Mama terbaca satu entri Uzu tentang tak sah solat guna telekung lycra,, betul ke??? Meskipun tak mempunyai telekung lycra tapi nak juga tau sebab pernah guna telekung jenis lycra ni, sangat selesa.. soft je kan.. warna pun banyak pilihan, cantik kan..
Seperti kita tahu syarat sah solat mestilah menutup aurat. Mama terus google cari pendapatan soheh mengenai pakaian dalam solat, tak boleh buat main benda-benda macam ni ye tak.. Alhamdulillah terjumpa padangan Ulama dari mazhab-mazhab fiqh mengenai hukum pakaian ketat dalam solat :
1. MAZHAB HANAFI
Dinyatakan di dalam kitab al-Durr al-Mukhtar dari
Mazhab Hanafi:
ولا يضر التصاقه وتشكله
Maksudnya: “Tidak mengapa (pakaian yang dipakai di dalam
solat) melekat dengan aurat dan membentuk rupa bentuk aurat.” (al-Durr
al-Mukhtar 2/84)
Ibn ‘Abidin di dalam Hasyiahnya kepada al-Durr al-Mukhtar berkata:
قوله : ولا يضر التصاقه أي : بالألية مثلا ، وعبارة شرح المنية : أما
لو كان غليظا لا يرى منه لون البشرة إلا أنه التصق بالعضو وتشكل بشكله فصار شكل
العضو مرئيا ، فينبغي أن لا يمنع جواز الصلاة ، لحصول الستر
Maksudnya: “Perkataan ولا يضر
التصاقه (tidak mengapa melekatnya) iaitulah melekat dengan daging
punggung sebagai contoh, dan perkataan di dalam Syarh al-Munyah yang
menyatakan: Adapun jika pakaian itu tebal, tidak dapat dilihat darinya warna
kulit, melainkan ia melekat dengan anggota badan dan membentuk dengan bentuk
anggota tersebut, lalu jadilah bentuk itu dapat dilihat, maka sepatutnya tidak
menjadi penghalang harusnya solat kerana telah terlaksana tutupan aurat.” (Radd
al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar oleh Muhammad Amin bin ‘Umar yang lebih
dikenali dengan Ibn ‘Abidin)
2. MAZHAB MALIKI
Di dalam kitab al-Fawakih al-Duwani dari Mazhab
Maliki dinyatakan:
ويجزئ الرجل الصَّلاة في الثوب الواحد ويشترط فيه على جهة الندب كونه
كثيفا بحيث لا يصف ولا يشفّ ، وإلا كره وكونه ساترا لجميع جسده . فإن ستر العورة
المغلظة فقط أو كان مما يصف أي يحدد العورة . . . كرهت الصلاة فيه مع الإعادة في
الوقت
Maksudnya: “Memadai seseorang lelaki solat dengan sehelai
baju, dan disyaratkan pada baju tersebut secara sunat agar dia tebal dalam
bentuk tidak mensifatkan (anggota) dan tidak nipis, jika tidak ia dikira
makruh, baju itu juga hendaklah menutup keseluruhan tubuhnya. Jika ia telah menutup
aurat yang besar sahaja, namun mensifatkan bentuk aurat, dikira makruh solat
dengan pakaian tersebut beserta diulangi solat itu jika masih berwaktu.”(al-Fawakih
al-Duwani 1/216)
Di dalam Hasyiah al-Dusuqi pula dinyatakan:
أن الصلاة في الثوب الواصف للعورة المحدد لها صحيحة ، ولكنها مكروهة
كراهة تنزيهية ، ويستحب له أن يعيد إذا كان الوقت باقياً
Maksudnya: “Solat dengan baju yang mensifatkan bentuk aurat
adalah sah, akan tetapi hukumnya makruh, makruh tanzih dan disunatkan mengulangi
solat tersebut jika waktu masih berbaki.”
3. MAZHAB AL-SYAFIE
Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam al-Majmu’:
فلو ستر اللون ووصف حجم البشرة كالركبة والألية ونحوها صحت الصلاة فيه
لوجود الستر ، وحكي الدارمي وصاحب البيان وجهاً أنه لا يصح إذا وصف الحجم ، وهو
غلط ظاهر
Maksudnya: “dan jika ia (pakaian itu) menutup warna dan
mensifatkan bentuk seperti lutut dan daging punggug dan seumpamanya, sah solat
tersebut kerana telah berlaku penutupan. Al-Darimi dan Sahib al-Bayan
menyatakan satu wajah, bahawa ianya tidak sah jika mensifatkan (menampakkan)
bentuk, pernyataan ini adalah satu kekeliruan yang jelas.” (al-Majmu’ 3/176)
4. MAZHAB HAMBALI
Ibn Qudamah berkata di dalam al-Mughniy:
وإن كان يستر لونها ويصف الخِلْقَة جازت الصلاة ، لأن هذا لا يمكن
التحرز منه
Maksudnya: “Dan sekiranya menutup warna aurat dan
mensifatkan bentuk, harus solat (dengan pakaian tersebut), kerana perkara
seperti ini tidak mungkit dapat dielak.” (al-Mughniy: 2/287)
Sumber : Klik Sini
Menurut pandangan ulama, dapat kita simpulkan bahawa pakaian dalam solat harus menutup aurat dan tidak jarang sehingga menampakkan kulit (aurat). Jadi pilih fabrik terbaik bukan sekadar mahal tetapi tujuan menutup aurat dan dapat menyempurnakan solat.
Wallahu a'lam
Wallahu a'lam
Ye betul..yang penting menutup aurat.
ReplyDeleteKalau yang cotton tu janganlah nipis sangat.