Thursday, June 11, 2015

5 Tips Ibu Hamil Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa

Salam khamis...

Tak lama lagi kita akan menjalankan ibadah puasa.. Dah bersedia ke semua? Even sekarang pun ramai yang sedang gigih mengganti puasa yang lalu dan ada juga yang berpuasa sunat..


Alhamdulillah tahun ni kali kedua eija berpuasa dengan keadaan perut memboyot 30 weeks +++ hihi...  jika anak  1st dulu berpuasa ketika kandungan eija 20weeks ++.. So untuk prggy kali ni mcm rasa agak mencabar sikit sebab umur kandungan meningkat even hari biasa pun dah terasa nak makan je kan apatah lagi jika berpuasa. Kaum ibu yang lain semestinya risau badan mereka akan terus lemah dan kurang bertenaga jika mereka terus berpuasa terutama mereka yang sarat hamil dan perasaan yang sama buat ibu yang sedang menyusukan anak secara eksklusif.

Walaubagaimanapun, para ibu hamil dan menyusu diberi kelonggaran atau rukhsah untuk tidak berpuasa, tetapi alangkah indahnya jika kita dapat meraikan ramadhan dengan berpuasa penuh.

Sedikit tips untuk eija dan ibu-ibu hamil kat luar sana agar kekal bertenaga ketika berpuasa.
  • Makanan Sunnah



* Pengambilan makanan seperti kurma dan susu kambing adalah sangat digalakkan ketika bersahur dan berbuka. Kurma mengandungi glukosa yang tinggi membantu dalam penghasilan tenga pada tubuh terutama untuk ibu hamil.
  • Kurangkan Gula

* Elakkan pengambilan gula atau makanan yang manis terlalu banyak kerana boleh membuatkan paras gula dalam darah naik dan turun secara mendadak. Boleh membuatkan kita cepat letih dan pening atau mudah pitam. Jadi elakkan makan kuih manis yang banyak dijual di bazar ramadha nanti
  • Ambil makanan berprotien

* Banyak ambil makanan yang tinggi protein kerana makanan ini boleh membekalkan tenaga lebih lama kepada kita berbanding karbohidrat. Cadangan set Mighty 3 Gems mengandungi protein tinggi dan dapat memberikan tenaga sepanjang berpuasa. InsyaAllah..
  • Fiber
* Pengambilan makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayur- sayuran dan buah-buahan kerana boleh membantu kita untuk kekal kenyang lebih lama. Selain itu, pengambilan kecakacang seperti biji labu, badam dan kacang hazel membantu melqwan keletihan otot kerana kesemua kekacang merupakan sumber magnesium.
  • Minuman

* Minum air putih (masak) sebanyak mungkin dan kurangkan pengambilan minuman berkafein kerana kafein merangsang kita untuk kerap buang air. Secara tidak lansung badan kita dehidrasi (kurang air).

* Eija sendiri pun sebenarnya kurang minat minum air putih ni tapi disebabkan sebelum ni on BF kan imanina so paksa diri jadi minat. Ibu menyusukan anak memang kena minum air putih supaya tak der gangguan pengeluaran susu dan badan tak cepat letih. Alhamdulillah.. I try and i did it :)

Eija nak kongsikan satu video yang dikongsikan oleh Puan Haridah tentang pengalaman beliau bertenaga sepanjang puasa walaupun sarat hamil.. Alhamdulillah semuanya dengan Izin Allah Jua pastinya kita seharusnya berusaha terlebih dahulu :)

<

Jika anda ingin bertenaga dan cergas sepanjang hari walaupun berpuasa, boleh berhubungi eija. InsyaAllah eija akan bandu anda dan memberi konsultasi berterusan secara PERCUMA.





14 comments:

  1. Pengalaman saya melalui bulan ramadan masa mengandungkan anak sulung. Saya ikut semua tips ni... tapi tetap tak daya jugak berpuasa... sebab bila tengahari je badan saya jadi lemah dan menggigil... kena jugak makan walaupun sekeping biskut, lepas tu badan terus je segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii sweetie... Betul mmg rasa penat.. Pngalaman prggy anak 1st even kandungan 20weks ++ eija tak boleh puasa pnuh ada hr terpksa berbuka... Time tu eija tak knl spplement lg.. Kali ni berbeza alhamdulillah boleh ganti puasa lagi dgn kndungan 25weks hihi sharing is loving <3

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Mengandungkan kesemua anak saya...memang melalui masa bulan ramadhan. Tidak dinafikan, memang letih. Tapi, dengan adanya suplement yg cukup, in shaa Allah...ibu2 akan lebih bertenaga.
    Good info Eija. Thanks.

    ReplyDelete
  3. bestnye mengandung dlm bulan puasa..puasa penuh hehe

    ReplyDelete
  4. Petua yang bagus ni..orang biasa pun boleh ikut sama tips ni.. tiga tahun lepas saya bersalin masa bulan puasa.. tengah2 bulan, mujur lah juga.. taklah banyak sangat menganti puasa yang ditinggalkan..

    ReplyDelete
  5. puasa masa mengandung n menyusu anak lebih kurang je cabarannya. Alhamdulillah dpt lalui dengan baik..yg penting nkn n minum dengan banyak.hehe klu sesetengah org tak mampu tu baik buka.

    ReplyDelete
  6. minumlah jus kurma . buat sendiri atau beli yg ada di pasaran pun boleh . insha Allah akan bertenaga sampai petang . saya dah lakukannya ...

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing. hehe.. selamat berpuasa ye. :)

    ReplyDelete
  8. Pglmn yg x smua org dpt rasai tu sis

    ReplyDelete
  9. as salam mama eija...
    tq cz sudi k blog mama asya..
    sori bru smpat kunjung bls ni...

    pnduan y bgus buat ibu2 mgndung...

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian tip2 ini..akan dipraktikkan..ramadhan kali ni saya mengandung nak masuk 7 bulan..semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. masa mengandung hari tu kak atie pun puasa..cuma mcm tak penuh..
    TQ atas tips2 tu sis.. insyaAllah boleh diguna pkai.. :)

    ReplyDelete