“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya
Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana
antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala
keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah
SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan
menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara,
aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah
mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha
kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap
bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) SUMBER
with love,
mama eija
Bila dah biasa dijadikan amalan setiap pagi kalau tak buat bagaikan tertinggal solat wajib. Tak lama pun kalau takat 2 rokaat tu..
ReplyDeleteterbaikk... :) insyaAllah moga allah kabulkan permintaan kita ^__^
DeleteNak mengerjakan solat Dhuha dan witir tu mudah tapi nak beristikomah mengerjakannya tu yang kadang terkehel juga. Apa pun memang perkongsian yang bagus. Balas kunjungan Mama Eija dan moga sucess terus dalam berblogging ya :-)
ReplyDeletetq sis lynn.... ^_^
Delete