Thursday, November 6, 2014

TIPS HAMIL ANAK KEMBAR

Assalamulaikum semua,,,

Mama teringin nak baby kembar hihi... amboii demand nya kan sorang pun terhegeh-hegeh nak jaga hehehe... tergoogle plak tips nak dapat baby kembar boleh la sharing dengan sape2 yang teringin jugak tu :) [usaha+doa+tawakkal :: dapat tak dapat Allah S.W.T yang tentukan]


1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
2. Umur 
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. Berat Badan dan Ketinggian 
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet 
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.
7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. 
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
9. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
Surah As-Saaffaat Ayat 120 & Surah As-Syura ayat 50
Love,
mama eija


19 comments:

  1. family asben ada kembar..seronoknya kalau dpt kembar ni.. mmg boleh rehat terus..hehe

    ReplyDelete
  2. Tips bagus ni. Sangat-sangat bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... jum prktis tips ni ada rezeki dapat :)

      Delete
  3. Bestnya kalau dapat anak kembar. Nak plak dapat sepasang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi comel kalu sepasang... hihi tp kalu sepasang muka dyorg tak seiras kot ek

      Delete
  4. Huhu.. xnk ank kmbr.. xmmpu nk jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... itulah keinginan besar kan tapi bila dah dapat nak jaga tu belum tahu macam mana :)

      Delete
  5. Zura kalo boleh x nak kembar.. heheehhe.
    tapi kalo dh di anugerahkan kembar masih terima jugak.. hehehehe
    kalo boleh buat pilihan.. memang x akan pilih nak anak kembar. kikikiki

    ReplyDelete
  6. saya ada keturunan kembar dan ingin anak kembar ...

    ReplyDelete
  7. pil kesuburan boleh dapat anak lebih dari dua kan?? hmmm kena doa banyak2 tu...

    ReplyDelete
  8. hihi... misi mengidam anak kembar :)

    ReplyDelete
  9. Wahh teringin jugak!tapi bile dah masuk tiga ni, rasanya cukup kot..hahah..tapi infor berguna n boleh cuba buat yang berminat kan..

    ReplyDelete
  10. Bolehlah dipraktikkan bagi mereka yang ingin anak kembar...

    ReplyDelete
  11. Untuk kakak dah berlalulah Eija. Mana yg masih muda tu bolehlah cuba.
    Kakak dulu pun mengidamkan anak kembar tau..

    ReplyDelete
  12. teringin gak.... tapi lieya takde genetik kembar huhuhuhu....

    ReplyDelete
  13. No. 8 tu betul ke?
    Alamakk saya ketot 153 cm.
    Kuranglah kebarangkalian tu.
    Apepun doa pada Allah.

    ReplyDelete