Monday, March 23, 2015

Bercuti - Santuary Resort, Cherating

assalamualaikum...
alhamdulillah.. masih ada kesempatan menjenguk blog yang hampir bersawang hihi..

genap seminggu balik dr percutian di cherating bersama keluarga kelab kereta waja zon damansara selama 3 hari 2 malam.. eija sempat buat 1 entry sebelum bercuti klik masa untuk bercuti. eija memang suka update yang throwback2 ni.. hahaha

lama sangat dah merancang untuk program family day atau fun drive bersama waja club.. alhamdulillah Allah permudahan kan segala nya.. eija ambik cuti start jumaat 13 mac - 16 mac :) kata bercuti kannn... hihi

Jumaat pagi lepas je solat subuh tepat jam 6.30 pagi, en hubby terus ajak gerak utk mengelak dr jalan jem! tau2 jela area lembah klang ni tak kira pg ptg siang mlm jalan sentiasa crowded.. cemuihhh!! Perjalanan di teruskan ke rv point di Bhp selepas tol gombak sebelum konvoi beramai2..


bacaan doa sebelum memulakan perjalanan
sempat hubby i posing sementara tunggu depa yg sangkut kat tol haha
1st time eija dan hubby join konvoi ni... best jugak yer... tepat jam 8.30pagi konvoi kereta bergerak ke destinasi.. 44 buah kereta waja yg join konvoi ke cherating.. MasyaAllah banyak nya.. tepat jam 10 team waja sampai di RnR Temerloh.. Behenti rehat di RnR 1 jam... sempat la makan2 sat, posing2 kat RnR sebelum mulakan perjalanan. hehehe


a part of waja's family ^_^
Tepat jam 1.30 ptg sampai di Santuary Resort, perjalanan selama 4 jam je takde la jauh sanagat kan. sempat kaum adam siap2 ke masjid berdekatan utk menunaikan solat jumaat... masjid pun kebetulan dekat sgt dengan tempat kami menginap.. Alhamdulillah...

Santuary Resort, Cherating :)
terima kasih, sudi membaca.. sambungan di entry seterusnya!

12 comments:

  1. wahh bestnyaa!..lama dah x join konvoi hehe..anyway..singgah jln2 sini..done follow #56 ^_^

    ReplyDelete
  2. Memang seronok kalau berjalan ramai-ramai dan berkonvoi gini.

    ReplyDelete
  3. Ohhhh join club Waja yer ME.... seronoklah kan dpt gather gather sambil mengeratkan silaturrahim.
    Tak pernah sampai lagi Cherating. Lalu jer masa balik dari Terengganu beberapa tahun sudah

    ReplyDelete
  4. Seronoknya jalan2...ramai2 berkonvoi lagi...meriah..

    ReplyDelete
  5. Pernah stay kat sanctuary ni dulu. Tempat dia kalo malam2 agak spooky kan? Tapi kalo pergi ramai2 mcm ni tak sempat nak rasa seram kot.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya gathering mcm ni. Lama dh x merasa camni..

    ReplyDelete
  7. seronok kumpul reramai camni.hujan senang kan nak bercuti kumpul geng macam ni..macam best cantik je tempatnya

    ReplyDelete
  8. Seronok melancong :-)

    ReplyDelete