Sunday, September 14, 2014

Lotus Birth

Terbaca mengenai Lotus Birth ni di FB tadi... macam pelik je tapi mama take it satu benda baru untuk belajar... sebab tu kena banyak membaca. 

Ok berbalik pada tajuk asal tadi,, ape benda Lotus Birth ni??

Lotus birth adalah proses melahirkan bayi dengan tetap membiarkan tali pusat terhubung dengan plasenta selama beberapa hari. Jadi tali pusat dan plasenta yang menempel di pusat bayi tidak dipotong semasa ibu bersalin namun dibiarkan mengering sendiri dan lalu terputus sendiri. SUMBER

gambar mama rembat kat google


Melahirkan dengan cara lotus birth dianggap lebih alami dan membuat bayi memiliki kekebalan tubuh lebih tinggi. Namun secara ilmu kedoktoran, cara ini masih dianggap kontroversi dan dapat berisiko untuk bayi.

Secara persalinan normal, ketika bayi baru lahir maka tali pusat dikepit dan dipotong, sehingga terpisah dari plasenta atau ari-ari.

Sedangkan bila melahirkan dengan cara lotus birth, tali pusat tidak akan dipotong sehingga masih ada hubungan antara plasenta dan bayi. Plasenta dibiarkan berhubung dengan bayi hingga akhirnya kering dan puput (terlepas) dengan sendirinya dalam 3-4 hari.

Biasanya untuk menghilangkan bau, plasenta yang sudah ditempatkan di dalam bekas atau penapis dan dibiarkan kering dan diberi garam, bunga atau rempah-rempah yang mengeluarkan wewangian.

Melahirkan dengan cara ini dipercaya dapat mencegah bayi kekurangan zat besi dan membuat bayi memiliki kekebalan tubuh yang tinggi, kerana darah yang masih mengalir dari plasenta dapat memberikan tambahan oksigen, makanan dan antibodi untuk si bayi. wallahualam... kalu ada ibu2 yang berminat nak cuba kena tahu cara2 pengurusannya supaya tak berbau etc....


5 comments:

  1. ooo..first time gak dengar pasal ni.

    ReplyDelete
  2. Posting yang sangat bagus. saya baru tahu pasal lotus birth. Tapi macam mana cara nak memandikannya bayi ya ? Mesti sedikit rumit kut.

    ReplyDelete
  3. ohhh baru plak tau cara bersalin Lotus Birth ni.. tapi rasanya kat Malaysia belum diguna pakai kan.. mungkin ,asih dlm kajian... :)

    ReplyDelete
  4. yang saya baca kat fB tu.. kat malaysia.. mungkin da ada tapi jarang2... kat indonesia menjadi kebiasaan... :)

    ReplyDelete