Thursday, April 13, 2017

Ketam Goreng Kunyit

Assalamualaikum

Entri ni patut keluar semalam tapi tau tau jela kalu ada anak kecil ni bila dah buka lappy tak sempat mama nya nak karang satu perenggan anak nya dah duduk atas lappy huhu.. sudahnya terpaking kat draft.

Jarang-jarang jumpa ketam goreng kunyit kan.. ME sendiri pun 1st time makan ketam goreng kunyit kat rumah pakcik menu makan tengahari ada ketam goreng kunyit,  sedap juga.. Selalunya ketam ME masak lemak cili padi gabungkan dengan ulam-ulaman cicah sambal belacan.. Fuh berpinggan2 la nasib nya.. Hewhew

Menu makan malam ME sekeluarga semalam, kakak iman request nak makan ketam. Ayah nya pun beli 4 ekor kecik2 untuk 2 orang makan ME tolong masak je nak makan tak boleh masih berpantang :)... Apa nak di masak nya ketam malam2.. Nak berlemak malam2 memang tak la kan.. Paling simple ketam goreng kunyit jela yer hihi

ketam yang sudah digoreng
Resepi masak ketam paling senang di dunia :-D

1. Ketam secukupnya
2. serbuk kunyit
3. Garam
4. minyak untuk menggoreng

basuh ketam besih2 gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam. biarkan 5 minit. Panaskan minyak dan masukkan ketam.. Ok siap.. Ketam goreng kunyit dan udang masak lemak cili api dengan kacang panjang lauk tengahari tadi bawak ke makan malam. Jimat-jimat ^_^

No comments:

Post a Comment