Friday, August 21, 2015

6 kelebihan surah al-fatihah

Salam jumaat..

Alhamdulillah.. Masih diberikan nikmat kesihatan yang baik.. Hari ni eija nak kongsikan 6 kelebihan surah al-fatihah yang kita mesti tahu.. Sebenarnya banyak lagi kelebihan surah ini jika kita amalkan pada bila2 masa bukan sekadar dalam solat sahaja.


1. Merawat masalah sakit kepala/sakit yang berkaitan dengan otak: baca surah al-fatihah 7kali sambil mengusap kepala orang yang sakit tersebut. Lakukan sekali sebelah pagi dan sekali sebelah malam hari.

2. Mengurangkan kesakitan yang melampau: baca surah al-fatihah tiga kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut. Baca juga al-fatihah sambil mengusap di tempat yang berasa sakit tersebut.

3. Mengubati sakit kritikal: baca surah al-fatihah 41 kali dan tiup pada air kemudian minum dan mandi menggunakan air tersebut.

4. Agar suami/isteri dan anak-anak sentiasa ingat dan kasih pada anda: bacalah surah al-fatihah 14 kali sebelum tidur

5. Menghentikan bayi/anak kecil yang sedang menangis (sama ada menangis di tengah malam atau paa bila-bila masa sekalipun): baca surah al-fatihah 7 kali sambil mengusap kepalanya.

6. Merawat luka kecil contohnya luka t
terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tidak berhenti, dan sebagainya: baca surah al-fatihah tiga atau tujuh kali, kemudian gunakan ibu jari ambil sedikit air liur ari lelangit dan gosokkan pada kawasan yang terluka..

Sumber: majalah wanita januari 2014

Love,
Mama eija

4 comments:

  1. byk sebenarnye kelebihan surah al-fatihah nie kan..;)

    ReplyDelete
  2. bgs info ini..heheheh..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya Eija ....bolehlah cuba ek

    ReplyDelete