Tipu menipu bukan perkara asing lagi dalam dunia sekarang. Berlumba-lumba nak kaya, kaya dengan cepat tapi menindas orang lain. Kita sebagai pengguna jangan terlalu percaya sehingga kelak memakan diri.. Nauzubillah mintak jauh dari semua yang tak elok.
Besar sungguh risiko kita sebagai pengguna yang membeli barangan
secara dalam talian. Memandangkan segala urusan dalam talian maka pembeli tidak
mengenali siapakah yang dia sedang berurusan jual beli dan itu memberi
kelebihan kepada penjual.
Terkini sepasang suami isteri telah ditipu sebanyak RM54 ribu oleh
seorang individu yang kononnya menjual iPhone 6 secara online dalam laman
sosial Facebook.
Bagaimanapun setelah mangsa memindahkan wang tersebut untuk membeli
21 buah iPhone 6 ke dalam akaun bank suspek sebelum suspek menghilangkan diri.
Menurut mangsa, mereka telah beberapa kali berjumpa dengan suspek
dalam urusan jual beli iPhone6 pada kuantiti yang sedikit, malah ketika
berjumpa suspek dikatakan enggan bergambar.
Bukan itu sahaja, merujuk kepada para komentar di laman Facebook
Siakapkeli, masih ramai lagi yang telah ditipu oleh orang yang sama. Selain
dari itu hasil dari carian google pada nama suspek juga menunjukkan perkara
yang sama.
Luahan mangsa di Facebook
Mangsa setakat ini telah pun membuat laporan polis dan membuat
perkongsian di laman sosial berkenaan penipuan tersebut. Dia juga ada
berkongsikan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai suspek seperti nombor
telefon dan profil Facebook agar orang ramai dapat membantunya dalam mengesan
individu yang menipunya. -
Berikut adalah maklumat suspek:
Nama: Sakinah
No Fon: 0133310812 / 0122403472
Berikut adalah komen si suami mengenai penipuan ini:
Sumber : Klik SINI
Semakin cuba dikekang semakin menjadi pulak kes tipu macam ini. Mana sangka sebab dah bertemu muka tapi begini juga akhirnya.. harap cepatlah dpt ditankap mereka yg merosakkan nama ong business online yg lain..
ReplyDelete