Tuesday, March 3, 2015

Menu Lunch Istimewa

Assalamualaikum readers... mesti dah kenyang semua kan :)

nasi ayam 
menu lunch iolss hari ni.. sedap sgt.. nak nak lagi nasi ayam ni orang yang belanja bertambah sedap la kan.. so sangat istimewa buat iolss ^_^… selalunya hari2 mesti lunch dgn en hubs tapi hari ni mcm mls nak keluar turun panjat tangga ofis.. dan kebetulan mereka2 ni keluar rehat awal (selalunya tiba je waktu lunch aku org first keluar.. hihi) boleh la kirim utk tapau .. bila di beri duit tak nak pula... hihu mentang2 gaji dah masuk kan..

rojak buah
nasi ayam disulamkan dgn rojak buah... masuk ke?? haha.. iolss telan je janji sedap hehe...

alhamdulillah rezeki nama nya nie.. mudah2an orang yg belanja ni pun dimurahkan rezeki hendaknya.. happy lunch uolss :)

Monday, March 2, 2015

Selamat Datang Mac


Alhamdulillah.. masih diberikan kesempatan masuk bulan ketiga tahun 2015.. sekejap sangat masa berlalu. mudah-mudah di bulan baru akan mencipta satu kenangan indah buat kita semua dan mendatangkan seribu satu sinaran bahagia... insyaAllah :)


Friday, February 27, 2015

Durian Crepe

cuaca panas sekarang ni buat tekak nak telan benda sejuk2 je.. nikmatnya kalu dapat basahkan tekak ni ye kan.. kebetulan time lunch td ternampak durian crepe.. nah belanja gambar sikit




rembat satu pack ada dua ketui nak rasa dulu kalu sedap boleh beli lagii... skali ngappp!!! mmg sedap uollsss... tak cukup hahaha... teruk betul kan.. sedap sangat makan time panas2  mcm ni... pnh buat tak jadi kulit senipis ni... sape2 ada resepi buat durian crepe pliss share dgn mak buyong  hihihi... feveret ni :)



Bestnya Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum & Salam Jumaat readers....

Sedikit info kesihatan yang iols nak share iaitu mengenai Ostematrix Shaklee. Ostematrix ialah kalsium. Kalsium sinonim untuk kebaikan tulang hakikatnya kalsium berperanan jauh lebih bukan sekadar untuk tulang. Pelbagai manfaat yang kita semua tak nampak,, mari iols kupas satu per satu hewheww..


Manfaat Utama Ostematrix
  • Menguatkan Tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, keragka gigi dan sistem saraf. Pengambilan kalsium secara konsistan boleh hindarkan dari masalah tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur boleh mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
  • Meringankan Stress
Pengambilan kalsium secara konsistan dapat mengimbangkan tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki denyutan jantung, mengurangkan depresi dan mood swing. sangat sesuai buat mereka yang sering sakit kepala atau sering dilanda migrain.
  • Memperbaiki Masalah Haid
Kajian menunjukan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium noleh meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian Tubuh
kalsium adalah mineral alkali dan berkesan memastikan imbangan PH tubuh serta menghalang obesiti di waktu umur meningkat. Kalsium juga membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  • Vitamin D
Ostematrix shaklee juga dikenali sebagai vitamin D dapat hindarkan penyakit ricket dan meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal. selain itu, kajian mendapati golongan yang mengambil makanan yang kaya dengan vitamin D mampu turunkan tekanan darah.



  • Magnesium 
magnesium merupakan antara ion positif yang penting di dalam tubuh kita untuk menggalakkan komposisi tulang dan rawan. membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan oto, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan formasi batu karang atau batu hempedu.
  • Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum
memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang dan menghalang arthritis

ostematrix bukan sekadar kalsium :)
Harga pasaran Rm61.00 (120biji) Dapatkan segera dengan harga promosi di bulan ini sahaja atau Beli 6 percuma 1.. ^_^ Harga lebih jimat jika anda mendaftar sebagai ahli shaklee dengan hanya RM75 keahlian seumur hidup... Happy Shopping uolss

Hotline : 0199086965 eija
Facebook : Eija Ismail
Facebook Page : SZI Shoppe
Boleh juga oder melalui email mizeija91@gmail.com






Thursday, February 26, 2015

Bila Mood Rajin Hilang

Assalamualaikum readers....

alkisah menu dinner hari ni tiba2 tekak mak buyong nak pekena pulut durian.. malas masak kekdahnya hihi ataupun mungkin juga nak tukar selera ye dak..

tak pernah pula jumpa menu pulut durian area subang bestari ni terus mencari ke paya jaras dpt info dr rakan en hubby ada satu kedai mkn ni mmg selalu ada tapi utk malam ni xde rezeki mak buyong T_T.. ada pulut mangga je kata tuan kedai.. kehkeh.. xpela xkisah pun kalu xde tapi en hubby nak juga mencari.. huhu terharuu T_T hikhik

sedapnya....

dah hbis tawaf kedai makan sekitar paya jaras mmg tak nampak kelibat durian pun. sudahnya ini jadi pilihan pengganti pulut durian... char kuey teow ni pun dah sedap sgt hihi... pasti lena tidur malam ku hahaha...

sekiannn ^_^

Wednesday, February 25, 2015

WW #6 : Sesekali ambik tempahan



Tempahan untuk majlis cukur jambul sabtu lalu... dah lama tinggalkan keje2 membuat kuih.. sesekali ada permintaan iols buat juga... hihi.. weekend je selalunya iols ambik tempahan, weekdays so sorry hehehe.. mereka yang tinggal sekitar subang bestari & subang perdana kalu nak tempah boleh la atau nak cuba buat boleh dapatkan resepi kat SINI kalu nak ^__^ senang sangat!

Tuesday, February 24, 2015

Bila Selera Mat Saleh Datang

Assalamualaikum readers....

Lama nya blog iolls bercuti ye kan hihi.. harapnya sihat-sihat semua.. Cuti CNY baru ni balik kampung almaklum la nak cuti pun harapkan yang national cuti punya jela. iolss bukan cikgu nak ikut setiap cuti sekolah :)

Okeyy.. berbalik pada tajuk entri, alhamdulillah perut semakin memboyot hihi selera pun makin mengada-ngada kan nasib ada en hubby yang memahami. Preggy kali ni sangat berbeza berbanding preggy imanina dulu. Kali ni request kat en hubby ke pizza hut rasa nak makan pasta, alhamdulillah dapat pun ^_^ benda yang senang nak cari takpe hewww

Creamy mushroom chicken fettuccine untuk mak yong *_*

Tempura praw garlic rice
Weehuu... En hubby nie kat mana2 mesti dia cari nasi... perut mmg terima nasi jer hihi kalu dah dapat nasi xpe dah nak sulamkan dgn menu lain pun

menu untuk imanina cute.. :)


menu untuk imanina kids meal ada aiskrim, mini pizza dan soya + fries ... sudahnya aiskrim dulu dia ngap.. 


Sesekali kita layan selera mat saleh kannn... apa salahnya