Wednesday, May 14, 2014

TESTIMONI MEAL SHAKES SHAKLEE MEMBANTU MENGATASI MASALAH ANAK SERING SEMBELIT

Adakah anak anda sering sembelit? Kesian kan bila anak-anak sembelit? Kadang-kadang tu sampai merah-merah muka and the worst case meraung-raung masa nak membuang.


APA ITU SEMBELIT?

Sembelit ialah kesukaran untuk membuang air besar atau membuang air besar yang tidak kerap dan tidak sempurna. Selalunya akan rasa masih ada lagi yang mahu dibuang tetapi payah. Kebiasaanya pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit ketika proses pembuangan dan selalu merasakan incomplete feeling of passing the stools. Simptom lain yang mungkin dialami oleh pesakit adalah kembung perut dan tidak selesa.

BAGAIMANA SEMBELIT BOLEH BERLAKU?

Sembelit boleh berlaku kerana banyak faktor. Antaranya ialah:
° Diet rendah fiber.
° Kekurangan bendalir dalam badan.
° Corak permakanan yang berubah.
° Ubat-ubatan.
° Kekurangan senaman.
° Perubahan fisiologi badan seperti penuaan dan mengandung.
° Immobility. (Contoh: pesakit kronik yang hanya duduk atas katil sepanjang masa)
° Sikap tidak endah akan pentingnya pergerakan usus sendiri.
° Penyalahgunaan ubat julap.

Kebiasaannya, bagi kanak-kanak, faktor pertama, kedua dan ketiga banyak mempengaruhi masalah sembelit yang dihadapi.
BAGAIMANA MENCEGAH DAN MERAWAT SEMBELIT?
° Diet
Tingkatkan pengambilan fiber dalam makanan (20-35 gram setiap hari). Ini boleh membantu melembutkan najis disamping menormalkan pergerakan usus. Makanan yang tinggi fiber adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Dinasihatkan supaya mengambil makanan tinggi fiber ini secaraberperingkat bagi mengelakkan kembung perut dan angin. Pengambilan fiber juga perlu disusuli dengan minum air yang banyak.

° Senaman

Senaman yang konsisten boleh mengembalikan pergerakan usus yang normal. Kalau boleh, elakkan daripada duduk yang terlalu lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki cukup untuk membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

Untuk melegakan bayi dan mencegah sembelit daripada berulang adalah dengan menggalakkan bayi lebih bergerak, misalnya dengan membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh ataupun dengan menggalakkan bayi supaya lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, jadi perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit.° Ubat-ubatan
Penggunaan julap ataupun enema tidak digalakkan untuk sembelit yang sederhana tahap keseriusannya. Julap dan enema hanya digalakkan kepada mereka yang telah mencuba dua cara di atas tetapi tiada perubahan dan tidak berkesan. Julap digunakan untuk merawat sembelit. Julap boleh didapati dalam bentuk tablet, sirap dan kapsul. Penggunaan julap yang bersesuaian haruslah mendapat nasihat dan bimbingan doktor atau ahli farmasi.

° Cegah dan rawat sembelit dengan Meal Shakes Shaklee.

BAGAIMANA MEAL SHAKES SHAKLEE MEMBANTU MENGATASI MASALAH ANAK SERING SEMBELIT?

mealshakes shaklee..

Meal Shakes Shaklee kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada usus & perut.

TESTIMONI MEAL SHAKES SHAKLEE MEMBANTU MENGATASI MASALAH ANAK SERING SEMBELIT


 Hubungi :

♥ FB Personal: Puteri Ayahbonda
♥ FB Page: SZI Shoppe
♥ Email : mizeija91@gmail.com
♥ Call/SMS/WhatsApp : 0199086965
♥ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam & Petaling Jaya



No comments:

Post a Comment