Thursday, November 6, 2014

KERTAS SOALAN PERIKSA


Kreatif kan?? hihi... kad jemputan versi kertas soalan upsr. jadi viral pulak disebabkan kertas peperiksaan bocor bulan lalu..


idea lain dari yang lain... kalu sekali tengok macam kertas soalan, mama hampir tertipu hahaha


PROMOSI NOVEMBER : OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalamualaikum semua,,,,

Selamat datang November!! Setiap bulan baru Shaklee akan adakan satu produk promosi beli 6 percuma 1. Produk pilihan Shaklee bulan November ialah Omega Guard. Beli 6 dapat 7 suka tak?? lagi best, kalau tak nak beli 6 boleh beli 2 botol pun dapat diskaun 5%!!! Sangat Jimat... Jangan lepaskan peluang dapatkan minyak ikan no 1 dunia yang sesuai untuk anak seawal satu tahun hingga warga emas. wah... boleh borong la 6 botol terus boleh bagi anak, suami, emak, ayah, nenek dan atuk hihihi.. untuk diri sendiri jangan lupa yeee



Sebab anda perlu dapatkan Promosi November Omega Guard.

1. Omega Guard Shaklee dijamin TULEN dan gred Farmaseutikal

2. Omega Guard Shaklee pilihan terbaik berbanding jenama lain.


3. Omega Guard Shaklee dapat membantu simptom Selesema dan batuk dan boleh elakkan serangan asthma.


4. Omega Guard Shaklee boleh mengurangkan berat badan dengan membakar lemak & kurangkan buncit.. :)
5. Omega Guard Shaklee boleh mengawal tekanan darah tinggi bagi penghidap darah tinggi
6. Omega Guard Shaklee penting untuk perempuan. kenapa?? Klik SINI untuk info
7. Omega Guard Shaklee sangat sesuai untuk penghidap kencing manis,,, omega membantu mencairkan darah.

Banyak lagi kebaikan nya,, mesti cuba!!! pasti anda rasa kan kelainan

Untuk tempahan & sebarang pertanyaan produk hubungi mama 
Hotline : 0199086965 eija (prefer sms & wssap)
Shaklee iD : 910618
FB page : SZI Shoppe
Email : mizeija91@gmail.com







Wednesday, November 5, 2014

SHAKLEE : GET CLEAN WATER PITCHER

Assalamualaikum semua...

Apa khabar semua?? Khabar pagi ini dari rumah mama...

Kiri : air setelah ditapis mengguna Shaklee get clean water pitcher
MasyaAllah, tak sangup rasanya nak mandi apatah lagi nak minum dan guna untuk memasak..

Potty Training Si Dara

Asslamualaikum geng-geng blogger gojes :)....

pinkis.. ;)

Kali mama nak share pengalaman gunakan Potty Training buat si dara mama, alhamdulillah hampir berjaya... (belum berjaya sepenuhnya lagi) hihi.. Dah lama sebenarnya beli potty ni (time imanina umur 1y 5m) tapi tak dipraktiskan untuk imanina. sekali sekala je guna.

Tapi kali ni mama dah start training imanina setiap kali nampak dia nak popo cepat mama bgtau dia pergi duk kat potty, lama-lama dia sendiri kalu rasa nak terbuang cepat cari potty hahaha tapi tak berikan kepercayaan sepenuhnya lagi sebab macam belum cukup umur lagi hihi..still pakai pmpers walaupun guna potty (popo dalam pampers atas potty) boleh gitu?? ^_^....  practice make perfect orang putih cakap hahaha...

mintak imanina posing cket.. hihi
ibu-ibu ada pengalaman tak?? share dengan mama plizz..

Layankan Ajerr

31 Oktober baru ni mama join gathering Waja Club, seronok juga ye join club kereta ni..  ^_^ sejak en hubby join waja club mac lalu boleh kira berapa kali mama join event dyorang nie hahaha.. kalu ada aktiviti mama xcited juga nak turun tak la boring sangat sebab ada benda nak tonton ye dak.. kalu lepak-lepak ni mama cepat boring.

Tapi kali ni, best sebab setiap zon kL & selangor turun ,, ramainya... ada la 100 ++ buah kereta. seronok pulak mama rasa hihi.. selalunya kalu join TT biasa setiap miggu ada dalam 10 buah macam tu je. Kali ni Event sempena sambutan hari lahir bagi ahli waja yang lahir pada bulan oktober & sesi kenal-kenalan ahli waja kL & selangor .. [wow,, so big family :)]

Nak tempek gambar sikit.. xdan nak snap gmbar byk2.. duk layan si dara mama sorang ni.

en hubby kanan sekali.. bukan main lebar senyum  nya haha




minum2 kat sini
okay tu shj perkongsian mama utk hari ni... tq sudi baca ;)

Saturday, November 1, 2014

Creamy Mushroom Chicken Fettuccine

Salam sejahtera semua..

Selamat berhari minggu semua,, mama keje setiap sabtu tapi halfday je... biasa sabtu jasad je kat ofis hati kat rumah hahaha.. teruk betul kan. apa kena mengena keje dengan tajuk entry ni kan, pelik je haha.. actually nak share cerita yang dah nak hampir basi almaklum la masa tak mengizinkan. selalunya buka blog intai-intai je tak sempat nak komen. jangan risau mama akan jenjalan kat blog korang kalu ada masa terluang ^_^

Kalu teringin makan pasta mama terus je ke Pizza Hut, pasta kat sini je jadi feveret ntah la kenapa.. mesti sedap la kan. Pizza Hut tak jauh dari rumah dalan 5 minit je. selalunya mama mesti oder Creamy Carbonara, tapi kali tukar menu pulak nak try Creamy Mushroom Chicken Fettuccine menu baru katanya.  Tuuu dia nama panjang bebenau kan.

Creamy Mushroom Chicken Fettuccine
Sedap korang! memang tak menghampakan hihi.. so creamyyy^_^

Garlic Bread + Mushroom Soup
Jadi salah satu menu wajib oder juga feveret encik hubby..

ice-cream untuk imanina
Hawaiian chicken
Kids Meal (1 personal pizza + ice cream + soya) untuk imanina.. tak sempat snap dia dah ngapp dulu.. hewhewhew...

Okay sekian... nanti kita story mory lagi ya.. happy reading uollss

love,
mama eija






PENIAGA ONLINE TAK JUJUR

Salam hujung minggu semua....

Tipu menipu bukan perkara asing lagi dalam dunia sekarang. Berlumba-lumba nak kaya, kaya dengan cepat tapi menindas orang lain. Kita sebagai pengguna jangan terlalu percaya sehingga kelak memakan diri.. Nauzubillah mintak jauh dari semua yang tak elok.


Besar sungguh risiko kita sebagai pengguna yang membeli barangan secara dalam talian. Memandangkan segala urusan dalam talian maka pembeli tidak mengenali siapakah yang dia sedang berurusan jual beli dan itu memberi kelebihan kepada penjual.

Terkini sepasang suami isteri telah ditipu sebanyak RM54 ribu oleh seorang individu yang kononnya menjual iPhone 6 secara online dalam laman sosial Facebook.

Bagaimanapun setelah mangsa memindahkan wang tersebut untuk membeli 21 buah iPhone 6 ke dalam akaun bank suspek sebelum suspek menghilangkan diri.

Menurut mangsa, mereka telah beberapa kali berjumpa dengan suspek dalam urusan jual beli iPhone6 pada kuantiti yang sedikit, malah ketika berjumpa suspek dikatakan enggan bergambar.

Bukan itu sahaja, merujuk kepada para komentar di laman Facebook Siakapkeli, masih ramai lagi yang telah ditipu oleh orang yang sama. Selain dari itu hasil dari carian google pada nama suspek juga menunjukkan perkara yang sama.

Luahan mangsa di Facebook

Mangsa setakat ini telah pun membuat laporan polis dan membuat perkongsian di laman sosial berkenaan penipuan tersebut. Dia juga ada berkongsikan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai suspek seperti nombor telefon dan profil Facebook agar orang ramai dapat membantunya dalam mengesan individu yang menipunya. - 

Berikut adalah maklumat suspek:

Nama: Sakinah
No Fon: 0133310812 / 0122403472


Berikut adalah komen si suami mengenai penipuan ini:


Sumber : Klik SINI