Mama eija
Wssap/call 0199086965

Monday, August 24, 2015

Chicken Pox dalam pantang

Salam Isnin..

Alhamdulillah.. Nikmatnya kalau badan sihatkan.. Hampir seminggu eija terbaring dek kerana demam melanda. Dah tua tua pun kena chicken pox.. Memang dugaan apetah lagi dalam pantang.

Bila chicken pox, ramai yang amalkan minum air kelapa supaya bintik merah serta gelembung air tu cepat keluar dan cepat kebah demam nya tapi berbeza pulak dgn eija yang kena ketika dalam pantang air kelapa memang tak boleh minum bisa kata org2 tua..

Mil buatkan eija sup ayam.. Keesoknya byk jugak la dia membiak.. Lagi2 tang muka. Tak sanggup rasanya.. Allah saja tau perasaan eija ketika tu.. Nak nak pulak tak boleh nak dekat dengan baby apatah lagi nak susukan dia.. Ya Allah stressnya T_T..

Selain makan sup ayam, eija guna juga rawatan tradisional mandi dengan air daun semambu. Dua kali ja mandi dengan air ni huhu.. Tak suka benda leceh2 ni.. Suka hak short cut ja hihi... Bak kata husband ikhtiar tak nak nak cepat sembuh jaa.. Hahaaa lagi satu ada sesetengah orang guna daun ni untuk buat lapik tidur untuk kurangkan rasa gatal.

Nak makan ubat klinik tak boleh kata nya... Ada setengah org kata boleh.. Pening *_*!! Ikut aja lah yang kata tak boleh hihi.. Tapi eija ambik supplement kehkehkehh...

1. Garlic compleks - nature antibiotik
2. Vitamin c
3. Bcompleks
4. Vitalea (multivitamin)
5. ESP - protein,
6. Krim Herbal Blend (eija sapu pada bintik yang dah kering)

Alhamdulillah... Dengan usaha2 kat atas ni serta doa dapat kurangkan demam chicken pox.. Bintik2 pun cepat kering.. Yang best skali parut cepat pudar :) syukurrrr..

Friday, August 21, 2015

6 kelebihan surah al-fatihah

Salam jumaat..

Alhamdulillah.. Masih diberikan nikmat kesihatan yang baik.. Hari ni eija nak kongsikan 6 kelebihan surah al-fatihah yang kita mesti tahu.. Sebenarnya banyak lagi kelebihan surah ini jika kita amalkan pada bila2 masa bukan sekadar dalam solat sahaja.


1. Merawat masalah sakit kepala/sakit yang berkaitan dengan otak: baca surah al-fatihah 7kali sambil mengusap kepala orang yang sakit tersebut. Lakukan sekali sebelah pagi dan sekali sebelah malam hari.

2. Mengurangkan kesakitan yang melampau: baca surah al-fatihah tiga kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut. Baca juga al-fatihah sambil mengusap di tempat yang berasa sakit tersebut.

3. Mengubati sakit kritikal: baca surah al-fatihah 41 kali dan tiup pada air kemudian minum dan mandi menggunakan air tersebut.

4. Agar suami/isteri dan anak-anak sentiasa ingat dan kasih pada anda: bacalah surah al-fatihah 14 kali sebelum tidur

5. Menghentikan bayi/anak kecil yang sedang menangis (sama ada menangis di tengah malam atau paa bila-bila masa sekalipun): baca surah al-fatihah 7 kali sambil mengusap kepalanya.

6. Merawat luka kecil contohnya luka t
terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tidak berhenti, dan sebagainya: baca surah al-fatihah tiga atau tujuh kali, kemudian gunakan ibu jari ambil sedikit air liur ari lelangit dan gosokkan pada kawasan yang terluka..

Sumber: majalah wanita januari 2014

Love,
Mama eija

Monday, August 3, 2015

Anugerah Allah

Salam isnin..

Selamat berkerja untuk semua yang bekerja dan selamat menjalankan tugas dirumah bg surirumah... ^_^

Alhamdulillah.. Eija selamat melahirkan puteri kedua pada 30 julai lalu... Anugerah Allah yang tak ternilai.. Moga diberi kekuatan mendidik dan menjaga sebaiknya.. Terima kasih Allah telah memudahkan proses bersalin.

5 hours after deliver
Nur Irdina Batrisyia Binti Zaril Hafiz - day 3 ;)
Baby girl selamat dilahirkan tepat jam 3.09 pagi seberat 3.7kg di hospital sultan haji ahmad shah, temerloh pahang.. :)


Tuesday, July 28, 2015

Minyak Kelapa Dara bantu memudahkan proses bersalin

Alhamdulillah, masih diberikan nikmat kesihatan baik disaat ni.. Eija da start cuti minggu ni, get ready untuk deliver 2nd baby.. Harap dipermudahkan olehNya :)

Preggy kali ni terbuka hati nak cuba minyak kelapa dara sebagai ikhtiar bg memudahkan proses bersalin. Even sebelum ni bersalin anak 1st tak la susah yang disangka tapi harap kali ni lebih mudah lagi hihi... Tapi sakit bersalin tetap sama rasanya oleh insan yg bergelar ibu :)


minyak kelapa dara aka vco yang eija tgh consume sekarang.. Harga pun murah rm50 untuk ahli..  Harga bukan ahli rm70 je tetapi dengan rm70 ni terus boleh register as member jika nak.. Sebenarnya eija tertarik nak cuba vco ni dek kerana testimoni dari SIL eija sendiri.. SIL lahirkan baby seberat 3.37kg tanpa koyak dan tanpa jahitan seurat benang pun.. Wah bestnya kann... Tak salah kita usaha, ikhtiar dan selebihnya kita berdoa minta bantuan dr Allah. Banyak lagi testimoni lain yang eija terjumpa selain dr SIL sendiri. Ibu hamil kat luar sana teringin nak cuba tak?? Lagi satu teknik meneran ketika proses bersalin juga perlu dititikberatkan juga yer..

Minyak kelapa dara ni bukan sahaja sesuai untuk ibu hamil malah untuk semua orang dan semua peringkat umur termasuklah
bayi.  Cuma cara pengambilannya sahaja berbeza.

Antara manfaat minyak kelapa dara selain memudahkan proses bersalin ialah:

1. Kurangkan risiko tekan darah tinggi semasa hamil
2. Bertindak sebagai pelincir semasa proses kelahiran bayi
3. Kurangkan sembelit dan buasir krn vco bantu memperbaiki sistem pencernaan dan penghadaman
4. Legakan PMS
5. Tingkatkan kesuburan
6. Bantu kurangkan bantuk dan selesema
7. Bantu turunkan suhu demam [eija pernah cuba untuk imanina.. Alhamdulillah memang okay.. So tiada lagi paracetamol :) ]
8. Lindungi dr sel kanser
9. Stabilkan gula dalam darah bg pesakit diabetes
10. Bantu kurangkan rambut gugur dan kelemumur

Dan byk lagiii... Testimoni terbaik adalah diri sendiri... Selamat mencubaaa :)

InsyaAllah semuanya datang dari Allah tetapi kita seharusnya berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan sesuatu perkara yang lebih baik..

With love,
Mama Imanina

Aidilfitri 2015

Assalamualaikum bloggers... Harap belum terlambat untuk eija ucapkan selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin :)

Tahun ni eija turn beraya rumah mertua.. Hihi tema baju tahun ni adalah kuning.. Kuning diraja ^_^











Wednesday, July 1, 2015

WW #10: Welcome July

Welcome July ^_^.... ada gud news buat kita semua rakyat Malaysia. Thank You PM :) love uuu...

Bila Mood Memasak Datang

Salam 14 Ramadhan ....

Alhamdulillah.. masih diberikan kekuatan untuk berpuasa.

Masuk je bulan ramadhan 18 jun lalu hingga ke ramadhan ke 12 asyik ke bazar je cari lauk pauk dan kuih muih.. Meriah sungguh menu kat bazar rasa nak memasak jauh sekali dek kerana balik kerja dah penat kan tambahan pula sedang memboyot (alasan cukup mau hihihi....)

Tapi minggu ni alhamdulillah berjaya menghalang kaki ke bazar hahahaaa... agaknya dah bosan kot dan rindu nak makan masakan sendiri.. okay ni alkisah isnin balik kerja pukul 5 terus bergegas ke dapur kecil ku... dapat siapkan dua menu yang berbeza untuk santapan eija sekeluarga

taraaa..... simple but nice

Bihun sup mama eija :)

sagu berkuah susu...
Puas hati dapat makan masakan sendiri.. ^_^ yang paling best komen dari anak dara eija " sedapnya...pandai mama masak" hahaha.... yelah imanina :)

ini budak suka ambik hati mama... hihi. gambar ni pun dia minta eija snap kan
Love,
Mama eija




Thursday, June 18, 2015

Salam 1 Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Khamis                                    
1 Ramadhan 1436H,
18 Jun 2015.                                  
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah di hari pertama bulan Ramadan ini jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah, terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

Ya Allah tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.

Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

Ya Allah sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya Allah jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada dan janganlah kami risau dengan apa yang bukan milik kami.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Thursday, June 11, 2015

5 Tips Ibu Hamil Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Salam khamis...

Tak lama lagi kita akan menjalankan ibadah puasa.. Dah bersedia ke semua? Even sekarang pun ramai yang sedang gigih mengganti puasa yang lalu dan ada juga yang berpuasa sunat..


Alhamdulillah tahun ni kali kedua eija berpuasa dengan keadaan perut memboyot 30 weeks +++ hihi...  jika anak  1st dulu berpuasa ketika kandungan eija 20weeks ++.. So untuk prggy kali ni mcm rasa agak mencabar sikit sebab umur kandungan meningkat even hari biasa pun dah terasa nak makan je kan apatah lagi jika berpuasa. Kaum ibu yang lain semestinya risau badan mereka akan terus lemah dan kurang bertenaga jika mereka terus berpuasa terutama mereka yang sarat hamil dan perasaan yang sama buat ibu yang sedang menyusukan anak secara eksklusif.

Walaubagaimanapun, para ibu hamil dan menyusu diberi kelonggaran atau rukhsah untuk tidak berpuasa, tetapi alangkah indahnya jika kita dapat meraikan ramadhan dengan berpuasa penuh.

Sedikit tips untuk eija dan ibu-ibu hamil kat luar sana agar kekal bertenaga ketika berpuasa.
  • Makanan Sunnah



* Pengambilan makanan seperti kurma dan susu kambing adalah sangat digalakkan ketika bersahur dan berbuka. Kurma mengandungi glukosa yang tinggi membantu dalam penghasilan tenga pada tubuh terutama untuk ibu hamil.
  • Kurangkan Gula

* Elakkan pengambilan gula atau makanan yang manis terlalu banyak kerana boleh membuatkan paras gula dalam darah naik dan turun secara mendadak. Boleh membuatkan kita cepat letih dan pening atau mudah pitam. Jadi elakkan makan kuih manis yang banyak dijual di bazar ramadha nanti
  • Ambil makanan berprotien

* Banyak ambil makanan yang tinggi protein kerana makanan ini boleh membekalkan tenaga lebih lama kepada kita berbanding karbohidrat. Cadangan set Mighty 3 Gems mengandungi protein tinggi dan dapat memberikan tenaga sepanjang berpuasa. InsyaAllah..
  • Fiber
* Pengambilan makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayur- sayuran dan buah-buahan kerana boleh membantu kita untuk kekal kenyang lebih lama. Selain itu, pengambilan kecakacang seperti biji labu, badam dan kacang hazel membantu melqwan keletihan otot kerana kesemua kekacang merupakan sumber magnesium.
  • Minuman

* Minum air putih (masak) sebanyak mungkin dan kurangkan pengambilan minuman berkafein kerana kafein merangsang kita untuk kerap buang air. Secara tidak lansung badan kita dehidrasi (kurang air).

* Eija sendiri pun sebenarnya kurang minat minum air putih ni tapi disebabkan sebelum ni on BF kan imanina so paksa diri jadi minat. Ibu menyusukan anak memang kena minum air putih supaya tak der gangguan pengeluaran susu dan badan tak cepat letih. Alhamdulillah.. I try and i did it :)

Eija nak kongsikan satu video yang dikongsikan oleh Puan Haridah tentang pengalaman beliau bertenaga sepanjang puasa walaupun sarat hamil.. Alhamdulillah semuanya dengan Izin Allah Jua pastinya kita seharusnya berusaha terlebih dahulu :)

<

Jika anda ingin bertenaga dan cergas sepanjang hari walaupun berpuasa, boleh berhubungi eija. InsyaAllah eija akan bandu anda dan memberi konsultasi berterusan secara PERCUMA.





Wednesday, June 10, 2015

WW #9 : Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Nur Zara Sofia

Salam rabu..

Majlis ni buat kat rumah mak eija tempoh hari.... seronok juga lama tak gotong royong memasak di bantu makcik-makcik jiran tetangga

tu diaa... watak utama majlis

lena sungguh time majlis berjalan


menu yang dihidangkan hari majlis
satu jenis kuih sahaja :)

keluarga kecil nur zara sofia
keluarga sebelah SIL eija
wakil family eija hehe... yang lain dah kepenatan




Tuesday, June 9, 2015

Bestnya Performance Drink

Salam selasa ^_^

Selama ni asyik terbaca testimoni orang ja mengenai minuman isotonik Performance Drink ni.. Kali ni rasa nak cuba sendiri dan rasakan perbezaan nya hihi... Klik SINI untuk info mengenai Performance Drink

Minuman isotonik Performance Drink pilihan ramai

Alhamdulillah.. Memang sedap.. Sebenarnya eija bukan la peminat tegar minuman isotonik sejak jadi mak budak. Lagi satu mungkin minuman isotonik kat luar sana agak manis dan berkarbonat mungkin penyebab kurang minat tapi bila cuba Performance Drink Shaklee ni huh!! Memang luar biasa.. Kehkeh... Cuba la.. Testimoni terbaik adalah diri sendiri.. Harga pun tak mahal rm82.50. Nak lebih jimat join ahli, boleh beli dengan harga ahli siap dapat free Vitalea (Multivitamin) yang bernilai RM88.75..

Lepas ni boleh suggest kat ayah eija.. Haha Ayah memang suka minum 100plus so boleh tukar kepada minuman sihat Performance Drink ni yang sememangnya bebas karbonat dan kurang gula. ^_^

Macam mana nak dapat? okay boleh terus call atau wassap eija di 0199086965 :)

Monday, June 8, 2015

Happy Weekend :)

Salam ahad semua...

Alhamdulillah berpeluang keluar dari kepompong dihari minggu.. Pilihan lokasi di ecurve, mutiara damansara..


Masuk je dalam mall terus nampak booth barangan doraemon... Imanina terus berlari dan belek2 si doraemon ni... Hihi tak lama pun kat booth ni terus ke Dip n Dip tingkat 1..
2nd time ke sini.. Anak tekak ni selera nk makan coklat pula kann..

Menu mmg wajib ada pada si comelnya ni
Pilihan en husb.. Lupa nama nya...
Dip n dip waffle untuk mak buyong ;)

Selfie sikit bila perut da kenyang


Saturday, June 6, 2015

Syafakallah Cintaku

Salam hujung minggu semua..

Alhamdulillah.. Minggu ni sabtu cuti selalu eija keje halfday.. Plan nak ke cherating join family day ofis FIL eija tp tercancel last minute sebab family day tu jumaat dan sabtu je dua hari satu malam.. Kalu nak g pun lepas habis keje la petang jumaat tu lps tu sabtu dah balik mcm penat kan badan jer... So cancel laa.. Jalan2 kat KL jela..

Tuptup... Jumaat malam en husb kata perutnya memulas tak boleh tdo tapi tak ceri-beri jz muntah2.. Kesiannya... Syafakallah sayang.


Pagi-pagi lagi dah start ulang alik ke toilet T_T..  Muntah dan ceri-beri sama naik.. Sehingga makanan tak boleh masuk langsung.. Kalu masuk sure keluar semula.. So, ambil keputusan ke klinik.. Okay doktor pun bagi hadiah ni :)


Weekend kat rumah jela ye.. Doakan cinta eija lekas sembuh ^_^ daa.. Happy holiday uollss


Thursday, June 4, 2015

Rezeki Hari Khamis

Assalamualaikum rakan-rakan alam maya eija

Alhamdulillah.... dapat makan/minum petang free hari ni sempena grand opening Restoran GH Corner bawah ofis eija.. hihi Menu yang ada kat grand opening ni akan dijual pada hari-hari perniagaan restoran ni akan datang ^_^

tempek gambar sikit kehkehkeh....

suasana di Restoran GH Corner
peneman hari2 kat opiss...

bakso jadi pilihan mak buyong :)

jamah nasi ayam sikit... ayam goreng special (secret recipe kata pemilik kedai)

cendol untuk eija + chrysanthemum  untuk kwn eija

pisang goreng cheese fav eija ^_^







Saturday, May 30, 2015

Anak Dara Mama

jarang sekali update entri tentang anak dara eija sorang ni.. Alhamdulillah hari berganti hari rasa sekejap ja masa berlalu imanina dah 2 tahun setengah.. tak lama lagi dah nak jadi kakak :)..

Selalunya kalu bawa imanina ke salon, belum lagi rambut nya digunting suara dah dengar sampai luar salon.. Kehkeh kebiasaan bagi budak kan bila nak gunting rambut ja melalak tak hengat.. Tapi kali ni berbeza imanina faham bila mama cakap..

Rambut sebelum dicantas kehkehkeh...
Actually syg nak potong rambut dia tapi imanina tak suka rambutnya diikat so ambil alternatif ke salon :)



Cantik tak rambut baru imanina?? Hihi.. Kali ni aunt boleh gunting tnpa perlu skip2.. Gambar time gunting rambutnya tak da sb time ni eija pangku kan dia.. Ayahnya kalu tak minta snap gambar memang tak la.. Huhu

Selesai sudah

Alhamdulillah... Tamat sudah kesibukan di opis untuk minggu ni :)...

Actually tiap kali dapat kerja thru bank memang kelam kabut sikit dek kerana masa yang diberikan adalah sangat singkat untuk marketing, prepare document etc.. Lagi mungkin sebab staff kurang kut kehkeh...  Compare kerja yang diberi oleh court dan land ofis lebih punya banyak masa..

Karnival lelongan berlangsung di ofis hari khamis baru ni.. Ramai pembida2 datang seronok menjadi penonton hehe... Nak beli tak berkemampuan lagi.. Mostly mereka yg masuk biding ni adalah untuk buat invest..

Tiap kali ada karnival lelongan ofis akan sediakan makanan ringan untuk staff dan pembida yang berjaya... Kali ni menu yg disediakan Simple ja tapi sedap yang penting tak membazir :)




Kali ni semua oder je... Selalu request masakan bibik bos jer sb mskkan dia ada yang weolls suka hihi.. Tak ambil pulak gambar time lelong dijalankan.. So belanja gambar staff ofis jela :)


Arena Auctioneers staff ^^,
1st time bos ajak selfie... Hihi... Bos nmpk muda dr weollss haha...