Thursday, September 18, 2014

Tips Untuk Anak-Anak Yang Cerewet Makan

Sebenarnya bukan anak-anak saja yang Cerewet Makan bahkan ada ketikanya orang dewasa juga Cerewet Makan. Jika orang dewasa yang Cerewet Makan, lantaklah... siapa suruh mengada-ngada, kan? Tapi, menjadi suatu kerunsingan dan kerisauan yang amat sangat jika si cilik kita yang Cerewet Makan. Apa yang penting janganlah kita panik... Di sini apa yang mama nak share adalah Tips Penting Untuk Anak Yang Cerewet Makan.



1. Jangan Hidang Makanan Lain Jika Anak Kita Cerewet Makan
Jangan biasakan diri kita menggantikan makanan yang tidak disukai oleh anak kita dengan makanan lain. Contoh : Kita gantikan brokoli dengan sosej. Amalan sedemikian akan menyebabkan sikap Cerewet Makan anak kita akan bertambah kerana mereka tahu ibu bapa mereka akan mengikuti kehendak mereka.

source : http://www.thenutritionpost.com/
2. Memberi Galakkan Kepada Anak-Anak Untuk Memilih Makanan Berkhasiat
Biasakan diri kita untuk membawa anak kita membeli-belah di pasar raya dan memberikan mereka peluang untuk memilih sendiri makanan berkhasiat dengan panduan kita. Contohnya kita beri mereka peluang untuk pilih buah-buahan kegemaran mereka.

3. Jangan Berikan Pencuci Mulut Sebagai Ganjaran
Tindakan memberikan ganjaran pencuci mulut selepas anak kita makan makanan berkhasiat akan membentuk sikap Cerewet Makan anak kita. Anak kita akan keliru dan menganggap pencuci mulut lebih tinggi nilainya berbanding makanan berkhasiat tersebut.

4. Jadikan Waktu Makan Sebagai Waktu Yang Menyeronokkan
Terapkan suasana gembira dan menyeronokkan ketika waktu makan supaya anak kita mempunyai "mood" untuk berselera dan tidak Cerewet Makan. Contohnya sebagai ibu bapa kita jangan marah-marah anak kita sebelum atau semasa waktu makan. Ini akan menjadikan waktu makan adalah saat-saat yang dinantikan oleh mereka.

5. Kurangkan Gangguan Semasa Waktu Makan
Tetapkan peraturan di rumah untuk menghormati waktu makan. Contohnya : Menutup TV atau apa-apa gajet ketika waktu makan. Paling kurang pun jangan buka rancangan TV yang menarik perhatian anak kita seperti rancangan kartun ketika makan.

6. Bersabarlah Jika Hidangan Baru Diberikan
Jika kita hendak memperkenalkan makanan baru kepada anak kita, maka bersabarlah. Berilah peluang kepada anak kita untuk membiasakan diri mereka dengan makanan baru. Bagi kita itu adalah hal kecil tetapi tidak bagi mereka.

7. Kreatif
Hiasilah hidangan makanan anak kita menyerupai watak kartun kegemaran anak kita. Paling kurang pun bagilah hidangan makanan anak kita supaya menjadi "happening" dan tidak membosankan.



8. Kekal Dengan Rutin Harian Waktu Makan
Disiplinkanlah anak kita dengan waktu makan. Jangan biasakan mereka minum air yang banyak sebelum waktu makan kerana ini boleh membantutkan selera mereka. Apalagi makanan "junk food" ataupun "snack" yang tidak elok untuk anak kita, jangan diberikan sebelum waktu makan.

10. Hormati Selera Anak Anda
Jangan paksa anak kita makan jika dia masih kenyang. Paling tidak pun suapkan makanan kepada mereka dalam bahagian yang kecil asalkan mereka makan.

Apabila anak kita Cerewet Makan, mereka akan kekurangan nutrien-nutrien penting dalam tubuh badan mereka. Paling tidak pun kandungan nutrien dalam tubuh badan mereka menjadi tidak seimbang.



Shaklee Mealshake membantu untuk membekalkan nutrien seimbang kepada tubuh badan anak kita seperti Vitamin A, C, E, Zinc, Selenium dan lain-lain. Dengan rasa yang enak dan lazat, percayalah sukar bagi anak kita untuk Cerewet Makan apabila berjumpa dengan Shaklee Mealshake.

No comments:

Post a Comment